Walaupun pada siang harinya, hujan lebat tapi Alhamdulillah, dengan kuasa "bawang dan cili", hujan berhenti pada petang hari dan acara Nira Fiesta! dapat diteruskan.
Pelbagai games yang telah dimainkan oleh beruk-beruk ni semua. Permainan seperti siapa cepat menghabiskan sprinkles yang dilekatkan di muka menggunakan nutella, permainan siapa boleh muat dalam tikar, permainan giddygirl dan permainan sukan olympik "Siapa boleh slide paling jauh".
Pada malam hari, acara BBQ dan pembahagian hadiah dan Anugerah telah dilangsungkan. Semua, baik yang muda dan tua, dapat membawa pulang sedikit sebanyak hadiah yang telah disponsor oleh Encik Mustafa. Bukan itu saje. Malah, trolley pon telah disponsor oleh Encik Mustafa. Terima Kasih Encik Mustafa.
NI CHAMPION!
Ni tak.
Seperti slogan Cik Asmah Laili...
"Mmmmmm... Mintak Ampun Sedapnya!"
Sama jugak perasaan yang dirasakan oleh mereka yang hadir pada hari itu. Tapi ia bukan untuk makanan, tapi untuk acara nyer sendiri.
"In a nutshell", semua dapat bergembira bersama dan lebih mengenali ahli-ahli Nira yang masih aktif dan juga yang sudah pencen. Tahun 2009 penuh dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Acara ini adalah sebagai penutup tirai bagi tahun 2009.
Sekarang sudah tiba masanya untuk kiter menjemput tahun 2010 dengan minda yang terbuka dan bersiap sedia untuk melalui tahun yang baru bersama. Senang sama-sama, susah pun sama-sama.
2010, BRING IT ON!
No comments:
Post a Comment