August 26, 2010

OPEN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~

Wah wah wah!
Hari yang dinanti-nantikan kita semua sudah tiba!
Dalam beberapa jam lagi,
kita semua akan bersua muka
dan bekecoh-kecohan di
Majlis Iftar Nira Nyertika & Panjy Sry Temasek!
Hehehe, kat Twitter semua dah bising-bising
kecoh tak sabar nak tunggu besok!
Eh salah, nanti laa kawan-kawan ..
sekejap jer lagi!

Hmm tahun ini kita mengenakan konsep
makan dalam dulang beramai-ramai
(maaf yer dah cuba research apa namanya
sebenarnya tapi tak jumpa juga) !

Menu untuk berbuka adalah
Nasi Briyani & Air Sirap! :D
mesti sedap hingga menjilat kaki! :p

Para hadirin majlis ini dikehendaki
membayar $8.
Kitorang pun digalakkan membawa
makanan-makanan ekstra
ataupun cemil-cemilan.
Lebih afdhal, katanya. HEHEHE!

Program setelah iftar, tiada orang yang tahu kecuali
Fid & Achiok.
Jadi, hmm .. pandai-pandai laa kita
mempersiapkan diri!
HEHE.

Okay sampai di sini sahaja kawan-kawan!
Harap-harap, Majlis Iftar ini
dapat mengerat dan memperkukuh keluarga
Dikir Barat di Politeknik Temasek.
sambil-sambil tu, kita lepaskan laa rindu yer?
Jumpa semuanya pada pukul 5.30 petang
di Design School @ TP! :D

August 16, 2010

Hantu Lapar!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Pejam celik pejam celik,
dah nak dekat seminggu kita menjalani
ibadah puasa!

Di Singapura, orang Islam sibuk
menyambut ketibaan bulan Ramadan
manakala orang Cina (Taoists & Buddhists) pula
sibuk menyambut Hungry Ghost Festival.
Kat Facebook, hal yang hangat diperdebatkan adalah
perbezaan fahaman dalam kedua-dua sambutan ini
iaitu kebebasan segala hantu, jembalang, roh dan lain-lain.
Orang Islam percaya bahawa setan-setan semua kene ikat!
Aik .. Orang Cina pula percaya yang setan-setan tu bebas!
Tapi, itu semua tak penting kawan-kawan ..

Mari kita bercerita sedikit tentang Hungry Ghost Festival.

Kalau mat salleh ada Halloween, orang Cina pula ada Hungry Ghost Festival.
Perayaan ini disambut pada bulan ke-tujuh dalam Tahun Baru Lunar.
Dalam bulan ini, kaum Cina mempercayai bahawa semua pintu syurga dan neraka
dibuka untuk membebaskan roh-roh yang terperangkap di dalamnya.

Pada bulan ini juga, kaum Cina akan membakar 'hell money', menyajikan makanan
untuk kaum keluarga mereka yang telah berpulang, dan juga
membakar rumah, kereta, televisyen yang dibuat daripada kertas untuk
memberikan kehidupan yang selesa untuk si arwah.
Ini semua dilakukan kerana kaum Cina mempercayai bahawa
ini akan membawa tuah serta rezeki pada mereka.

Di Singapura, kaum-kaum selain kaum Cina adakalanya
merungut time perayaan ni. Sebab apa?
Pembakaran yang mereka lakukan dikatakan mencemar udara
dan membuat kawasan persekitaran kotor.

Biasa laa tu ..
Kalau kaum Cina ada Hungry Ghost Festival,
kaum kita pula ada Walimatul Urus yang kadang-kadang
memekak bagi kaum-kaum lain. (karaoke? kompang?)
Sebab itu, sikap toleransi sangat penting dalam
masyarakat berbilang kaum.

Actually, sikap toleransi ni penting di mana-mana sekalipun.
Sebab, semua orang berlainan perangai dan pemikiran.
Perbezaan ini kadangkala boleh membawa kepada percanggahan
pendapat dan mengakibatkan konflik dalam satu organisasi.

Oleh itu, kita harus selalu bersikap toleran dan saling
memahami antara satu sama lain.
Kita juga harus belajar untuk menerima
perbezaan yang ada antara kita.
Sebaliknya, cuba cari kesefahaman.
Contohnya, dalam bulan Ramadan & bulan ke-7 Tahun Baru Lunar ni,
kedua-dua masyarakat Melayu Islam & Cina
akan memperingati kaum keluarga yang telah berpergian terdahulu.
Kalau kita dah berkesefahaman, barulah aman! :D

'

Lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ni,
buat-buat bersabar laa yer semua?
HEHE jangan marah ~ ♥

August 11, 2010

Puasa Apa?

Assalamualaikum semua!

best tak first day sahur?
makan apa? mesti ada yang tak terbangun langsung kan? HEHE!

memandangkan kita sedang dalam mood semangat
hari pertama berpuasa ..
jom kita berkongsi ilmu!

mari kita take a step back
and singkap kembali hikmah-hikmah ataupun
kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadan.
sebab .. kalau kita buat benda tanpa bersebab
atau do things without a purpose,
tak guna laa kan? :)

berpuasa ni banyak hikmahnya ..
antaranya,
ia dapat menimbulkan keihsanan sesama manusia,
membentuk kesabaran,
melahirkan keihklasan,
mendekatkan diri kepada Allah,
dan menghindari pelbagai penyakit.

Pertama, apabila seseorang berpuasa,
kita dapat merasakan perih-getir kehidupan
seseorang yang kurang bermampuan yang
terpaksa menahan haus & lapar
dan tidak mampu menjamah makanan yang lazat.
Oleh yang demikian, kita dapat menimbulkan
rasa empati dalam diri kita.
Secara tidak langsung, kita akan lebih bersyukur
dengan nikmat yang dianugerahkan Tuhan.

Kedua, puasa membentuk kesabaran.
Jika ada perkara yang mengajak kita ke arah kemungkaran,
kita harus mengingatkan diri bahawa kita
sedang beribadah.
Ini akan mendidik diri kita untuk lebih bersabar
menghadapi dugaan pada hari-hari berikutnya.
Contohnya, kalau ada orang yang cekik darah,
kita harus bertenang
dan berkata 'Aku sedang berpuasa'.
Chill bro ~ !

Ketiga, puasa melahirkan keikhlasan.
Apabila kita berpuasa, kita menahan hawa nafsu
daripada segala-gala yang membatalkan puasa,
contohnya makan dan minum.
Padahal, perbuatan menahan diri itu tidak
diketahui sesiapa kecuali Allah s.w.t.
Oleh itu, ini melahirkan keikhlasan di hati
orang yang berpuasa kerana
ibadah ini dilakukan semata-mata kerana Allah.

Keempat, puasa mendekatkan diri kita kepada Allah.
Saya rasa point yang ini self-explanatory kan? :)

Akhir sekali, puasa membantu menghindari
daripada pelbagai penyakit.
Hmm .. menarik kan point ni?
Manusia perlu makan untuk hidup.
Jadi, sistem pencernaan (digestive system) kita
sentiasa berfungsi tanpa henti!
Tubuh kita macam mesin ..
kalau mesin ini berfungsi tanpa henti,
lambat-laun ia akan rosak.
Dengan berpuasa, sistem pencernaan kita
dapat berehat! Betul tak? :)

Oleh itu, diharapkan dengan membaca blog entry ini ..
kita dapat bersama-sama
beribadah dengan bertujuan
sambil menikmati bulan yang suci ini!
Kata orang tu, jangan lah buat for the sake of doing it sahaja ~

Jom kita puasa - seal mulut, seal telinga, seal mata, & seal aurat
dalam bulan Ramadan!
sama juga dalam dikir barat & dalam ibadah ..
yang penting apa? IKHLAS!

Lepas itu .. kita ramai-ramai beraya okay?! :D
selamat berpuasa kawan-kawan!

puasa dari sudut pandangan Yusuf Islam:


(p/s: lagu di penghujung video ni macam dinyanyikan MJ seyh!)

August 6, 2010

Membina Jembatan Persahabatan

Assalamualaikum semua!

sunyi sepi blog nira ini ..
sejak Dinah tinggal pergi ..
lelamanku tak dikemaskini ..
penuh debu di sana sini ..

okay mengarut!
hehehehe!

Fateyn is back untuk mengemaskinikan blog Nira!
:D

buat pengetahuan yang tak tahu ..
Nira Nyertika & Panjy Sry Temasek telah
berganding bahu dengan Titisan Temasek untuk
Persembahan Hari Kebangsaan di Politeknik Temasek!
Nira & PST telah berkongsi seni berdikir barat bersama dengan
Titisan Temasek! Begitu juga sebaliknya ..

Tak disangka-sangka,
ramai di antara kita yang mempunyai bakat yang terpendam.

Ada yang pandai mengaji ..

Ada pula yang pandai bersilat ..

Ada yang mahir memancing ikan di laut ..

Dan ramai pula yang boleh menari!

Kawan-kawan Titisan kita pun tidak
kurang hebatnya berdikir barat.
Walaupun kekok membuat ragam pada mulanya,
lama-kelamaan .. mereka hebatlah!

Yang penting, Fateyn yakin semua yang
mengambil bahagian dalam persembahan ini
seronok berlatih bersama-sama.
Pertukaran seni dikir barat dan teater tentulah
bermanfaat buat semua!
Dengan mempelajari sedikit sebanyak tentang teater,
kita boleh mempertingkatkan watak kita
ketika berdikir barat, mengikut keperluan. :D

Semoga kolaborasi antara Nira Nyertika dan kumpulan-kumpulan
seni yang lain di Politeknik Temasek tidak berakhir di sini.
Kolaborasi sebegini diharapkan dapat memberi nafas
baharu kepada seni melayu di Politeknik Temasek.
Pastinya, Nira Nyertika mengalu-alu peluang
untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan seni yang lain.


Dengan ini,
moga-moga kita semua dapat bersama-sama
membina semula Malay Arts Group di Politeknik Temasek
secara beransur-ansur k. Hidup seni melayu! :D
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates