Assalamualaikum semua!
best tak first day sahur?
makan apa? mesti ada yang tak terbangun langsung kan? HEHE!
memandangkan kita sedang dalam mood semangat
hari pertama berpuasa ..
jom kita berkongsi ilmu!
mari kita take a step back
and singkap kembali hikmah-hikmah ataupun
kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadan.
sebab .. kalau kita buat benda tanpa bersebab
atau do things without a purpose,
tak guna laa kan? :)
berpuasa ni banyak hikmahnya ..
antaranya,
ia dapat menimbulkan keihsanan sesama manusia,
membentuk kesabaran,
melahirkan keihklasan,
mendekatkan diri kepada Allah,
dan menghindari pelbagai penyakit.
Pertama, apabila seseorang berpuasa,
kita dapat merasakan perih-getir kehidupan
seseorang yang kurang bermampuan yang
terpaksa menahan haus & lapar
dan tidak mampu menjamah makanan yang lazat.
Oleh yang demikian, kita dapat menimbulkan
rasa empati dalam diri kita.
Secara tidak langsung, kita akan lebih bersyukur
dengan nikmat yang dianugerahkan Tuhan.
Kedua, puasa membentuk kesabaran.
Jika ada perkara yang mengajak kita ke arah kemungkaran,
kita harus mengingatkan diri bahawa kita
sedang beribadah.
Ini akan mendidik diri kita untuk lebih bersabar
menghadapi dugaan pada hari-hari berikutnya.
Contohnya, kalau ada orang yang cekik darah,
kita harus bertenang
dan berkata 'Aku sedang berpuasa'.
Chill bro ~ !
Ketiga, puasa melahirkan keikhlasan.
Apabila kita berpuasa, kita menahan hawa nafsu
daripada segala-gala yang membatalkan puasa,
contohnya makan dan minum.
Padahal, perbuatan menahan diri itu tidak
diketahui sesiapa kecuali Allah s.w.t.
Oleh itu, ini melahirkan keikhlasan di hati
orang yang berpuasa kerana
ibadah ini dilakukan semata-mata kerana Allah.
Keempat, puasa mendekatkan diri kita kepada Allah.
Saya rasa point yang ini self-explanatory kan? :)
Akhir sekali, puasa membantu menghindari
daripada pelbagai penyakit.
Hmm .. menarik kan point ni?
Manusia perlu makan untuk hidup.
Jadi, sistem pencernaan (digestive system) kita
sentiasa berfungsi tanpa henti!
Tubuh kita macam mesin ..
kalau mesin ini berfungsi tanpa henti,
lambat-laun ia akan rosak.
Dengan berpuasa, sistem pencernaan kita
dapat berehat! Betul tak? :)
Oleh itu, diharapkan dengan membaca blog entry ini ..
kita dapat bersama-sama
beribadah dengan bertujuan
sambil menikmati bulan yang suci ini!
Kata orang tu, jangan lah buat for the sake of doing it sahaja ~
Jom kita puasa - seal mulut, seal telinga, seal mata, & seal aurat
dalam bulan Ramadan!
sama juga dalam dikir barat & dalam ibadah ..
yang penting apa? IKHLAS!
Lepas itu .. kita ramai-ramai beraya okay?! :D
selamat berpuasa kawan-kawan!
puasa dari sudut pandangan Yusuf Islam:
(p/s: lagu di penghujung video ni macam dinyanyikan MJ seyh!)