Terutama sekali, Nira ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dinah dan keluarganya sebab mengizinkan kami menggunakan clubhouse di rumah mereka secara percuma. Bukan sahaja tempat, ader jugak pencuci mulut serba sedikit dan air teh-o yang telah diberi oleh keluarga Dinah. TERIMA KASIH DINAH DAN KELUARGA!
Jumlah makanan pada hari itu sungguh banyak. Rezeki kami dan kita amat bersyukur. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membawa makanan pada hari itu. Mee goreng, nasi goreng, kari daging, roti, nugget, ayam goreng, roti telur sardin, roti telur, mini pizza, cheesecake. Terima kasih semuanya. Kerana anda, kita semua pulang dengan perut yang senak dan juga makanan berlebihan dapat dipaket dan dibawa pulang untuk sahur esok hari nya.
Tak lupa juga kepada Saihah dan Faz, dua alumni yang telah menghadiri majlis iftar. Setelah sekian lama tidak kelihatan, akhirnya dapat berjumpa dengan mereka dan kehadiran mereka sangat kami hargai. Terima kasih dengan sumbangan kurma dan anggur :)
Kepada Fid, Isa, Achiok, Fadhil, Man, Alep, Haiqal, Fiefee, kehadiran anda semua memeriahkan suasana pada malam itu. Untuk semua ahli Nira Nyertika, terima kasih untuk semuanya.
Nampak-nampaknya, kita telah berjaya untuk mencapai objektif iftar ini, iaitu, mengeratkan silatulrahim antara yang baru, yang lama dan yang sentiasa ada. Syukur Alhamdulillah.
Lembaran yang baru... Insyallah :)
No comments:
Post a Comment