31hb Januari 2010
Anchorvale CC
Tahun baru, banyak tanda tanya. Dan begitu jugaklah tema untuk pertandingan yang baru lepas yang diadakan di Anchorvale CC.
Namun begitu, 2010 disambut dengan penuh girang sebab 3 anggota Nira, Faat, Irahart dan Naq telah bergabung tenaga bersama Srikandi Tiara Widjaya di atas pentas pada malam Ahad itu.
Siapa lah sangka STW akan membawa pulang apa-apa pun pingat. Syukur atas berkat doa dan sokongan yang diberi oleh jawatan kuasa MAEC di Nee Soon East CC, STW meraih tempat pertama untuk kumpulan wanita.
Kemenangan ini sungguh tak disangkakan dan apabila nama kumpulan STW disebut, sekumpulan anggota STW menyorak kerana terharu, terperanjat dan segala TER- yang ada. Walaupun pertandingan sudah lepas, tiap kali memandang pingat tu, macam tak percaya gitu.
Dari pihak Nira, kami ingin menghulurkan penghargaan kepada beberapa pihak...
Untuk Srikandi Tiara Widjaya
Ribuan terima kasih kepada STW kerana sudi menerima kami dengan hati dan tangan yang terbuka untuk bergabung tenaga sekali lagi untuk pertandingan kali ini. Pengalaman ini amat dihargai.
Untuk Abg Herry
Terima Kasih sebab sudi menjemput Nira untuk bermain bersama STW untuk pertandingan ini. Tunjuk ajar Abg Herry dari segi ragam adalah satu pembuka mata. Sanggup datang training sendiri lambat untuk mengajar ragam untuk STW. Terima Kasih sangat2.
Untuk shifu-shifu paluan
You guys know who you are. Tak boleh nak terkata niat baik hati abang-abang semua untuk menolong team paluan. Amat terharu sekali dengan pertolongan yang dihulurkan.
TERIMA KASIH MANY2!!
Untuk ahli-ahli Nira
Kepada ahli-ahli Nira yang datang untuk menonton STW di PID 2010 di Anchorvale CC tu hari, Irahelena, Nut, Lydia, Liyana... Sape2 pon lah (Mintak mahap kalau ader tak sebut. Maklumlah, mata ni bukan bionic eyes boleh nampak sape kat audience), setinggi penghargaan buat korang semua. Tak sangka ader supporters. TERPERANJAT BERUK DIBUATNYE biler dengar "NAQ!" yang KUAT GILER among the audience. Nasib baik tak jatuh platform. Suara gitu kalau pakai time training pon chantek.
Alhamdulillah. Pengalaman ini sungguh manis sekali. Tambah lagi dengan kemenangan yang sungguh tidak disangkakan. TERPERANJAT RABAK! Terjerit macam nak terkluar anak tekak.
Meskipun, wise words from Wiwik Julaiha aka Kak Ju...
Kadang di bawah, Kadang di atas. Roda berputar terus... Nikmati setiap perjalanannya walau di bawah, walau di atas. Tak ternilai!
Renungkanlah...
Semoga persahabatan antara STW dan Nira akan terus berkekalan, Insyallah...
Dan sekarang, nak buat aper?
MEGA PERDANA 2010!! LAGI TAK TAU!
No comments:
Post a Comment