August 16, 2010

Hantu Lapar!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Pejam celik pejam celik,
dah nak dekat seminggu kita menjalani
ibadah puasa!

Di Singapura, orang Islam sibuk
menyambut ketibaan bulan Ramadan
manakala orang Cina (Taoists & Buddhists) pula
sibuk menyambut Hungry Ghost Festival.
Kat Facebook, hal yang hangat diperdebatkan adalah
perbezaan fahaman dalam kedua-dua sambutan ini
iaitu kebebasan segala hantu, jembalang, roh dan lain-lain.
Orang Islam percaya bahawa setan-setan semua kene ikat!
Aik .. Orang Cina pula percaya yang setan-setan tu bebas!
Tapi, itu semua tak penting kawan-kawan ..

Mari kita bercerita sedikit tentang Hungry Ghost Festival.

Kalau mat salleh ada Halloween, orang Cina pula ada Hungry Ghost Festival.
Perayaan ini disambut pada bulan ke-tujuh dalam Tahun Baru Lunar.
Dalam bulan ini, kaum Cina mempercayai bahawa semua pintu syurga dan neraka
dibuka untuk membebaskan roh-roh yang terperangkap di dalamnya.

Pada bulan ini juga, kaum Cina akan membakar 'hell money', menyajikan makanan
untuk kaum keluarga mereka yang telah berpulang, dan juga
membakar rumah, kereta, televisyen yang dibuat daripada kertas untuk
memberikan kehidupan yang selesa untuk si arwah.
Ini semua dilakukan kerana kaum Cina mempercayai bahawa
ini akan membawa tuah serta rezeki pada mereka.

Di Singapura, kaum-kaum selain kaum Cina adakalanya
merungut time perayaan ni. Sebab apa?
Pembakaran yang mereka lakukan dikatakan mencemar udara
dan membuat kawasan persekitaran kotor.

Biasa laa tu ..
Kalau kaum Cina ada Hungry Ghost Festival,
kaum kita pula ada Walimatul Urus yang kadang-kadang
memekak bagi kaum-kaum lain. (karaoke? kompang?)
Sebab itu, sikap toleransi sangat penting dalam
masyarakat berbilang kaum.

Actually, sikap toleransi ni penting di mana-mana sekalipun.
Sebab, semua orang berlainan perangai dan pemikiran.
Perbezaan ini kadangkala boleh membawa kepada percanggahan
pendapat dan mengakibatkan konflik dalam satu organisasi.

Oleh itu, kita harus selalu bersikap toleran dan saling
memahami antara satu sama lain.
Kita juga harus belajar untuk menerima
perbezaan yang ada antara kita.
Sebaliknya, cuba cari kesefahaman.
Contohnya, dalam bulan Ramadan & bulan ke-7 Tahun Baru Lunar ni,
kedua-dua masyarakat Melayu Islam & Cina
akan memperingati kaum keluarga yang telah berpergian terdahulu.
Kalau kita dah berkesefahaman, barulah aman! :D

'

Lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ni,
buat-buat bersabar laa yer semua?
HEHE jangan marah ~ ♥

1 comment:

M! said...

Haha. Tkde kerje si fatin ni. Hahah

 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates