March 21, 2010

Setelah sekian lama...

Setelah sekian lama blog ni menyepi, akhirnya...

Nak update jugak...

Semakin lama, tarikh semkin dekat.
Ramai kumpulan dikir barat yang menyertai pertandingan Mega Perdana 2010 sudah tentu sibuk dengan persiapan kumpulan masing-masing. Lebih-lebih lagi kumpulan dikir barat lelaki yang akan beraksi di atas pentas untuk peringkat saringan di Yio Chu Kang CC pada 4hb April 2010 nanti.

Kumpulun dikir barat wanita pula akan mula bertanding pada 9hb May 2010 iaitu peringkat Separuh Akhir 2010. Namun begitu, sudah tentu persiapan harus bermula dari sekarang kerana masa akan berlalu dengan cepat.

Senikata sudah pun dihantar semalam dan berikut adalah urutan persembahan yang terkini... (maklumat dipetik dari http://megaperdana2010.blogspot.com)

1. Jala Sutera 2
2. Wayan
3. Endang
4. Dhiya'
5. Nira Nyertika
6. Balqis
7. Dwi Durrah
8. Ayunan Dewi
9. Wahana Deksu
10. Dang Anum
11. Srikandi Tiara Widjaya

Tema untuk peringkat separuh akhir ialah:

Yang lama dikelek, yang baharu didukung


Sila lungsuri http://megaperdana2010.blogspot.com untuk segala maklumat tentang pertandingan Mega Perdana 2010.

Sediakan diri untuk pertandingan ini dan mari kita semua bekerja keras bersama sebagai satu kumpulan.

Apa lagi...

JOM TRAINING!


 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates