September 28, 2009

Nira Tarian @ West Mall

Maaflah kalau update ni dah macam basi gitu sebab acara dah terjadi 2 minggu lalu abe baru nak update skarang. Maklumlah, sibuk berjalan raya dan menjemput tamu di rumah.

Kalau korang tak tau, petang raya tu hari, 19hb Oktober 2009, Nira ada persembahan tarian di West Mall. Kesian pulak kengkwns kita yang melibatkan diri untuk persembahan tu hari. Tetapi, walaupun sakit ataupun ada masalah keluarga yang tidak dapat dielak, mereka masih tetap membuat persembahan yang sangat best. :)

Kudos kepada Faat, Fau, Miza, Ira dan "ibu" Amirah sebab dapat membuat persembahan yang sangat sangat best dalam masa yang amat suntuk. Terima kasih sebab meluangkan masa untuk membuat persembahan ini, mewakili Nira sekumpulan.

Terima kasih juga untuk Cikgu Djohan dan Abg Isa yang meluangkan masa untuk turun ke West Mall dan memberikan semangat untuk hari itu. Mereka telah berjaya menghiburkan penonton (lebih-lebih lagi Abg Fadhil. HAHAHAHAHAAH! :p) dengan gelagat mereka. Beribu-ribu terima kasih kepada mereka berdua.

Ini tarian lagu Anugerah Aidilfitri. Video-video lain akan di-upload-kan tak lama lagi. :)


September 27, 2009

Update: Nira Raya 2009

Assalammualaikum

Terutama sekali, Selamat Hari Raya kepada semua kengkwns Nira sekalian. Amacam raya? Ada orait? Banyak collection? Saya pun dapat collection. Banyak tu tak la. Sikit je. Maklumlah, dah bekerje. Hehe.

Kepada mereka yang masih belum tau, Nira akan berjalan raya pada 3hb Oktober. Tak tau la kan macam mana korang masih tak tau sebab dah ader Facebook event dan tarikh nya dah di-decide awal-awal lagi.

So far, ada 14 orang yang akan hadir untuk Nira Raya 2009 (mengikut RSVP in Faceboook events).

Ok... so apakah plannya pada hari itu?
Kita akan berkumpul di rumah Abg Fadhil di Pasir Ris.
Address:
Blk 762 Pasir Ris St 71
#08-226

Macam mana nak pegi sana?



Kalau melihat map yang kat atas ni, the bus stop yang korang kener stop tu, ader banyak bus. Click aje kat bus stop tu dan list nombor bus akan terkeluar. Alternatively, ada satu bus stop yang lagi dekat sikit (kalau korang nampak). Bus stop tu ada bus nombor 359. Suka hati korang nak plan macam mana nak jumpa dan di mana.
Jam brape? Belum confirm.
Semua akan berkumpul di sana dan selepas itu, kita akan mulakan jalan raya kita.

Selain itu, Faat perlukan address rumah-rumah korang yang Nira boleh kunjung. Ini untuk memudahkan lagi perjalanan kami dan juga untuk time management yang lagi hamsem.

Kalau ada sebarang pertanyaan, hubungi Faat (93598032) di hemponnye dan juga jangan lupa untuk SMS juga alamat rumah-rumah awak. Semua alamat rumah harus di-SMS-kan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2009 pada jam 11.59mlm. Kalau tak kasi alamat, kirakan tak kasi datang rumah la tu. Hehehe.

Insyallah, kita akan berjumpa pada hari Sabtu, 3hb Oktober untuk NIRA RAYA 2009!!! :D

September 20, 2009

Kini Syawal sudah pun tiba

Alhamdulillah...

Ramadhan sudah berlalu...
Syawal sudah pun tiba...

Tahun ini Raya untuk Nira macam mana eh?

Nak tau? Meh tgk video ni...



Alaahh.. edit video setakat ala kadar je la. :)

Dengan ini, saya ingin mengumumkan tarikh jalan raya bersama Nira.


Jangan cakap tak bilang siang-siang eh. Block date tu untuk jalan raya bersama Nira!!! :D

September 15, 2009

Tarian Show @ West Mall

Assalammualaikum..

Show tarian dah nak dekat.. hari sabtu ini! Kite ada lagi lima hari..
Training slots will be as follows..

Tues: 7pm
Wed-Fri: 11am

untuk kakak2 SIP, jangan risau.. awak2 dah tahu routine nye.. Formation nye, faat tukar sikit.. Sebab faat added some new people to the routine.. Jadi hari sabtu, pagi2 bute kita go through the routine with the new additions to the team..

Malam ini kite akan belajar routine baru.. ALHAMDULLILLAH.. FINALLY ADE ROUTINE!!

Terima kasih banyak2 kepade yang menyumbang kan routine tu ye..

Kepade yang lain, turon lah ke West Mall hari sabtu ni ye? support lah kite2 yang tak pandai menari tapi berani mencuba..
KUDOS TO ALL OF YOU!!

k jom menari!

September 11, 2009

Lagu Raya!

Dah nak raya ni. Mood pon makin lama makin tak sabar nak beraya.
Jom dengar lagu raya...


Mau paaahh buat video raya? Heehehehehehe..

Raya akan tiba

Pejam pelik, 9 hari lagi dah raya. Bukan main cepat lagi masa berlalu. Persiapan raya kengkawans macam mana?

Dah beli baju?

Dah bikin kuih?

Dah kemas rumah?

Dah siap bag untuk isi duit raya?

Dah tolong mak pergi pasar beli barang-barang untuk masak?

Kalau belum, mari tengok video ni...




Lucu, tapi mesej yang ingin disebarkan melalui iklan ni amat bermakna.
Siapa kata kalau lucu, bermakna tak serious? :)

September 7, 2009

Sesudah Nira Iftar 2009

Alhamdulillah, iftar Nira pada hari Jumaat lalu berjalan dengan lancar. Semua pulang dengan perut yang senak dan perasaan gembira sangat-sangat. Setelah sekian lama Nira tidak berkumpul disebabkan Piala Raja Panggung 2009, iftar ini dapat melepaskan rindu kat rakan-rakan semua.

Terutama sekali, Nira ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dinah dan keluarganya sebab mengizinkan kami menggunakan clubhouse di rumah mereka secara percuma. Bukan sahaja tempat, ader jugak pencuci mulut serba sedikit dan air teh-o yang telah diberi oleh keluarga Dinah. TERIMA KASIH DINAH DAN KELUARGA!

Jumlah makanan pada hari itu sungguh banyak. Rezeki kami dan kita amat bersyukur. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membawa makanan pada hari itu. Mee goreng, nasi goreng, kari daging, roti, nugget, ayam goreng, roti telur sardin, roti telur, mini pizza, cheesecake. Terima kasih semuanya. Kerana anda, kita semua pulang dengan perut yang senak dan juga makanan berlebihan dapat dipaket dan dibawa pulang untuk sahur esok hari nya.


Terima kasih juga kepada the five ladies dari Bishan Park sebab meluangkan masa untuk hadirkan diri di Iftar Nira 2009. Nira berharap awak-awak semua tak serik untuk hadirkan diri untuk acara-acara yang akan datang bersama Nira.


Tak lupa juga kepada Saihah dan Faz, dua alumni yang telah menghadiri majlis iftar. Setelah sekian lama tidak kelihatan, akhirnya dapat berjumpa dengan mereka dan kehadiran mereka sangat kami hargai. Terima kasih dengan sumbangan kurma dan anggur :)

Kepada Fid, Isa, Achiok, Fadhil, Man, Alep, Haiqal, Fiefee, kehadiran anda semua memeriahkan suasana pada malam itu. Untuk semua ahli Nira Nyertika, terima kasih untuk semuanya.


Nampak-nampaknya, kita telah berjaya untuk mencapai objektif iftar ini, iaitu, mengeratkan silatulrahim antara yang baru, yang lama dan yang sentiasa ada. Syukur Alhamdulillah.


Lembaran yang baru... Insyallah :)
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates