October 16, 2010

Gossip Girl

Assalamualaikum semua!

Hmm .. Dah lama blog ni tak dikemaskinikan eh?
Sementara menunggu video raya kita
dimuatnaikkan di blog ini,
saya ada sajian sampingan untuk para pembaca semua~! ;D

Baru2 ni, kite belajar lagu baru iaitu lagu Wanita.
Senikata lagu ini mengangkat2 darjat seorang wanita
dari segi pengorbanannya ..
Perwatakannya ..
Dan sebagainya.


Betul ke wanita sebegitu hebat?
Mari kita gossip pasal girls, women & all females alike. ;D


Beberapa minggu lalu, seorang wanita yang layak menerima
gelaran "Wanita Hebat" telah
berpulang ..
Kalau dah isteri kepada Menteri Pembimbing LKY
& Perdana Menteri LHL,
bukankah hebat tu namanye?
Kehebatan wanita ini telah disebut-sebut dalam eulogi yang
disampaikan suami serta anak-anaknya.

Selain mendiang Dr Goh Keng Swee,
siapa lagi wanita hebat yang masyhur
yang kita tau?
Halimah Yaacob kerana kepimpinannya?
Siti Nurhaliza kerana suara emasnya?

Fikir punya fikir ..
Sebenarnya .. Apa yang membuat seseorang
wanita itu hebat yer?
Pada pendapat saya,
seseorang itu hebat jika dia
dapat mempengaruhi kehidupan orang lain.
Tapi ini hanya sudut pandangan saya ;p
Tak tahu laa pendapat korang semua
bagaimana pula ..

Fikir punya fikir lagi ..
Adakah lagi wanita hebat sekarang ni?
MESTILAH ADA!

Kita tinggal sama-sama
mencari, mencungkil, & menggilap.
Mana lah tahu .. Satu hari nanti
ada pula nama 'Farah Amirah' ke ..
'Ibu Amirah' ke ..
yang termasuk dalam senarai wanita-wanita
hebat?

Cita-cita ni .. ;D

Sekian, wassalam.

No comments:

 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates