Piala KGMS sudah pun berakhir pada hari Ahad lalu. Tak boleh dinafikan bahawa semua orang dapat merasakan betapa penatnya melaksanakan tugas yang diberikan.
Walaupun muka masing-masing busuk dan tak hamsem disebabkan harus report di Republic Poly pada jam 9am dan harus bekerja "overtime" sehingga jam 11+pm, mengejar last bus ke Tampines, saya rasa pengalaman ini membuka mata dan minda kita terhadap seni dikir barat.
Contohnya, DK Senja. Tentu kawan-kawan somer tak pernah melihat dikir barat dimainkan ala gelanggang yang dilihat pada Ahad lalu sewaktu Piala DK Senja diadakan. Tentunya amat menarik melihat veteran-veteran dikir barat beraksi di atas pentas.
Selain itu, ada juga kenangan pahit tetapi yang pahit itu lebih baik tidak disebut. Kita simpan je buat kenangan sendiri la yeeeerrrr....
Dan sekarang, saya bagi pihak Nira akan berikan ucapan Terima Kasih...
Untuk Cikgu Djohan
Terima kasih cikgu sebab memberi peluang seperti ini kepada Nira. Sememangnya, Piala KGMS secara keseluruhan ini adalah pengalaman manis bagi kesemua Nira-ians. Dapat T-shirt, dapat makan yang sangat sedaaaaaapppppppp (sehingga menjilat jari!), dapat tgk competition free. Hehe. Sesungguhnya, pengalaman ini akan menjadi "treasured moment" la gitu buat kita semua.
Terima kasih banyak-banyak Cikgu Djohan! :D
Untuk Abg Sophian Hadi (Yan Jane)
Terima kasih Abg Jane sebab tolerate perangai budak-budak Nira ni. Terima kasih sebab Abg Jane telah penat lelah "delegate tasks", menerangkan kepada kami tentang tugas masing-masing dan kasi tour di Republic Poly TRCC. Selain tu, Abg Jane telah banyak bersabar walaupun kadang-kadang ni kiter ader sikit "cock-up". Sekiranya kalau ada yang kekurangan dari segi cara kita menjalankan tugas, mintak mahap la banyak2 sebab kita ni somer newbie.
Harap-harap Abg Jane tak serik bekerjasama dengan Nira. Terima Kasih sekali lagi.
Untuk abang-abang dari Andika
Seluruh pengalaman ini sungguh seronok apabila dapat bekerjasama dengan abang-abang dari Andika. Semoga pengalaman ini tidak akan berakhir di sini.
Jikalau ada sesape yang saya lupa nak sebut, mintak mahap la banyak-banyak. Kalau nak berterima-kasih kepada setiap individu, sampai biler2 pon blog post ni tidak akan habis.
Dan kepada Nira sekalian, jom RELEK! Memandangkan, sekarang adalah waktu term break, jom kita pegi karaoke keeerrr, tgk wayang keerr. Amacam? MAU PAH?!!?
No comments:
Post a Comment