February 13, 2011

Nira Fiesta 2010!


Hi semua! Pada 21-23 Januari 2011, Nira Fiesta telah diadakan di chalet Costa Sands di Pasir Ris! Fiesta ini telah diadakan untuk meraikan pencapaian Nira Nyertika sepanjang tahun 2010. Nira Fiesta dapat berlangsung dengan sempurna hasil daripada titik peluh kami sendiri!


Menyingkap kembali tarikh-tarikh penting sepanjang 2010 ..

Suara Serumpun
Ini lah pengalaman pertama bagi anggota-anggota Tahun Pertama dalam dunia dikir barat.


Show di Anchor Green Primary School


NDC @ TP
Nira Nyertika telah berganding bahu dengan teman-teman dari PST dan Titisan untuk produksi ini!


Majlis Iftar bersama PST
Majlis ini telah diadakan secara besar-besaran di sekolah! Dengan cemilan Nasi Briyani yang disediakan Faat :) Happy Achiok pada hari itu!


Beraya bersama CNB di Cantonment Complex


RAYA 2010!
Setahun sekali, Nira disumbat dalam van lagi ;)


Nira Fiesta bukan sahaja masa untuk kita bersuka-ria, tetapi kita juga sempat menyingkap kembali jerit perih yang dilalui bersama-sama. Yang penting, ia telah mengakrabkan lagi hubungan kami semua, tidak kira anggota-anggota Nira yang kini, yang evergreen ataupun yang terdahulu. :)


Mekar harum dalam sejambang,
moga puspa berputik indah ..

Biar pecah rekah batu yang menghalang
Baharulah padan baharulah manis semanisnya Nira ..

No comments:

 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates