December 30, 2009

Akhirnya 2009...

Tak lama lagi, kita akan meninggalkan 2009 dan menjemput kedatangan tahun 2010. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui di tahun 2009 ini.

Jom imbas kembali...

Tahun 2009 disambut dengan persembahan pertama di Temasek Poly Open House 2009.


Persembahan ni jugak lah yang kiter kener pakai baju opah buat persembahan. (Sengkek pia skola. Geram!).

Selain itu, Nira jugak ada outing karaoke di Cash Studio Ming Arcade. Ini jugak outing "official" Nira yang pertama dalam beberapa tahun lamanya. Semua enjoy pada hari tu menyanyikan lagu kegemaran masing-masin. Outing ni jugak yang LIYANA nangis nyanyi lagu "I live my life for you" dari Firehouse sebab lagu ni lah yang dijadikan nada dering telefon bimbit Abg Isa kiter apabila Kak LIYANA kiter menelefon beliau. Kekekeke... (Jammaraaahhh :D)


Biler mau outing lagi!??!?! :D

Tahun 2009 jugak merupakan tahun yang menyedihkan jugak. Kepada mereka yang tak ingat, tahun ini, MAG ditutup di Temasek Polytechnic disebabkan isu-isu tertentu. Macam-macam dah buat tapi ada orang tetap berdegil. Nak buat macam mana kan. We can only do so much.

Walau macam mana pun, Alhamdulillah, Nira Nyertika masih tegak berdiri sehingga ke hari ini. Walaupun MAG sudah ditutup, namun sedikit sebanyak, kesenian Melayu masih tetap diteruskan.

Cukup la tu dengan citer sedih. Citer happy pulak...

Persembahan CCA Recruitment Drive 2009 merupakan "debut performance" yang pertama untuk Hidd dan Mira sebagai tukang karut dan tok juara. Huwah, bukan main lagi ni dua anak dara mempersembahkan Nira kepada mereka-mereka yang baru masuk Temasek Poly.


Fuuh.. tak nampak tu betape kuatnya laungan Hidd. Urat-urat sampai mintak ampun!

Dari show ni jugak, kita menerima (Ibu) Amirah sebagai ahli terbaru Nira. :)

Tahun 2009 juga merupakan tahun pertama Nira bergabung tenaga dengan KGMS untuk menjayakan pertandingan Piala KGMS 2009 yang pertama kalinya diadakan. Selain dari Piala KGMS, Nira juga menyumbang tenaga untuk Piala Si Cilik, Piala Suara Serumpun dan Piala DK Senja. Pengalaman ini dah tentu tak boleh dilupakan. Dapat tshirt, dapat pengalaman untuk mengendalikan logistics untuk sesuatu pertandingan, dapat tengok pertandingan dikir barat percuma dan dapat kenal members baru.

Terima kasih kepada pihak-pihak tertentu sebab memberi Nira sekumpulan peluang untuk mengendalikan tugas sebegini.

Selain dari Piala KGMS 2009, Nira juga mendapat peluang untuk membuat persembahan untuk acara gemilang National Day Parade 2009. Dengan ratusan lagi aktivist dikir barat yang datangnya dari pelbagai kumpulan dikir barat setempat, Nira teramat sekali bangga dapat bekerjasama dengan mereka-mereka yang sudah lama berkecimpung dalam seni dikir barat ini. Bukan sahaja kita dapat bekerjasama dengan mereka yang dah legend-legend tapi dapat juga mempersembahkan seni ini kepada seluruh rakyat Singapura bersama mereka.




Selepas kesibukan NDP, segilintir ahli Nira diberi peluang untuk bergabung tenaga bersama kumpulan Srikandi Tiara Widjaya untuk pertandingan Piala Raja Panggung.


Ini adalah pertama kalinya ahli-ahli Nira melibatkan diri dalam pertandingan peringkat nasional. Apatah lagi disamping kumpulan yang sudah cukup veteran dalam arena dikir barat Singapura.

Untuk tahun 2009 juga, kita mengambil masa untuk ber-bonding diantara ahli-ahli Nira. Buat pertama kalinya, iftar Nira tahun ini diadakan di clubhouse rumah Dinah. Pelbagai macam makanan yang disediakan. Iftar Nira juga merupakan kali pertama kita mengenali kawan-kawan yang baru.


Iftar dah abis, Raya punye ceriter...
Raya tahun ini teramat kecoh sekali. Dengan van Golden Dragon dan juga kehadiran adik-adik dari Xinmin Sec. GEREK OI!


Tak lupa juga, pencapaian yang tertinggi untuk tahun 2009 adalah Piala Seni Dikir 2010 yang diadakan pada bulan November. Pertandingan ini merupakan kali pertama Nira memasuki pertandingan peringkat nasional. Walaupun tidak membawa pulang sebarang hadiah ataupun piala, Nira amat gembira dan berbangga sangat dapat bersama kumpulan-kumpulan veteran yang lain bartanding di atas pentas yang sama.


Tak boleh dinafikan, tiap kali mendengar lagu Nira untuk pertandingan ini di section Audio di blog ni, tiap kali tersenyum. Kenangan yang amat manis sekali. Semua rasa puas hati.

Dan akhir sekali, untuk menutup tirai 2009, acara yang baru-baru saja diadakan, acara Nira Fiesta!. Acara yang paling gerek kedaung, lagi-lagi dengan kehadiran kakak-kakak yang dah pencen, Caca, Lela, Ain, Ili, Fish.


Senang kata, tahun 2009 penuh dengan berkat. Rezeki Nira mencurah-curah tahun ni. Insyallah, tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik dan lebih gerek.

SELAMAT TAHUN BARU KENGKAWANS!!! :D

December 22, 2009

Sesudah hari Sabtu

Nira Fiesta!, acara yang telah dinanti ramai, sudah pun berlalu pada hari Sabtu, 19hb Disember 2009. Ia diadakan di pit 58, Pasir Ris Park dan kalau pokok-pokok kat situ dah boleh menangis, dah nangis teresak-esak tersedu-sedu sebab kener melalui hari yang bising dan kecoh nak mampos disebabkan kehadiran budak-budak Nira di sana.

Walaupun pada siang harinya, hujan lebat tapi Alhamdulillah, dengan kuasa "bawang dan cili", hujan berhenti pada petang hari dan acara Nira Fiesta! dapat diteruskan.

Pelbagai games yang telah dimainkan oleh beruk-beruk ni semua. Permainan seperti siapa cepat menghabiskan sprinkles yang dilekatkan di muka menggunakan nutella, permainan siapa boleh muat dalam tikar, permainan giddygirl dan permainan sukan olympik "Siapa boleh slide paling jauh".







Pada malam hari, acara BBQ dan pembahagian hadiah dan Anugerah telah dilangsungkan. Semua, baik yang muda dan tua, dapat membawa pulang sedikit sebanyak hadiah yang telah disponsor oleh Encik Mustafa. Bukan itu saje. Malah, trolley pon telah disponsor oleh Encik Mustafa. Terima Kasih Encik Mustafa.

NI CHAMPION!

Ni tak.



Seperti slogan Cik Asmah Laili...

"Mmmmmm... Mintak Ampun Sedapnya!"

Sama jugak perasaan yang dirasakan oleh mereka yang hadir pada hari itu. Tapi ia bukan untuk makanan, tapi untuk acara nyer sendiri.

"In a nutshell", semua dapat bergembira bersama dan lebih mengenali ahli-ahli Nira yang masih aktif dan juga yang sudah pencen. Tahun 2009 penuh dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Acara ini adalah sebagai penutup tirai bagi tahun 2009.




Sekarang sudah tiba masanya untuk kiter menjemput tahun 2010 dengan minda yang terbuka dan bersiap sedia untuk melalui tahun yang baru bersama. Senang sama-sama, susah pun sama-sama.

2010, BRING IT ON!

December 18, 2009

SATU HARI LAGI!

Semua mesti dah tak sabar, tgh carik baju karerfoooo kat dalam wardrobe! Hehehehehe..

Hanya beberapa jam lagi kita akan berjumpa dan menyambut acara Nira FIESTA! 2009 di Pasir Ris Park.

Melihat program, pelbagai acara yang telah disediakan. Ada satu lagi benda yang akan dipersembahkan...

ANUGERAH NIRA FIESTA!

Pelbagai kategori telah dipersembahkan kepada panel juri dan 11 kategori telah dipilih untuk acara ini.

Calon-calon dan pemenang bagi setiap kategori telah di-audit dan dipilih oleh sekumpulan panel juri yang amat bertauliah dalam bidang ini. Segala audit dan pemilihan pemenang untuk setiap kategori mengambil masa lebih kurang 19 jam.

Kategori dan calon-calon bagi setiap kategori adalah...

Anugerah Gagak Bersiul
Irahart
Miza
Lela
Caca
Ili
Lydia

Anugerah Star Karat
Irahart
Aida
Nut
Irahelena
Ameera
Dinah

Anugerah Khas "Fadhil"
Faathimah
Liyana
May
Fauzana
Fatin
Saihah

Anugerah Suara Perut
Nasyita
May
Amirah
Aisah
Ain (Gong-Cang)
Faz

Anugerah Singa Betina
Lela
Hidd
Ain (Gorjez)
Miza
Asmawiyah
Fauzana

Anugerah Air Mata Kasih
Mira Alwi
Liyana
Caca
Ain (Gorjez)
Naq
Faz

Anugerah Dewi Nira
Fish
Faj
Nasyita
Baya
Saihah
Hasmulin

Anugerah Kakak-Kakak
Hidd
Amirah
Aisah
Baya
Hasmulin
Rusydiana

Anugerah Tanjung Rambutan
Fatin
Ili
Munirah
Asmawiyah
Nut
Rusy

Anugerah Jiwa Nira
Fatin
Fauzana
Ameera
Fish
Faathimah

Anugerah Muslimah Nira
Liyana
Amira Alwi
Nasyita
Amirah
Faathimah

Pemenangnya akan diumumkan pada esok hari di acara Nira Fiesta! 2009.

Nantikan saja untuk saluran siaran langsung di Pasir Ris Park, Pit 58.

Nira Fiesta! 2009

Semua sudah tentu ghairah menunggu acara ini. Banyak nah rahsia. Semua tak tahu apa yang akan terjadi pada acara "gilang-gemilang" ni.

Meh akak terangkan...

Seperti apa yang telah tertera di kad jemputan yang telah diberi kepada semua, Nira Fiesta! akan janjikan acara yang terbaik untuk semua. Tema untuk acara ini ialah COLOUR SPLASH! Jadi semua HARUS memakai baju yang warna-warni.

Apa yang akan berlaku?

Pelbagai aktiviti telah disediakan.

Harap maklum, SEMUA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBAWA SEPASANG BAJU EXTRA UNTUK SALIN!
You have been warned!

Semua, tak kira muda, tua, guests, friends, alumni, budak baru HARUS MELIBATKAN DIRI DENGAN SEMUA GAMES YANG AKAN DIADAKAN. Segala alasan tidak akan diterima.

Siapa yang akan hadir?

Ini dia guest list...




Apa yang harus anda lakukan?

Acara ini adalah potluck. Sedikit sebanyak, sila la bawa makanan sedikit. Tak payah nak banyak2. Ala kadar je sebab kita tak nak membazir makanan. Bawaklah keropok-keropok, roti sandwich, epok-epok, popiah goreng, karipap etc etc. Terima kasih la kengkwns :)

Kepada mereka yang telah menerima kad jemputan, sila la datang ye. PLEASE! Jangan dah dapat, tapi tak datang. Tu part mintak kener bedal cepat2. Kalau betul2 tak boleh datang sebab ader hal yang tidak boleh dielakkan, sila hubungi saya, Naq ataupun Faat.

Sekian.
Jumpa anda hari Sabtu ni!!! :D :D

December 16, 2009

Dah sampai!

Kan dah cakap tgh on-the-way. Skarang dah sampai pon!

...




Excited tak? Heheeheheheeheh!!

(ah yer, sayer antar kat diri sayer sendiri. Tk bole pe?!)

Maklumat lanjut akan diberitahu sebentar lagi. Sementara itu, CEPAT CARIK BAJU KORANG UNTUK SATURDAY!!! Heheehehehehehe.

December 14, 2009

OTW

Sabar kengkwns...

Tgh OTW(on-the-way)...

Tak. Bukan baru keluar rumah. Ni betul2 tgh OTW.

December 10, 2009

Lagi satu

Suspen tak? Excited tak? Tak sabar kan?

Mooahahahahahaha! Best tak rase suspen, excited dan segala macam tapi tak tau nak expect aper? BEST KAAANN!!!!?? *evil laughs*

Sorry la reveal ni lembab sikit. Banyak kerje yang harus dilakukan... Maklomla, akak busy woman skarang. Mooahahahhaah

Ok, semua tahan nafas...

Ini dia... lagi satu...





December 1, 2009

December

Kejam kelip, dah Disember. Tak lama lagi, sambut tahun baru. 2009, banyak kenangan pahit tapi lebih lagi kenangan manis. Cam maner korang punye 2009? Aper yang best? Aper yang tak best?

Mungkin ramai yang tertanya...

"Itu hari Faat SMS pasal 19th Dec... tapi ada apa eh hari tu?"

Makin hari, tarikh makin dekat...

Mulai Disember, sikit demi sedikit, ada "reveal" tentang tarikh itu...

Ini dia "reveal" yang pertama...



Sudahkah anda bersedia???

November 24, 2009

Section baru: Audio

Mungkin tak ramai orang yang perasan, tapi sekarang niranyertika.blogspot.com sudah ada section baru.

Kalau korang tgk kat atas tu, the linkbar...


DAH ADA AUDIO SEY!!!

Selepas PSD4, kita skarang dah ader 1 audio kat collection kiter. Insyallah, akan datang, ada video2 pulak. So semuanya "under one roof". Multiply dah lamer tergendala. Mungkin akan ditutup. Tapi buat masa sekarang, masih banyak lagi yang harus dibuat.

Lagi satu perkara, gambar-gambar korang maner eh?

Kalau korang klik kat "Ahli-ahli Nira" kat sebelah Audio tu kan, korang mesti perasan ader 3 jer gambar. Yelah, ahli-ahli nira ader 3 org je. Moooahahaha..

Sila antar gambar yang jembu korang tu kat niranyertika@gmail.com. Mekaseh.

Lagi satu perkara (k ni last, serious), barangsiapa yang ingin membeli DVD Piala Seni Dikir 4, sila email kepade niranyertika@gmail.com.

Hari last untuk hantarkan order ialah hari Khamis, 26hb November 2009, jam 11:59pm.

Tempahan lambat tidak akan dilayan. :D Kalau rasa macam takde masa nak duduk depan computer antar email, sila SMS saya kat 96474206.

November 20, 2009

Thank You:)

hello semua..
kak naq dah bercerita..

faat pon nak jugak kan..

PSD telah kite lalui..
best tak perjalanannye? indah2 pon.. mesti ade yang tak indahnye kan?
balik keje penat2 kene turon training..
balik sekolah pon kene turon training..
lagi2 bile nak kene turon training hari-hari.. bercinta oiiii...
mesti penat giler..

lagi tak best kalau kene marah.. kene tegor. kene tamparan kate-kate..
ahhh... ini die, yang awok2, bila backstage faat dah luahkan perasaan..
but i see the need to do it again..
faat mintak maaf banyak2 sekiranya faat terkasar bahase sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh orang2 yang tertentu.. kalau terguris, tersinggung, termarah, termenyampah, im very sorry darls..

but when i saw your effort on the very last day of training, terharu sungguh..
some of you cried along with me.. some of you helped me out..
MY HEARTFELT THANK YOUS..
Thank you for making Nira appear beautiful on stage. We made it.. against all odds..
and if its only me, it will never work.. you girls played a huge role in making this work..
i love nira a lot and im sure you share the same love..

Akhir kata, KU SAYANG KAMU SEMUA!

and thank you very much:)

November 12, 2009

Inilah puspa yang ku impi...

Ibaratkan seorang ibu yang amat bangga dengan pencapaian anak bayinya yang sudah pandai bertatih, begitulah perasaan saya semasa tamatnya tepuk sepuluh akhir di atas pentas, Piala Seni Dikir 4.

Selepas berminggu, berpenat-lelah, bertungkus-lumus berlatih untuk pertandingan ini, walaupun tidak meraih apa-apa pun trophy atau hadiah, saya rasa, yang paling penting, perasaan puas hati selepas persembahan.

Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti kesuntukan waktu, kehadiran ahli-ahli sewaktu latihan, otak yang hiruk-pikuk pikirkan ragam dan sebagainya, Alhamdulillah, segala masalah dan rintangan telah diatasi.

Sekarang masanya untuk menghulurkan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak menolong Nira Nyertika untuk persiapan Piala Seni Dikir 4.

Untuk Fid
Apalah kami tanpa dorongan dan tunjuk ajar pengasas kami yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga, idea dan macam-macam ah. Dah memang dari dulu, Fid telah banyak menolong Nira dari segala aspek. Walaupun kadang-kadang ada jugak masalah yang ada, tapi dier tetap dengan Nira jugak. Sayang jugak dier kat Nira. :p

Terima kasih Fid kerana memberikan peluang kepada Nira untuk bertanding dalam pertandingan yang berperingkat "National". Kita amat terharu dengan peluang sebegini. Terima kasih Fid kerana menyediakan kami untuk pertandingan ini. Walaupun Fid sendiri sibuk dengan kumpulan Fid sendiri, tapi tetap jugak meluangkan masa untuk melatihkan Nira.

Untuk Achok
Terima kasih Achok sebab mengajar paluan. Walaupun kepala otak sampai naik sot nak ingatkan beat paluan dan Achok pon dah nak naik giler nak ajar, Alhamdulillah, atas stage, takde gong yang jatuh, maracas tercampak ataupun gendang tergolek. Permainan atas pentas sungguh bersih dan hamsem.

Insyallah, team paluan akan meningkatkan ilmu tentang permainan paluan dan jikalau diberi masa yang cukup, mungkin prestasi team paluan akan lebih baik lagi. Terima kasih sekali lagi kerana cukup bersabar untuk mengajar satu-persatu dan memikirkan beat yang best untuk set ni.

Untuk Nira Affiliates
Man, Siddiq, Isa, Yat, Fadhil, Talib, Yayat...

Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi Nira. Terima kasih kepada Yat yang sudi menjadi penulis lirik sampingan untuk Nira. Terima kasih jugak pada Isa yang banyak menyumbangkan idea untuk karut, baik dari lagu yengki, kelantan dan wau bulan (WAU BULAN SEDAP GILER DOOKKKK!), menolong dan mengasuh Liyana untuk melakukan yang terbaik sebagai tukang karut buat pertama kali.(Dan insyallah, banyak kali pada masa depan) :)

Dengan kehadiran abang-abang ni semua di training Nira, just goes to show how much love Nira is getting. TERIMA KASIH!


Untuk keluarga, rakan-rakan, boyfriend dan semuanya yang mungkin lupa nak sebut
Terima kasih sebab memberi kami, ahli Nira, sokongan untuk melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini. Walaupun kener marah asik balik lambat, asik ader training, asik berdikir je, tetap memberi kami "understanding" tentang minat dan tanggungjawab kami terhadap seni dikir barat ini dan kumpulan Nira.

Terima kasih sekali lagi buat semuanya... SEMUA LA!

Akhir sekali, something I thought of...
Kemenangan itu tak semestinya dirasakan dengan menjulang sesuatu piala ataupun menerima sesuatu hadiah atau saguhati.

Perasaan puas hati selepas melakukan yang terbaik; itulah yang menjadi faktor utama sesuatu kemenangan.
Dendangkan lagu, duhai adikku
Dengarlah rayu, pujuk hatiku

Ini lah puspa yang ku impi...

November 3, 2009

9

Adakah 9 itu nombor yang akan membawa tuah? Atau ia akan jadi bertuah (ibarat mak-mak slalu marah "bertuah punya anak!")?

Kalau yang belum tau...
Jangan nak kepo tgk window aper yang ada la! Kekekekeeke.

Tak nampak jugak?
Kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam pertandingan Piala Seni Dikir 4.
( Mengikut urutan persembahan )

  1. Sha Ara Sim Sim
  2. KoktangSebabui
  3. Andika
  4. Inspirasi
  5. Ilsapudih
  6. Wahana Deksu
  7. Adiratna
  8. Rajalaut
  9. Nira Nyertika
  10. Dang Anom
  11. OL-D
  12. Balqis
  13. Layar Metafora
  14. Neng Nyno
  15. Paduka
  16. Dwi Durrah
  17. Kelana Purba
  18. Durbar Dua
  19. Betara Karisma
  20. Suria Mestika
  21. Jula Juli Bintang 7
  22. Panjy
  23. Myk Je
  24. Yenbo Je
Maklumat telah dipetik dari http://psd4.blogspot.com/

Nampak macam ramai jugak yang telah menarik diri dari mengambil bahagian dalam pertanding ini. Dari 36 kumpulan jadi 24 jer.

Walau apapun, diantara 24 kumpulan yang bertanding, 8 kumpulan adalah kumpulan wanita (termasuk kami). Buat pertama kali, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan peringkat national.

Memang kita rasa amat berbesar hati mendapat peluang untuk bertanding dalam pertandingan dikir barat seperti ini. Tinggal lagi 6 hari sahaje untuk kita membetulkan segala yang harus dibetulkan.

Ni last kopek girls. Memang sebagai "underdogs", kiter tak mengharapkan untuk membawa pulang apa-apa. Tapi, sekurang-kurangnya kita mampu memberi satu persembahan yang lewat hari nanti, orang boleh kata...

"Eh, time tu, Nira not bad ah untuk first timer masok comp"

October 19, 2009

"It's time to work!"

Syawal sudah pun tamat. Dah puas kita ber-enjoy, beraya sebulan, mendapat duit collection dan jalan raya bersama members, sekarang sudah tiba masanya untuk kita mula bekerja keras, dan menggunakan segala tenaga yang ada untuk berlatih pula.

Kepada sesiapa yang tak perasan, kita hanya ada lebih kurang, 3 MINGGU lagi hingga ke pertandingan dikir barat, Piala Seni Dikir 4. Jadi ketepikan boyfriend, kerje part-time, family gathering, birthday family, birthday kawan, chalet etc. dan tumpukan segala perhatian untuk berlatih selama 3 minggu ini sahaja. Bukannya saya menggalakkan untuk mengendahkan tanggung jawab semua tapi kalau ingin lakukan ni semua, jangan la menganggu waktu berlatih.

Insyallah, kalau kita bekerja keras, semua tenaga dan penat lelah kita akan berbaloi dan membuahkan rezeki untuk kita sekumpulan.

Jadi sesi latihan akan diadakan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu untuk minggu ini dan minggu hadapan. Latihan akan diadakan hari-hari pada 2hb - 7hb Nov. Latihan akan diadakan pada jam 6-8mlm untuk Selasa dan Khamis dan jam 2-5ptg untuk hari Sabtu. Untuk sementara, sesi latihan akan diadakan di Temasek Politeknik.

Sila hubungi Kak Faat (93598032) untuk segala maklumat ataupun untuk memberitahu kalau anda tak boleh datang untuk training.

Barangsiapa yang tidak hadir pada sesi latihan, dan tidak memberitahu sesiapa pun, alamat buruk akan menimpa nasib anda.

Memperkenalkan....

"YOUR WORST NIGHTMARE!"



Jangan cakap kita tak bilang eh... :)
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates