Alhamdulillah, Piala Raja Panggung 2009 sudah pun berlalu. Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang dapat menjulang piala dari segi piala berpotensi, piala individu terbaik dan piala juara, naib-juara dan sebagainya.

Syabas buat STW dan rakan-rakan dari Nira (Liyana, Amira, Faat, Fau, Fatin, Ira, Baya).
Tak lupa juga, ucapan tahniah untuk abang-abang kita dari kumpulan Andika (Fid, Isa, Achok, Siddiq) atas pencapaian naib-johan pada hari itu.
Piala Raja Panggung 2009 bukan penutup buat kumpulan Nira malah, ianya adalah satu detik permulaan untuk melangkah ke arah yang baru untuk kumpulan kami terus berkembang dalam seni ini. Kita sebagai kumpulan "anak abu" masih ada banyak lagi yang harus diperbaiki dan dipelajari.
Pada bulan November ini, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan Piala Seni Dikir 4. Seramai 34 kumpulan akan bertanding dalam pertandingan ini dan antara mereka, 14 kumpulan adalah kumpulan wanita.
Ini adalah tapak permulaan buat kumpulan kami dan kita hanya menharapkan yang terbaik sepanjang perjalanan dan persiapan untuk pertandingan ini. Insyallah.
Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri http://psd4.blogspot.com
***
Bulan Ramadhan; bulan yang penuh kesyukuran, sudah pun tiba. Hari ini adalah hari pertama bulan Ramadhan dan harap-harap semua telah menghadapinya dengan senang. Insyallah, bulan Ramadhan tahun ini penuh baraqah dan rahmat buat masing-masing dan segala dugaan dan cabaran dihadapi dengan penuh iman dan kesabaran.

Dengan itu, jagalah kesihatan. Kalau tak nanti tak dapat raya! :D
Dan juga, jangan mengambil kesempatan untuk....

No comments:
Post a Comment