August 27, 2009

Nira Iftar 2009

“Keputusan yang dinanti-nantikan sudah ada di tangan saya…”
“Dan pemenangnya ialah…”


Oh tak eh?

Heh. Ini bukan nak umumkan pemenang untuk lucky draw ataupun pemenang untuk “Siapa paling lama kat chatango box Nira”. :D

Ini adalah pengumuman untuk…


Seperti kengkwns lihat kat banner tu, semua sudah pon ditetapkan. Iftar tahun ini insyallah, akan lebih happening. Kalau tahun lepas, kita adakan iftar secara kecil-kecilan sahaja. Tahun ini, kita mengharap lebih ramai lagi yang dapat hadir iftar ini dengan sekali gus, mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain.

Kepada yang tak tau, Casafina adalah condominium terletak di belakang Temasek JC. Terima kasih kepada DINAH DINO sebab dier tinggal sana dan kerana dier, kiter dapatlah clubhouse ni. Alhamdullillah!

Iftar ini adalah potluck. Jangan pulak datang dengan pinggan dan perut kosong untuk mengharapkan catered food. Hehe. Saya harus tahu sesiape yang bawa makanan, makanan apa dan berape banyak yang akan dibawa jadi makanan tak membazir atau tak cukup. Kan tak bagus membazir makanan. Kalau tak cukup pula, menganiaya anak orang. Nanti tahun-tahun kemudian, mak dah tak kasi datang iftar Nira sebab tak cukup makan. HAHA.

Sila SMS Naq (96474206) ataupun Faat (93598032) makanan yang ingin dibawa dan berapa banyak. Menu for iftar saya akan update somer jadi somer will be well-informed.

Sila sebarkan kepada kawan-kawan kita yang masih bersama Nira, ataupun tidak. Yang tua, yang muda, yang sederhana, yang kurang upaya, “yang puaka, yang sedia ada dan yang baru bersama” (quoted by Kak Ayu).

Rajin-rajinlah menge-check blog Nira ni yer. Segala updates akan di-update di sini. Save sikit ni hah duit SMS dan Outgoing Mins. :D

Selamat Menjalani Ibadah Puasa! :)

August 24, 2009

Tentang Iftar

Assalammualaikum..

dah tiga hari puasa.. lagi 26 hari..

jadi bila kita semua nak beriftar kan?
Faat dah berbincang dengan Naq dan Dinah..

TEMPAT
1st choice- Casafina's Clubhouse
Casafina tu rumah dinah. Yang condo mewah tu..
tapi kene bayar sikit lah untuk book clubhouse tu.
bayaran nye agak2, $3o. tak lebih dari tu. jadi kalau ramai-ramai datang, kurang sikit beban utk bayar 30 ketol ni.

2nd choice- Restoran
  • Mayuni's Cafe OR
  • Badoque di Simpang Bedok OR
  • Mak's place

HARI
28th atau 4th.. Pilih.. lagi cepat lagi bagos.. kalau lambat2, makin sibok dengan persiapan hari raya.

Semua orang yang berkenaan dengan Nira dijemput ye dan boleh memberi cadangan juga. silakan jangan malu2..

Boleh tak kalau awak2 semua buat pilihan. jadi senang untuk saya tentukan. Kite go by majority k? thats it! aku give up blog in bahasa melayu..

let's try again..

Hari dan tempat akan ditentukan pada hari Rabu ini. Jadi, kalau boleh buatlah pilihan dan beritahu saya sebelum hari rabu ini boleh? boleh..

August 22, 2009

Nira: Selepas PRP

Assalammualaikum Wr Wb

Alhamdulillah, Piala Raja Panggung 2009 sudah pun berlalu. Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang dapat menjulang piala dari segi piala berpotensi, piala individu terbaik dan piala juara, naib-juara dan sebagainya.

Seperti yang dikatakan di dalam post sebelum ini, beberapa kengkawans kita telah bergabung tenaga dengan kumpulan Srikandi Tiara Widjaya untuk pertandingan dikir barat ini. Mereka mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama menimba ilmu dan pengalaman dalam arena dikir barat. Walaupun tidak membawa pulang sebarang piala apapun, namun ia tidak bermakna pulang dengan tangan yang kosong. Peluang untuk bersama STW di atas satu pentas telah memberi Nira persahabatan, pengalaman dan pelajaran dan sememangnya itulah yang secukupnya.

Syabas buat STW dan rakan-rakan dari Nira (Liyana, Amira, Faat, Fau, Fatin, Ira, Baya).

Tak lupa juga, ucapan tahniah untuk abang-abang kita dari kumpulan Andika (Fid, Isa, Achok, Siddiq) atas pencapaian naib-johan pada hari itu.

Piala Raja Panggung 2009 bukan penutup buat kumpulan Nira malah, ianya adalah satu detik permulaan untuk melangkah ke arah yang baru untuk kumpulan kami terus berkembang dalam seni ini. Kita sebagai kumpulan "anak abu" masih ada banyak lagi yang harus diperbaiki dan dipelajari.

Pada bulan November ini, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan Piala Seni Dikir 4. Seramai 34 kumpulan akan bertanding dalam pertandingan ini dan antara mereka, 14 kumpulan adalah kumpulan wanita.

Ini adalah tapak permulaan buat kumpulan kami dan kita hanya menharapkan yang terbaik sepanjang perjalanan dan persiapan untuk pertandingan ini. Insyallah.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri http://psd4.blogspot.com

***

Bulan Ramadhan; bulan yang penuh kesyukuran, sudah pun tiba. Hari ini adalah hari pertama bulan Ramadhan dan harap-harap semua telah menghadapinya dengan senang. Insyallah, bulan Ramadhan tahun ini penuh baraqah dan rahmat buat masing-masing dan segala dugaan dan cabaran dihadapi dengan penuh iman dan kesabaran.


Dengan itu, jagalah kesihatan. Kalau tak nanti tak dapat raya! :D

Dan juga, jangan mengambil kesempatan untuk....

Abe lagi tak tau, BILER MAU IFTAR?!!?!?! :D
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates