April 24, 2008

Pesta Pantun 2008 Jawatankuasa

hello girls, first of all, congrats to those who have made it to the new exec comm of Nira Nyertika. semoga Nira akan sentiasa kembang di bawah jagaan anda. =D

anyway, i would like to remind the new PRO/SGH/ASGH to keep checking Nira's GMAIL. it's FLOOOODED! some may not be important (eg. updates from friendster/multiply) but do keep a look out for any queries through the email form in this blog.

i came across this one, sent on 22 April. just for those who are interested, read on.

and please update the exec comm/upcoming events in this blog.. ha.





Assalamualaikum wr. wb.

Tuan/Puan,

Perkara: Undangan untuk menyertai acara Pesta Pantun 2008 anjuran
Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura

1. Saya, selaku pengelola/penyelaras acara, ingin mengundang para pelajar daripada sekolah Tuan/Puan untuk menyertai pertandingan tahunan Pesta Pantun yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura.

2. Pertandingan yang akan bermula pada 7 haribulan Jun 2008 , ini bertujuan untuk menyemai rasa cinta kepada bahasa dan sastera Melayu melalui wadah berpantun.

3. Sesi Taklimat pertandingan dan Klinik Pantun akan diadakan pada 24 haribulan Mei 2008. Sesi ini wajib dihadiri oleh semua peserta yang disenaraikan di borang penyertaan.

4. Ia juga diharapkan dapat membantu memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu di kalangan para pelajar posmenengah.

5. Pesta Pantun 2008 telah dihadkan kepada 18 kumpulan. Kami akan memberikan penyertaan kepada 18 institusi yang pertama menyatakan keinginan mereka menyertai acara ini.

6 Turut dilampirkan dengan surat ini ialah borang penyertaan yang perlu diisi dan dikembalikan kepada pihak kami.

7. Sila mengesahkan penyertaan sekolah Tuan/Puan dengan menghubungi Saudari Nurul Huda di talian 91726369 atau menghantar e-mel ke alamat pestapantun08@gmail.com sebelum hari Selasa, 29 April 2008.

8. Borang penyertaan sekolah Tuan/Puan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya kepada kami pada 24 haribulan Mei 2008 apabila para peserta menghadiri sesi Taklimat & Bengkel Pesta Pantun. Masa dan tempat akan diberitahu pada waktu yang akan datang oleh wakil kami.

9. Yuran penyertaan sebanyak $40 dikenakan bagi setiap sekolah yang menyertai Pesta Pantun. Jumlah ini boleh dibayar kepada Saudari Nurul Huda pada 24 haribulan Mei 2008 bersama borang penyertaan sebelum bermulanya Sesi Taklimat dan Klinik Pantun.

10. Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari sekolah Tuan/Puan untuk menjayakan acara tahunan ini.

11. Kerjasama, sokongan dan pengertian Tuan/Puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ribuan terima kasih.


Wassalamualaikum wr. wb.

Yang menjalankan tugas,

Farah Nadia Jamalludin
Pengelola/Penyelaras Pesta Pantun 2008
Bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura






alright, that's all. take care, girls! miss you many many!

No comments:

 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates