February 27, 2009

Demam Periksa

Kelihatan seperti ramai kawan-kawan kita masih lagi menghadapi peperiksaan akhir tahun, tapi ada antara mereka yang sudah selesai.

Kepada mereka yang belum habis periksa, tolong jangan memudaratkan diri anda sehingga raut wajah anda serupa seperti ini...

Janganlah buat benda terlarang sebegini. ASTARUGHFIRULLAHALAZIM!
Mengucap ye kengkawans. Mengucap.


Namun begitu, kepada mereka yang telah selesai dengan segala peperiksaan akhir tahun, bergembira saje la yer.



Saya diberitahu bahawa kertas peperiksaan terakhir jatuh pada haribulan 27 Februari. Tarikh ni applies to all of you eh? (Susah la pulak nak blog bahasa melayu ni. Maklomlah, tak biase!)


*Dan semasa saya tengah blog ni, kedengaran satu bunyi pelik dari adik saya yang tgh tido. Mengigau la tu*


Ok, where was I?


Oh yes. Sila beritahu saya biler kertas peperiksaan terakhir kamu semua supaya saya dapat mem-plan kan sesuatu aktiviti untuk cuti sekolah nanti. Kalau tak bilang, tak ada aktiviti la tu! Banyak la pulak taim aku nak plan plan eh. Maklomlah, dah abis skola. Tgh carik kerje ni haw. Susah pulak nak carik kerje dalam keadaan ekonomi yang merosot macam landslide Bukit Timah.


Well anyway, saya, bagi pihak saya sendiri, ingin mengucapkan "GOOD LUCK" (good luck dalam bahasa melayu aper eh?) kepada korang semua untuk keputusan peperiksaan pada hari kelak nanti. (Baru abis exam, dah cakap pasal results.)


Kepada mereka yang akan menonton Piala Buluh Perindu 2009, jumpa anda pada hari Ahad ni, 1st Mar 2009.


TIKET PIALA BULUH PERINDU, ACTIVATE!



KELAKAR NYE!
AK AH LA SEYY!

No comments:

 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates