November 24, 2009

Section baru: Audio

Mungkin tak ramai orang yang perasan, tapi sekarang niranyertika.blogspot.com sudah ada section baru.

Kalau korang tgk kat atas tu, the linkbar...


DAH ADA AUDIO SEY!!!

Selepas PSD4, kita skarang dah ader 1 audio kat collection kiter. Insyallah, akan datang, ada video2 pulak. So semuanya "under one roof". Multiply dah lamer tergendala. Mungkin akan ditutup. Tapi buat masa sekarang, masih banyak lagi yang harus dibuat.

Lagi satu perkara, gambar-gambar korang maner eh?

Kalau korang klik kat "Ahli-ahli Nira" kat sebelah Audio tu kan, korang mesti perasan ader 3 jer gambar. Yelah, ahli-ahli nira ader 3 org je. Moooahahaha..

Sila antar gambar yang jembu korang tu kat niranyertika@gmail.com. Mekaseh.

Lagi satu perkara (k ni last, serious), barangsiapa yang ingin membeli DVD Piala Seni Dikir 4, sila email kepade niranyertika@gmail.com.

Hari last untuk hantarkan order ialah hari Khamis, 26hb November 2009, jam 11:59pm.

Tempahan lambat tidak akan dilayan. :D Kalau rasa macam takde masa nak duduk depan computer antar email, sila SMS saya kat 96474206.

November 20, 2009

Thank You:)

hello semua..
kak naq dah bercerita..

faat pon nak jugak kan..

PSD telah kite lalui..
best tak perjalanannye? indah2 pon.. mesti ade yang tak indahnye kan?
balik keje penat2 kene turon training..
balik sekolah pon kene turon training..
lagi2 bile nak kene turon training hari-hari.. bercinta oiiii...
mesti penat giler..

lagi tak best kalau kene marah.. kene tegor. kene tamparan kate-kate..
ahhh... ini die, yang awok2, bila backstage faat dah luahkan perasaan..
but i see the need to do it again..
faat mintak maaf banyak2 sekiranya faat terkasar bahase sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh orang2 yang tertentu.. kalau terguris, tersinggung, termarah, termenyampah, im very sorry darls..

but when i saw your effort on the very last day of training, terharu sungguh..
some of you cried along with me.. some of you helped me out..
MY HEARTFELT THANK YOUS..
Thank you for making Nira appear beautiful on stage. We made it.. against all odds..
and if its only me, it will never work.. you girls played a huge role in making this work..
i love nira a lot and im sure you share the same love..

Akhir kata, KU SAYANG KAMU SEMUA!

and thank you very much:)

November 12, 2009

Inilah puspa yang ku impi...

Ibaratkan seorang ibu yang amat bangga dengan pencapaian anak bayinya yang sudah pandai bertatih, begitulah perasaan saya semasa tamatnya tepuk sepuluh akhir di atas pentas, Piala Seni Dikir 4.

Selepas berminggu, berpenat-lelah, bertungkus-lumus berlatih untuk pertandingan ini, walaupun tidak meraih apa-apa pun trophy atau hadiah, saya rasa, yang paling penting, perasaan puas hati selepas persembahan.

Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti kesuntukan waktu, kehadiran ahli-ahli sewaktu latihan, otak yang hiruk-pikuk pikirkan ragam dan sebagainya, Alhamdulillah, segala masalah dan rintangan telah diatasi.

Sekarang masanya untuk menghulurkan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak menolong Nira Nyertika untuk persiapan Piala Seni Dikir 4.

Untuk Fid
Apalah kami tanpa dorongan dan tunjuk ajar pengasas kami yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga, idea dan macam-macam ah. Dah memang dari dulu, Fid telah banyak menolong Nira dari segala aspek. Walaupun kadang-kadang ada jugak masalah yang ada, tapi dier tetap dengan Nira jugak. Sayang jugak dier kat Nira. :p

Terima kasih Fid kerana memberikan peluang kepada Nira untuk bertanding dalam pertandingan yang berperingkat "National". Kita amat terharu dengan peluang sebegini. Terima kasih Fid kerana menyediakan kami untuk pertandingan ini. Walaupun Fid sendiri sibuk dengan kumpulan Fid sendiri, tapi tetap jugak meluangkan masa untuk melatihkan Nira.

Untuk Achok
Terima kasih Achok sebab mengajar paluan. Walaupun kepala otak sampai naik sot nak ingatkan beat paluan dan Achok pon dah nak naik giler nak ajar, Alhamdulillah, atas stage, takde gong yang jatuh, maracas tercampak ataupun gendang tergolek. Permainan atas pentas sungguh bersih dan hamsem.

Insyallah, team paluan akan meningkatkan ilmu tentang permainan paluan dan jikalau diberi masa yang cukup, mungkin prestasi team paluan akan lebih baik lagi. Terima kasih sekali lagi kerana cukup bersabar untuk mengajar satu-persatu dan memikirkan beat yang best untuk set ni.

Untuk Nira Affiliates
Man, Siddiq, Isa, Yat, Fadhil, Talib, Yayat...

Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi Nira. Terima kasih kepada Yat yang sudi menjadi penulis lirik sampingan untuk Nira. Terima kasih jugak pada Isa yang banyak menyumbangkan idea untuk karut, baik dari lagu yengki, kelantan dan wau bulan (WAU BULAN SEDAP GILER DOOKKKK!), menolong dan mengasuh Liyana untuk melakukan yang terbaik sebagai tukang karut buat pertama kali.(Dan insyallah, banyak kali pada masa depan) :)

Dengan kehadiran abang-abang ni semua di training Nira, just goes to show how much love Nira is getting. TERIMA KASIH!


Untuk keluarga, rakan-rakan, boyfriend dan semuanya yang mungkin lupa nak sebut
Terima kasih sebab memberi kami, ahli Nira, sokongan untuk melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini. Walaupun kener marah asik balik lambat, asik ader training, asik berdikir je, tetap memberi kami "understanding" tentang minat dan tanggungjawab kami terhadap seni dikir barat ini dan kumpulan Nira.

Terima kasih sekali lagi buat semuanya... SEMUA LA!

Akhir sekali, something I thought of...
Kemenangan itu tak semestinya dirasakan dengan menjulang sesuatu piala ataupun menerima sesuatu hadiah atau saguhati.

Perasaan puas hati selepas melakukan yang terbaik; itulah yang menjadi faktor utama sesuatu kemenangan.
Dendangkan lagu, duhai adikku
Dengarlah rayu, pujuk hatiku

Ini lah puspa yang ku impi...

November 3, 2009

9

Adakah 9 itu nombor yang akan membawa tuah? Atau ia akan jadi bertuah (ibarat mak-mak slalu marah "bertuah punya anak!")?

Kalau yang belum tau...
Jangan nak kepo tgk window aper yang ada la! Kekekekeeke.

Tak nampak jugak?
Kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam pertandingan Piala Seni Dikir 4.
( Mengikut urutan persembahan )

  1. Sha Ara Sim Sim
  2. KoktangSebabui
  3. Andika
  4. Inspirasi
  5. Ilsapudih
  6. Wahana Deksu
  7. Adiratna
  8. Rajalaut
  9. Nira Nyertika
  10. Dang Anom
  11. OL-D
  12. Balqis
  13. Layar Metafora
  14. Neng Nyno
  15. Paduka
  16. Dwi Durrah
  17. Kelana Purba
  18. Durbar Dua
  19. Betara Karisma
  20. Suria Mestika
  21. Jula Juli Bintang 7
  22. Panjy
  23. Myk Je
  24. Yenbo Je
Maklumat telah dipetik dari http://psd4.blogspot.com/

Nampak macam ramai jugak yang telah menarik diri dari mengambil bahagian dalam pertanding ini. Dari 36 kumpulan jadi 24 jer.

Walau apapun, diantara 24 kumpulan yang bertanding, 8 kumpulan adalah kumpulan wanita (termasuk kami). Buat pertama kali, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan peringkat national.

Memang kita rasa amat berbesar hati mendapat peluang untuk bertanding dalam pertandingan dikir barat seperti ini. Tinggal lagi 6 hari sahaje untuk kita membetulkan segala yang harus dibetulkan.

Ni last kopek girls. Memang sebagai "underdogs", kiter tak mengharapkan untuk membawa pulang apa-apa. Tapi, sekurang-kurangnya kita mampu memberi satu persembahan yang lewat hari nanti, orang boleh kata...

"Eh, time tu, Nira not bad ah untuk first timer masok comp"
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates