April 11, 2011

Selamat Datang Ke __________ !

Kumpulan Dikir Barat di TP sudah berganti ketua pada April 2011.
Sistem yang lama sudah diubah bersesuaian dengan keperluan Nira Nyertika dan PST.

Committee yang baru dianggotai ..

1) Presiden: Muhd Ilyia Bin Kamsani


Ada tokoh tak? Haha. Mesti ah ada! Kalau tak dia tak dipilih tau!

2) Naib Presiden: Diyana Bte Ramlan


Ini lah kakak fierce kita! Tapi, garang-garang pun .. dalam hati ada taman ;)

3) Setiausaha: Fatin Nabilah Binte Muhammad Nasser


Secretary lah! Setiausaha eh .. Haha.

4) Pengurus Logistik: Abdul Hadi Bin Abdul Razak


Ini dia Quartermaster kita! YAY YAY! Sekarang harta-karun Nira & PST sudah ada yang uruskan!

Ini lah wajah-wajah yang akan menghiasi kaca TV anda berusaha membuat Nira & PST persatuan yang sesuai untuk belajar seni dikir barat dan membina ukhwah, InsyaAllah. Take our hands and walk with us! :)

April 3, 2011

HACHOO!

Hi semua! Harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat! Fuuh!
Berhabuk betul ni blog! Mari kita spring clean same2 okay?
(sekarang spring kan? ^^)


Beberapa minggu yang lepas, sempena cuti sekolah yang dah lama bermula,
Nira telah ke rumah Diyana untuk ber-moviemarathon!
macam-macam genre kita tontoni! yang pasti, semua halal-certified!

Dan macam-macam lah juga kerenah satu-satu!

Ada yang umur dah *ehem* semakin meningkat, tapi perangai masih kanak-kanak riang ..


Ada yang terkekek-kekek ketawa bila tengok cerita hantu ..
Aku yang seram sejuk tengok Zuran!

Dan ada satu ni memang pantang jumpa camera ..

Sebab sesi MovieMarathon ni, ramai anggota Nira dah pandai tengok cerita Hindustan.
Dan kita dapat lebih mengenali anggota baru kita Zuran (yang ketawa bila nampak hantu)!

hmm, apa kata next outing kita fly kite jom?


____________________________________________________

Selain daripada itu, Nira bersama PST telah membantu Titisan Temasek dalam menghasilkan satu pementasan bertemakan Bollywood berjudul Oh Saffiyah!

Kami berbesar hati kerana diberikan peluang sekali lagi untuk bekerjasama dengan kumpulan kesenian melayu selain dikir barat di TP. Ini sememangnya pengalaman yang sangat berharga buat kami! Apa taknya .. kita dapat belajar tarian Bollywood daripada choreographer Grisham Osmond!



best eh jadi minah Hindustan? Semoga ini bukan yang terakhir!
Meanwhile, mari sambung training!

DAH RINDU NI OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.

February 13, 2011

Nira Fiesta 2010!


Hi semua! Pada 21-23 Januari 2011, Nira Fiesta telah diadakan di chalet Costa Sands di Pasir Ris! Fiesta ini telah diadakan untuk meraikan pencapaian Nira Nyertika sepanjang tahun 2010. Nira Fiesta dapat berlangsung dengan sempurna hasil daripada titik peluh kami sendiri!


Menyingkap kembali tarikh-tarikh penting sepanjang 2010 ..

Suara Serumpun
Ini lah pengalaman pertama bagi anggota-anggota Tahun Pertama dalam dunia dikir barat.


Show di Anchor Green Primary School


NDC @ TP
Nira Nyertika telah berganding bahu dengan teman-teman dari PST dan Titisan untuk produksi ini!


Majlis Iftar bersama PST
Majlis ini telah diadakan secara besar-besaran di sekolah! Dengan cemilan Nasi Briyani yang disediakan Faat :) Happy Achiok pada hari itu!


Beraya bersama CNB di Cantonment Complex


RAYA 2010!
Setahun sekali, Nira disumbat dalam van lagi ;)


Nira Fiesta bukan sahaja masa untuk kita bersuka-ria, tetapi kita juga sempat menyingkap kembali jerit perih yang dilalui bersama-sama. Yang penting, ia telah mengakrabkan lagi hubungan kami semua, tidak kira anggota-anggota Nira yang kini, yang evergreen ataupun yang terdahulu. :)


Mekar harum dalam sejambang,
moga puspa berputik indah ..

Biar pecah rekah batu yang menghalang
Baharulah padan baharulah manis semanisnya Nira ..
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates