Ibaratkan seorang ibu yang amat bangga dengan pencapaian anak bayinya yang sudah pandai bertatih, begitulah perasaan saya semasa tamatnya tepuk sepuluh akhir di atas pentas, Piala Seni Dikir 4.
Selepas berminggu, berpenat-lelah, bertungkus-lumus berlatih untuk pertandingan ini, walaupun tidak meraih apa-apa pun trophy atau hadiah, saya rasa, yang paling penting, perasaan puas hati selepas persembahan.
Walaupun menghadapi pelbagai masalah seperti kesuntukan waktu, kehadiran ahli-ahli sewaktu latihan, otak yang hiruk-pikuk pikirkan ragam dan sebagainya, Alhamdulillah, segala masalah dan rintangan telah diatasi.
Sekarang masanya untuk menghulurkan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak menolong Nira Nyertika untuk persiapan Piala Seni Dikir 4.
Untuk FidApalah kami tanpa dorongan dan tunjuk ajar pengasas kami yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga, idea dan macam-macam ah. Dah memang dari dulu, Fid telah banyak menolong Nira dari segala aspek. Walaupun kadang-kadang ada jugak masalah yang ada, tapi dier tetap dengan Nira jugak. Sayang jugak dier kat Nira. :p
Terima kasih Fid kerana memberikan peluang kepada Nira untuk bertanding dalam pertandingan yang berperingkat "National". Kita amat terharu dengan peluang sebegini. Terima kasih Fid kerana menyediakan kami untuk pertandingan ini. Walaupun Fid sendiri sibuk dengan kumpulan Fid sendiri, tapi tetap jugak meluangkan masa untuk melatihkan Nira.
Untuk Achok
Terima kasih Achok sebab mengajar paluan. Walaupun kepala otak sampai naik sot nak ingatkan beat paluan dan Achok pon dah nak naik giler nak ajar, Alhamdulillah, atas stage, takde gong yang jatuh, maracas tercampak ataupun gendang tergolek. Permainan atas pentas sungguh bersih dan hamsem.
Insyallah, team paluan akan meningkatkan ilmu tentang permainan paluan dan jikalau diberi masa yang cukup, mungkin prestasi team paluan akan lebih baik lagi. Terima kasih sekali lagi kerana cukup bersabar untuk mengajar satu-persatu dan memikirkan beat yang best untuk set ni.
Untuk Nira Affiliates
Man, Siddiq, Isa, Yat, Fadhil, Talib, Yayat...
Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi Nira. Terima kasih kepada Yat yang sudi menjadi penulis lirik sampingan untuk Nira. Terima kasih jugak pada Isa yang banyak menyumbangkan idea untuk karut, baik dari lagu yengki, kelantan dan wau bulan
(WAU BULAN SEDAP GILER DOOKKKK!), menolong dan mengasuh Liyana untuk melakukan yang terbaik sebagai tukang karut buat pertama kali.(Dan insyallah, banyak kali pada masa depan) :)
Dengan kehadiran abang-abang ni semua di training Nira,
just goes to show how much love Nira is getting. TERIMA KASIH!
Untuk keluarga, rakan-rakan, boyfriend dan semuanya yang mungkin lupa nak sebutTerima kasih sebab memberi kami, ahli Nira, sokongan untuk melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini. Walaupun kener marah asik balik lambat, asik ader training, asik berdikir je, tetap memberi kami "understanding" tentang minat dan tanggungjawab kami terhadap seni dikir barat ini dan kumpulan Nira.
Terima kasih sekali lagi buat semuanya... SEMUA LA!
Akhir sekali,
something I thought of...Kemenangan itu tak semestinya dirasakan dengan menjulang sesuatu piala ataupun menerima sesuatu hadiah atau saguhati.
Perasaan puas hati selepas melakukan yang terbaik; itulah yang menjadi faktor utama sesuatu kemenangan.
Dendangkan lagu, duhai adikku
Dengarlah rayu, pujuk hatiku
Ini lah puspa yang ku impi...