October 19, 2009

"It's time to work!"

Syawal sudah pun tamat. Dah puas kita ber-enjoy, beraya sebulan, mendapat duit collection dan jalan raya bersama members, sekarang sudah tiba masanya untuk kita mula bekerja keras, dan menggunakan segala tenaga yang ada untuk berlatih pula.

Kepada sesiapa yang tak perasan, kita hanya ada lebih kurang, 3 MINGGU lagi hingga ke pertandingan dikir barat, Piala Seni Dikir 4. Jadi ketepikan boyfriend, kerje part-time, family gathering, birthday family, birthday kawan, chalet etc. dan tumpukan segala perhatian untuk berlatih selama 3 minggu ini sahaja. Bukannya saya menggalakkan untuk mengendahkan tanggung jawab semua tapi kalau ingin lakukan ni semua, jangan la menganggu waktu berlatih.

Insyallah, kalau kita bekerja keras, semua tenaga dan penat lelah kita akan berbaloi dan membuahkan rezeki untuk kita sekumpulan.

Jadi sesi latihan akan diadakan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu untuk minggu ini dan minggu hadapan. Latihan akan diadakan hari-hari pada 2hb - 7hb Nov. Latihan akan diadakan pada jam 6-8mlm untuk Selasa dan Khamis dan jam 2-5ptg untuk hari Sabtu. Untuk sementara, sesi latihan akan diadakan di Temasek Politeknik.

Sila hubungi Kak Faat (93598032) untuk segala maklumat ataupun untuk memberitahu kalau anda tak boleh datang untuk training.

Barangsiapa yang tidak hadir pada sesi latihan, dan tidak memberitahu sesiapa pun, alamat buruk akan menimpa nasib anda.

Memperkenalkan....

"YOUR WORST NIGHTMARE!"



Jangan cakap kita tak bilang eh... :)

October 14, 2009

Update: Nira Raya 2009

Assalammualaikum Wr Wb

Terutama sekali, mintak maaf la byk2 sebab update ni datang lambat. Busy bekerje la geng. Hehe. Walaupun seminggu sudah pun berlalu, tapi boleh lagi rasa cebisan manis acara Nira Raya 2009 Sabtu lalu.

Seramai 25 orang yang telah hadir tahun ini, 1 van GOLDEN DRAGON dan 3 motor. Sebanyak 9 rumah dikunjungi dan sudah tentu yang paling best sekali, kita dapat bersama untuk menyambut raya.

Yang istimewa sangat tentang jalan raya tahun ini, ada yang lama dan ada yang baru. Terima kasih kepada adik-adik kita dari Xinmin Sec yang sudi bersama kami pada jalan raya tahun ini dan tak lupa juga pada kakak-kakak kita seperti Fish, Faj dan Rusy.

Seperti biasa, janji melayu, sepatutnya jumpa jam 10.30pg tapi aper kehek jadi, semuanya lambat, termasuk saya jugak. HEHE. Ok maybe ada yang tak lambat la tapi takpe, bulan baik ni harus saling memaafi antara satu sama lain kan kan?

Alhamdulillah, tahun ini, kita dapat cover banyak jugak rumah yang kita tak pernah pergi seperti rumah May, Miza, Amie, Faj, Fau, Abg Fadhil dan Afifah. Terima kasih kerana sudi menjemput kami ke rumah untuk Hari Raya. Selain itu, kita juga berkunjung ke rumah Naq (aku la tu!) dan jugak Dinah.

Memang tak boleh dinafikan, jalan raya tahun ni memang sangat best. Dengan jeritan “Selamat Hari Raya” kat orang-orang waktu perjalanan; mat motor, abang CD, bangla lori, family tengah tunggu bus. Sampai ada satu abang tu senyum sungguh maniiisss sekali. (Yer tak? Kekekeke) Nyanyian lagu raya yang tak henti-henti di dalam van. Video harus tunggu jap sebab ader 20+ video yang harus di-convert dan dijadikan readable dengan media player. BEBAN!! Tapi kelakar tengok video-video somer. BEST GILER DOH! (Ah kan. Citer Bohsia dah merasuk)

Terima kasih kepada Abg Fid sebab sudi menjadi dreba van kita pada hari itu. Sekurang-kurangnya kita dapat juga menikmati rollercoaster ride walaupun tak dapat pergi Escape Theme Park. Terima kasih juga kepada abang-abang yang lain seperti Abg Siddiq, Abg Achiok, Abg Fadhil, Abg Isa, Izzat, Fairuz dan (YB) Syed Abudi sebab memeriahkan lagi suasana pada hari itu.

Sehingga kita jumpa lagi pada raya tahun depan. Insyallah.

October 6, 2009

Ni La Kerja Kalau Takde Kerja.....

sementara menunggu naq upload semua gambar-gambar yang dipetik time jalan raya hari sabtu lepas, kita di sini kaypo pulak nak jenguk gambar nira time raya tahun lepas di multiply! ...skali nampak pulak gambar *coughs* abang *coughs* isa... banyak pulak tu! sebab boring punya pasal, kita edit la sikit tu gambar.....



Photobucket


hehehe! :P



October 5, 2009

Nira Raya 2009

Nantikan saje update nye eh? :)

Yang penting, semua enjoy :D

October 2, 2009

Anda sudah bersedia?



Anda sudah bersedia? :)

Bring on the kuehs and F&Ns!!!

Ok plan nye camni...

Rumah pertama yang kita akan kunjung ialah rumah Fadhil. Address nya saya dah letak kat previous post so sila scroll ke bawah sikit eh. Map pon ader kat post tu. Kalau tak paham tu map aper, ok saya dah buat alternative plan dengan Faat.

Kita akan berjumpa di rumah Fadhil pada jam 10am. Kalau boleh jangan lah lambat ye. Nanti tak dapat banyak rumah. Ramai antara kita tak tau rumah Fadhil kat maner so kita akan berjumpa di Pasir Ris Interchange pada jam 9.15am. Lambat-lambat kita akan tunggu sampai jam 9.30am. Kita akan berkumpul di interchange di berth bus nombor 359.

Contact person:
Faat - 93598032
Naq - 96474206

Kalau sesiape yang tau rumah Fadhil kat mana, dan ingin berjumpa di blk nya, sila SMS je jadi kita tak akan tunggu awak kat interchange.

Pakai lawar2, hamsem2 ok. Jangan nk perangai pakai jeans atau leggings dgn kebaya (eee..) dan pakai jeans dgn baju kurung. Ok dah itu sahaje.

JUMPA ANDA ESOOOOKKK!!!
tak sabaaaarrr wwwoooooiiiiii...!!

October 1, 2009

Updates: Tarian Show @ West Mall

Kepada kengkwns yang busy sangat untuk login Facebook, saya akan embed-kan video tarian yang dipersembahkan di West Mall pada petang Raya itu hari. Video2 ni semua saya upload kat Facebook Group Nira dan bukan kat profile saya.

Tarian ni self-choreographed oleh mereka semua jadi sememangnya penari-penari Nira diberikan tepukan gemuruh dan juga standing ovation sebab inilah kali pertama diorg choreograph dance piece sendiri. Syabas untuk mereka.

Ni segmen games dengan budak-budak yang cute banget. Cikgu Djohan dan Abg Isa telah memulakan tarian lesson khas untuk mereka.

Ni segmen "Mari Menari bersama Cikgu Djohan dan Abg Isa". Kalau nak tau, yang bunyi "huuuurrrr" atau "heeeeeeeee" tu somer bunyi Fadhil tengah geli hati tengok gelagat diorg. Saya pon ader jugak ketawe, tapi tgh tahan sebab nanti video shaky macam kener gempa bumi. :p Tapi antara orang-orang yang menonton, Fadhil sorang saje yang teramat geli hati, ketawe2. Tak tau la pulakkan kalau yang menonton tu tak ketawe pasal tak paham ataupun pasal tak kelakar langsung.

Lepas dance lesson tu, Nira membuat persembahan tarian sekali lagi dengan special guest appearance oleh Cikgu Djohan dan Abg Isa.

Kalau korg lihat di sebelah kiri blog ini, di column "Tarikh Penting", Nira akan ada show lagi. Alhamdulillah, rezeki kami amat murah. Kalau ada masa, sokong la penari Nira untuk memberikan mereka semangat. Setidak-tidaknya, ada members jugak yang tengok. Hehehe.
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates