September 21, 2010

Alu

Lagi 4 hari...! Lagi 4 hari...!

Lagi 4 hari kita dah nak berjalan raya!!!

Di sini, kami mengalu-alukan juga kedatangan ahli-ahli yang pernah melibatkan diri dalam kumpulan PST juga Nira... Jika ada anggota kami yang mengenali, jangan segan-segan silu nak ajak dorang sekali...

Kita akan menaiki 2 buah van sahaja jadi kepada teman-teman SELAIN DARI ANGGOTA BARU... Kami nasihatkan bawalah transport sendiri... Bukan ape... Takut tak selesa... Minta ampun dan mahap terlebih dahulu....

Jomlah ramaikan sekali...

2008

2009

2010






Belum ada gambar









Jom! Ajak semua anggota Nira yang lama & baru... Ajak... Jangan tak ajak...

Tak ada idea siapa nak ajak...? Meh abang tolong...

Ini kes dah tua-tua... Ada tunang orang... Ada mak orang...

Ada yang dah graduate... Ada tak sempat graduate...

Ada lawa gila... Ada yang... Ermmm... Gila...

Ada tinggal dekat... Ada yang jauh di mata, dekat di hati...

Yang ini korang mesti nak kenal... Penerima Pingat Bakti Nira yang pertama...
Nama dia Nor'Ain Esmerelda... Pi add dia pat FB...

Jangan risau... Jangan segan... Apa yang nak dilain-lainkan...

Duduk sama bilik... :)

Bergambar sama koridor...
Posing sama pesen... Hehehe...


Tahun lain-lain...


JOM! JALAN RAYA JOM!!!

September 17, 2010

Perskam

Perskam... Persserb...
Siapa cepat... Dia dapat...
Kita akan kunjung ke rumahnya untuk Jalan Raya NiraPST2010...

Tahun ini, kita sediakan 10 slot untuk anggota Nira dan PST (jumlah agak-agak 50 orang)... Jadi cepat!!!



1) Kampung Buangkok (9am)... First stop... Abang Haiti Haiti dah tak sabar nak sediakan jamuan cemilan pagi keistimewaannya...
2) Rumah Sabby Sadi... Dia ada sediakan makan juga... Dengar-dengar masak sendiri... -slurp-
3) Rumah Abang Mann Macho Ranggi... Pun ada masak juga...
4) ...
5) ...
6) ...
7) ...
8) ...
9) ...
10) ...

Nampak tuh... Ada lagi 7 ruang kosong yang minta diisi...
Jangan segan, jangan malu...
Tak kisahlah kalau tak ada jamuan satay ke, lobster bakar ke...
Tak kisah pun kalau kuih-muih dan air oren F&N dah surut...
Jangan risau kalau tak sempat beli langsir dan karpet asli kraftangan dari Belgium...

KITA DATANG NAK RAYA!!!

Jadi apalagi? Perskam Persserb...!!!


Seperti tahun-tahun lepas... Kompom best!!!



Jangan ketinggalan...

September 5, 2010

Misi

Nota Pendahuluan: Entri ini telah dikarang seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri... Atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, terpaksalah penulis terbitkan hari ini... Mohon ampun dan maaf...

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...

Mak datok... Dah sekian lama tak blog ni... Jari jemari pun dah mula kaku... Idea pun dah semakin buntu... Jadi kalau rasanya penulisan kurang memuaskan, jangan marah...

Hari ini saya nak berbual tentang 'misi'.


Sekali sebut saja 'misi', dah teringat pula waktu mengunjung Abang Alep kita yang berada di CGH, akibat darahnya asidik... Alhamdulillah, saya dan beberapa lagi anggota PST sempat kunjung dan berbuka bersamanya...

Keadaannya? Kesian.... Memang kesian... Lagi-lagi bila jururawat kegemarannya, yang muda lagi anggun lagi jelita, sedang 'on-shift'... Waktu itulah selalu sakitnya melanda... Kening tahu-tahu terkerut-kerut, pipi kiri ternaik terpeleot, lalu dia terpekik kesakitan. "Aduh... Aduh... Misi... Misi... Very pain...." siap jebik-jebik dihiasi tenungan manja ala Puss-In-Boots sekali... Kesian kan? Sama-samalah kita doakan, moga Abang Alep kita cepat sembuh...

Tapi 'misi' yang dimaksudkan sini bukan 'misi' itu...

Baru-baru ini, di Iftar Nira PST yang diadakan di TP, semua anggota Dikir Barat TP telah dibahagi kepada empat kumpulan dan diberi 'misi' membuat satu MTV...

Kriterianya adalah mereka harus menghasilkan video yang bertemakan lagu dikir barat kegemaran ramai "Gerimis Aidilfitri" dari kumpulan Dendang Mutiara... Mereka hanya diberi tempoh masa seminggu untuk menghasilkan video itu, siap muat naik di Youtube lagi... Pemenangnya akan diberi baucer $40 dari SBS untuk membayar saman sebab tak letak tambang yang mencukupi... (Hehehe... Gurau aje... Mana boleh bilang hadiah-hadiahnya...)

Namun, balik 'misi' ini ada beberapa lagi misi...

Pertama, kebanyakkan dari anggota-anggota ni LANGGGSOOOONGGG tak pernah dengar lagu ni... Jadi, senikatanya pun dorang tak tahu... (Untuk pengetahuan semua, senikata ini ditulis oleh Cikgu R Azmann, yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Tanjong Katong...)

Misi kami yang membuat cabaran ini ialah agar semua dapat belajar lagu dan senikatanya dengan cara yang berbeda sedikit... Kegiatan luar darjah lah gitu...

Lepas dah belajar lagu dan menghayati senikata, mestilah pandai kupas sedikit... Misi mencari jalan cerita mengikut lagu... Bab ini, rakyat mula mengamuk... Sebab ada yang kata,"Kita buat yang version pop salah ke? Sama ape lirik dengan lenggok nyanyi dia..." Ada pula beriya-iya nak buat versi "Hardstyle" sebab ada niat nak tonjolkan bakatnya dalam tarian asli "jumpstyle"...

Selepas berbincang, pihak penganjur telah sepakat untuk memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat 'cover' lagu, asalkan lirik dan lenggok nyanyian tak diubah... Sebab misi utamanya tetap tidak terjejas... Tapi jika kumpulan itu melanggar peraturan, akan dipotong markah...

Sepantas kita cakap "OK!", sepantas itulah semua kumpulan cabut lari, ghairah nak mulakan penggambaran, dan tinggalkan kita untuk mencuci periuk-periuk dan dulang-dulang...

Selepas seminggu... Inilah hasilnya...

Kumpulan Anak Buang


Kumpulan Tak-ada-nama-tapi-ada-Fauzan-Happy-Feet-Hardstyle



Kumpulan Telekong Koyak


Kumpulan Cuculele




Tidak syak lagi... Semuanya hebat-'heybutt' belaka... Para juri(Chehdeh bah...) naik mabuk fening-fening lalat nak pilih pemenangnya... Sebab ada beberapa anugerah individu juga...

Keputusannya, seperti yang telah dijanjikan, akan diberi pada hari Jalan Raya Nira PST 2010... Jadi, hadirlah! 25hb ini...

Di sini saya hendak mengakhiri dengan sebuah video penghargaan untuk semua ahli-ahli PST dan Nira... Biarpun yang baru mahukan yang lama... Tak seberapa pun... Taklah sehebat... Tapi jadilah...

Misi di sini...? Hanya satu hasil luahan seketul hati yang gembira melihat keluarga besar bahagia Politeknik Temasek...

Moga semua terhibur... ;)




Terima Kasih Daun Keladi...
Kita Jumpa Lain Kali...


Misi: Dilaksanakan

August 26, 2010

OPEN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~

Wah wah wah!
Hari yang dinanti-nantikan kita semua sudah tiba!
Dalam beberapa jam lagi,
kita semua akan bersua muka
dan bekecoh-kecohan di
Majlis Iftar Nira Nyertika & Panjy Sry Temasek!
Hehehe, kat Twitter semua dah bising-bising
kecoh tak sabar nak tunggu besok!
Eh salah, nanti laa kawan-kawan ..
sekejap jer lagi!

Hmm tahun ini kita mengenakan konsep
makan dalam dulang beramai-ramai
(maaf yer dah cuba research apa namanya
sebenarnya tapi tak jumpa juga) !

Menu untuk berbuka adalah
Nasi Briyani & Air Sirap! :D
mesti sedap hingga menjilat kaki! :p

Para hadirin majlis ini dikehendaki
membayar $8.
Kitorang pun digalakkan membawa
makanan-makanan ekstra
ataupun cemil-cemilan.
Lebih afdhal, katanya. HEHEHE!

Program setelah iftar, tiada orang yang tahu kecuali
Fid & Achiok.
Jadi, hmm .. pandai-pandai laa kita
mempersiapkan diri!
HEHE.

Okay sampai di sini sahaja kawan-kawan!
Harap-harap, Majlis Iftar ini
dapat mengerat dan memperkukuh keluarga
Dikir Barat di Politeknik Temasek.
sambil-sambil tu, kita lepaskan laa rindu yer?
Jumpa semuanya pada pukul 5.30 petang
di Design School @ TP! :D

August 16, 2010

Hantu Lapar!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Pejam celik pejam celik,
dah nak dekat seminggu kita menjalani
ibadah puasa!

Di Singapura, orang Islam sibuk
menyambut ketibaan bulan Ramadan
manakala orang Cina (Taoists & Buddhists) pula
sibuk menyambut Hungry Ghost Festival.
Kat Facebook, hal yang hangat diperdebatkan adalah
perbezaan fahaman dalam kedua-dua sambutan ini
iaitu kebebasan segala hantu, jembalang, roh dan lain-lain.
Orang Islam percaya bahawa setan-setan semua kene ikat!
Aik .. Orang Cina pula percaya yang setan-setan tu bebas!
Tapi, itu semua tak penting kawan-kawan ..

Mari kita bercerita sedikit tentang Hungry Ghost Festival.

Kalau mat salleh ada Halloween, orang Cina pula ada Hungry Ghost Festival.
Perayaan ini disambut pada bulan ke-tujuh dalam Tahun Baru Lunar.
Dalam bulan ini, kaum Cina mempercayai bahawa semua pintu syurga dan neraka
dibuka untuk membebaskan roh-roh yang terperangkap di dalamnya.

Pada bulan ini juga, kaum Cina akan membakar 'hell money', menyajikan makanan
untuk kaum keluarga mereka yang telah berpulang, dan juga
membakar rumah, kereta, televisyen yang dibuat daripada kertas untuk
memberikan kehidupan yang selesa untuk si arwah.
Ini semua dilakukan kerana kaum Cina mempercayai bahawa
ini akan membawa tuah serta rezeki pada mereka.

Di Singapura, kaum-kaum selain kaum Cina adakalanya
merungut time perayaan ni. Sebab apa?
Pembakaran yang mereka lakukan dikatakan mencemar udara
dan membuat kawasan persekitaran kotor.

Biasa laa tu ..
Kalau kaum Cina ada Hungry Ghost Festival,
kaum kita pula ada Walimatul Urus yang kadang-kadang
memekak bagi kaum-kaum lain. (karaoke? kompang?)
Sebab itu, sikap toleransi sangat penting dalam
masyarakat berbilang kaum.

Actually, sikap toleransi ni penting di mana-mana sekalipun.
Sebab, semua orang berlainan perangai dan pemikiran.
Perbezaan ini kadangkala boleh membawa kepada percanggahan
pendapat dan mengakibatkan konflik dalam satu organisasi.

Oleh itu, kita harus selalu bersikap toleran dan saling
memahami antara satu sama lain.
Kita juga harus belajar untuk menerima
perbezaan yang ada antara kita.
Sebaliknya, cuba cari kesefahaman.
Contohnya, dalam bulan Ramadan & bulan ke-7 Tahun Baru Lunar ni,
kedua-dua masyarakat Melayu Islam & Cina
akan memperingati kaum keluarga yang telah berpergian terdahulu.
Kalau kita dah berkesefahaman, barulah aman! :D

'

Lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ni,
buat-buat bersabar laa yer semua?
HEHE jangan marah ~ ♥

August 11, 2010

Puasa Apa?

Assalamualaikum semua!

best tak first day sahur?
makan apa? mesti ada yang tak terbangun langsung kan? HEHE!

memandangkan kita sedang dalam mood semangat
hari pertama berpuasa ..
jom kita berkongsi ilmu!

mari kita take a step back
and singkap kembali hikmah-hikmah ataupun
kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadan.
sebab .. kalau kita buat benda tanpa bersebab
atau do things without a purpose,
tak guna laa kan? :)

berpuasa ni banyak hikmahnya ..
antaranya,
ia dapat menimbulkan keihsanan sesama manusia,
membentuk kesabaran,
melahirkan keihklasan,
mendekatkan diri kepada Allah,
dan menghindari pelbagai penyakit.

Pertama, apabila seseorang berpuasa,
kita dapat merasakan perih-getir kehidupan
seseorang yang kurang bermampuan yang
terpaksa menahan haus & lapar
dan tidak mampu menjamah makanan yang lazat.
Oleh yang demikian, kita dapat menimbulkan
rasa empati dalam diri kita.
Secara tidak langsung, kita akan lebih bersyukur
dengan nikmat yang dianugerahkan Tuhan.

Kedua, puasa membentuk kesabaran.
Jika ada perkara yang mengajak kita ke arah kemungkaran,
kita harus mengingatkan diri bahawa kita
sedang beribadah.
Ini akan mendidik diri kita untuk lebih bersabar
menghadapi dugaan pada hari-hari berikutnya.
Contohnya, kalau ada orang yang cekik darah,
kita harus bertenang
dan berkata 'Aku sedang berpuasa'.
Chill bro ~ !

Ketiga, puasa melahirkan keikhlasan.
Apabila kita berpuasa, kita menahan hawa nafsu
daripada segala-gala yang membatalkan puasa,
contohnya makan dan minum.
Padahal, perbuatan menahan diri itu tidak
diketahui sesiapa kecuali Allah s.w.t.
Oleh itu, ini melahirkan keikhlasan di hati
orang yang berpuasa kerana
ibadah ini dilakukan semata-mata kerana Allah.

Keempat, puasa mendekatkan diri kita kepada Allah.
Saya rasa point yang ini self-explanatory kan? :)

Akhir sekali, puasa membantu menghindari
daripada pelbagai penyakit.
Hmm .. menarik kan point ni?
Manusia perlu makan untuk hidup.
Jadi, sistem pencernaan (digestive system) kita
sentiasa berfungsi tanpa henti!
Tubuh kita macam mesin ..
kalau mesin ini berfungsi tanpa henti,
lambat-laun ia akan rosak.
Dengan berpuasa, sistem pencernaan kita
dapat berehat! Betul tak? :)

Oleh itu, diharapkan dengan membaca blog entry ini ..
kita dapat bersama-sama
beribadah dengan bertujuan
sambil menikmati bulan yang suci ini!
Kata orang tu, jangan lah buat for the sake of doing it sahaja ~

Jom kita puasa - seal mulut, seal telinga, seal mata, & seal aurat
dalam bulan Ramadan!
sama juga dalam dikir barat & dalam ibadah ..
yang penting apa? IKHLAS!

Lepas itu .. kita ramai-ramai beraya okay?! :D
selamat berpuasa kawan-kawan!

puasa dari sudut pandangan Yusuf Islam:


(p/s: lagu di penghujung video ni macam dinyanyikan MJ seyh!)

August 6, 2010

Membina Jembatan Persahabatan

Assalamualaikum semua!

sunyi sepi blog nira ini ..
sejak Dinah tinggal pergi ..
lelamanku tak dikemaskini ..
penuh debu di sana sini ..

okay mengarut!
hehehehe!

Fateyn is back untuk mengemaskinikan blog Nira!
:D

buat pengetahuan yang tak tahu ..
Nira Nyertika & Panjy Sry Temasek telah
berganding bahu dengan Titisan Temasek untuk
Persembahan Hari Kebangsaan di Politeknik Temasek!
Nira & PST telah berkongsi seni berdikir barat bersama dengan
Titisan Temasek! Begitu juga sebaliknya ..

Tak disangka-sangka,
ramai di antara kita yang mempunyai bakat yang terpendam.

Ada yang pandai mengaji ..

Ada pula yang pandai bersilat ..

Ada yang mahir memancing ikan di laut ..

Dan ramai pula yang boleh menari!

Kawan-kawan Titisan kita pun tidak
kurang hebatnya berdikir barat.
Walaupun kekok membuat ragam pada mulanya,
lama-kelamaan .. mereka hebatlah!

Yang penting, Fateyn yakin semua yang
mengambil bahagian dalam persembahan ini
seronok berlatih bersama-sama.
Pertukaran seni dikir barat dan teater tentulah
bermanfaat buat semua!
Dengan mempelajari sedikit sebanyak tentang teater,
kita boleh mempertingkatkan watak kita
ketika berdikir barat, mengikut keperluan. :D

Semoga kolaborasi antara Nira Nyertika dan kumpulan-kumpulan
seni yang lain di Politeknik Temasek tidak berakhir di sini.
Kolaborasi sebegini diharapkan dapat memberi nafas
baharu kepada seni melayu di Politeknik Temasek.
Pastinya, Nira Nyertika mengalu-alu peluang
untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan seni yang lain.


Dengan ini,
moga-moga kita semua dapat bersama-sama
membina semula Malay Arts Group di Politeknik Temasek
secara beransur-ansur k. Hidup seni melayu! :D

July 22, 2010

dinah berdarmawisata ke poland

Assalamualaikum semua!

untuk yang dah tau, Fateyn beritahu lagi.
untuk yang belum tau, Fateyn nak maklumkan.

Dinah dah terbang ke Poland
untuk Overseas Student Internship Programme! :(


beberapa anggota Nira & PST telah ke lapangan terbang Changi
untuk menyaksikan kepergian Dinah.
Ada yang sampai tak dpat membendung duka di jiwa
so .. berjurai-jurai laa airmata kesedihan di wajah-wajah
dorang yang lawa tu.


ALAA DINGDING.

okay kwan-kwan, dah takmo sedih-sedih lagi k?
3 bulan akan kazooooooooom
mcam kapal terbang British Airways
yang Dinah naek okay!

Kita semua mendoakan keselamatan serta kesejahteraan
Dinah di Poland. Amin!

Come home to your Nira Babies soon, Dinah Farhanah.
Kami menanti kepulangan Dinah :)


NIRA♥DINAH

p/s: sementara menanti kepulangan Dinah, mari kite train & tunjukkan dier how much we've grown dalam masa tiga bulan okay kwan-kwan? :D

July 7, 2010

Siapa Gadis Itu?

HI NIRA SAYANG INTAN PAYUNG
MUTIARA BERLIAN YANG MANIS-MANIS BELAKA!

Assalamualaikum semua!
Fateyn ketandusan ilham untuk mengemaskinikan
blog ni. Tapi kan ..
korang pernah nampak perempuan lawa tak?!
mari Fateyn tunjuk!
HEHEHEHEHE ~

TADA!
memperkenalkan .. budak-budak year 1 NIRA NYERTIKA!



cantek kan? jambu kan? lawa kan?
kan kan kan?
mesti laa .. kata SEMANISNYA NIRA ~ :D
okay, dah! itu sahaja!
tayangan gambar (slideshow) akan dimuatkan ke
dalam blog ini tak lama lagi!
tunggu okay!

June 7, 2010

This is only the beginning....

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah, pertandingan sudah pon tamat pada hari sabtu yang lalu. Penat lelah berlatih selama 6 minggu berturut-turut already paid off dengan persembahan yang hangat dan happening oleh kumpulan dikir barat TP, Nira Nyertika dan Panjy Sry Temasek.





Selepas menunggu selama 15 mins or so untuk keputusan, kita bersorak riang dengan kemenangan Panjy Sry Temasek yang membolot anugerah 'Juara Terbaik', 'Karut Terbaik', 'Paluan Terbaik' dan yang paling awesome sekali, NAIB JOHAN SUARA SERUMPUN 3!!! Syabas kepada mereka and they really deserved it. Syiok tengok energy mereka di atas pentas. Eh energy tu la trademark PST tau. hehe.



Walaupun Nira Nyertika tidak diberi apa-apa anugerah, kita tetap bersyukur diberi peluang untuk perform on that stage and able to show what we can do, our best. Alhamdulillah....happy tak kengkawan?????? Tell me how you feel about your first performance/competition......hehehe...luahkan lah perasaan anda di chatango kat sebelah kanan screen tu ^^

Dengan itu, kita tak boleh lupakan abang-abang yang telah banyak menolong kita.

Kepada Fid, terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk mengajar both groups, walaupun terpaksa berulang-alik dari bilik Nira ke bilik PST and vice versa. Walaupon sedang concentrate dengan satu kumpulan, beliau tetap memerhatikan kumpulan sebelah. HEBAT! haha. Terima kasih memberi kami ragam yang awesome dan jambs. And i personally thank you for giving me tips and pointers on how to be a good karut full of expressions and character. I'm sure somer frontmen feel the same way. Betul tak?? hehe.

Kepada Sidek, terima kasih meluangkan masa dan tenaga untuk meneliti segala ragam supaya nampak lebih bersih di atas pentas. You have taught us to be more disciplined even during rehearsals. Thank you so much for your encouraging words. Nanak cry cry lagi ok?? hehe.

Kepada Achiok, terima kasih dengan tunjuk ajar achiok kepada kumpulan paluan kita dan menolong in keeping the training ongoing when fid tak dapat hadir. Thank you also for calling in your beloved girlfriend, Kak Rad and her friends, Kak Ziela and Kak Mai untuk tenyeh muka kami dengan make-up setebal buku Accounting saya. haha.

Kepada Faat, thank you so much for helping Dinah dan saya pabila kami tak tau nak continue training macam mana. Kita sayang faat. MUAH!

Thank you kakak make-up artist kita, including Fifi Foefum dan Faat yang bantu kami pakaikan 'tudung' and bunga. Saya suka!!! Jambs adik adik kita pada hari tu...betul tak??? *Fathin adik Anas are not allowed to comment on this!* hahaha. Maaf kalau kita nie terlampau la kecoh but we hope it would atleast entertain you. haha. Kesian dorang kena bangun pagi pagi setakat nak kasi kita somer lawa, sampai dorang sacrifice seluar and baju dorang penuh dengan bedak la dan segala macam benda. Thank you so much.

Amaciammmm??? Semanisnya Niraaaaaaaaaaaaaaaaa............



"Hesh! ewah ewah~~"


Kalau nak tengok performance kita, sila lungsuri laman facebook nira. Tapi awas, jangan lah pakai earphone kalau tanak meninggey tikijut! haha.

Marilah sama kita memperjuangkan Dikir Barat di Temasek Polytechnic! Let's go hwaiting!!

June 2, 2010

Suara Serumpun 3

Assalamualaikum wr. wb

Da satu bulan++ berlalu dan kita belum sempat pun ucap Selamat Datang kepada rakan-rakan baru Nira Nyertika ke blog nie. Ni lah nak cakap


"WELCOME TO OUR FAMILY!!!" *throws confetti*

Kali nie kita berjaya mengumpulkan lebih kurang 40 members. Amaciamm?? BAIK PEEE~~ haha. Yang paling happy sekali siapa lagi kalau bukan President baru Nira Nyertika iaitu rakan kita Dinah Farhana the-chicken-and-the-anak-and-the-wolf. Oh joke da basi eh?? Sorry laaaa..

Kalau kalian macam tak perasan gitu kat facebook, mereka nie semua excited dan gembira banget bila join Nira. Sumpah tak bohong! Belajar tepuk sepuluh sampai kat Marina Barrage la sey. haha. They enjoyed berdikir bersama-sama and mereka menunjukkan yang mereka 'keen' untuk belajar sampai sanggup tinggal belakang (stay back..LOL) dan kene halau dengan kakak IraHart kita. haha. You guys are a cheerful bunch of people and we appreciate all the effort you've put in. Hopefully, kita dapat bangkitkan nama Nira Nyertika bersama sampai semua da kerepot.

Untuk maklumat semua, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan Suara Serumpun 3 dan akan bersaing dengan kumpulan dikir barat dari Polytechnic yang lain.

Tarikh: 5 June 2010, Sabtu
Lokasi: Yio Chu Kang CC
Masa: 3.30pm
Tiket berharga $8. Sila lah datang untuk menonton dan menyokong kami and show your love to the newcomers. Their first show and it's a freaking competition. Kalau tak nervous tu namanya bohong. haha.


Berikut adalah urutan persembahan pada hari berkenaan:

1. Nantaboga (RP)
2. Nira Nyertika (TP)
3. Endang (RP)
4. Seri Thera (SP)
5. Paduka (NP)
6. Dewi Kalista (NYP)
7. Keturunan Adiwangsa (SP)
8. Panjy Sri Temasek (TP)
9. Betara Karisma (NYP)

Tinggal 3 hari aje lagi untuk kita berlatih dan kukuhkan tempat-tempat yang agak rapuh. C'mon we can do it girls! Let's go! Sepatah kata Sabby Baby dekat facebook dia

"We're all in this together"

Salam.

PS: Maaf saya tak punya gambar dari orientation dan trainings. Will update again insyaAllah.




May 7, 2010

Yakin.



Yakin yang dalam 2 hari ni, kita boleh.

NIRA BOLEH!

March 21, 2010

Setelah sekian lama...

Setelah sekian lama blog ni menyepi, akhirnya...

Nak update jugak...

Semakin lama, tarikh semkin dekat.
Ramai kumpulan dikir barat yang menyertai pertandingan Mega Perdana 2010 sudah tentu sibuk dengan persiapan kumpulan masing-masing. Lebih-lebih lagi kumpulan dikir barat lelaki yang akan beraksi di atas pentas untuk peringkat saringan di Yio Chu Kang CC pada 4hb April 2010 nanti.

Kumpulun dikir barat wanita pula akan mula bertanding pada 9hb May 2010 iaitu peringkat Separuh Akhir 2010. Namun begitu, sudah tentu persiapan harus bermula dari sekarang kerana masa akan berlalu dengan cepat.

Senikata sudah pun dihantar semalam dan berikut adalah urutan persembahan yang terkini... (maklumat dipetik dari http://megaperdana2010.blogspot.com)

1. Jala Sutera 2
2. Wayan
3. Endang
4. Dhiya'
5. Nira Nyertika
6. Balqis
7. Dwi Durrah
8. Ayunan Dewi
9. Wahana Deksu
10. Dang Anum
11. Srikandi Tiara Widjaya

Tema untuk peringkat separuh akhir ialah:

Yang lama dikelek, yang baharu didukung


Sila lungsuri http://megaperdana2010.blogspot.com untuk segala maklumat tentang pertandingan Mega Perdana 2010.

Sediakan diri untuk pertandingan ini dan mari kita semua bekerja keras bersama sebagai satu kumpulan.

Apa lagi...

JOM TRAINING!


February 8, 2010

Pembaharuan kepada Blog

Assalammualaikum

Blog ini akan ada pembaharuan sikit demi sedikit dari segi features dan artikel-artikel di blog ini.

Sementara menunggukan kelainan...

Apa kata isi suggestion box kat tepi... :)

February 5, 2010

Fi'il Waktu Solat

Korang pernah tak, waktu solat jemaah, ada mengalami perangai yang pelik-pelik dan menganggu ketenteraman korang waktu bersolat?

Ada bunyi-bunyi pelik?
Ada orang yang tak tau nak letak telefon bimbit ke mode gegaran?
Ada orang yang baca doa, secara "loud whispers"?

Satu hari tu, saya tgh surfing youtube la. Abe saudara saya ni satu recommend tengok satu video ni.

"Distractions during Salat (Prayer)"...



"Head to Butt" collision...HAHAAHAHAHAH!
Mungkin ada perkataan yang kurang difahami, macam perkataan yang disebut seperti "utter" is actually "ATAR". Mungkin perkara-perkara yang diketengahkan dalam video ini tak beberapa relevant antara kaum Hawa. Mungkin ia sering berlaku diantara kaum Adam sewaktu solat berjemaah di masjid.

Namun, kadang-kadang, dengan secara tak sengaja, kita sendiri yang melakukan fi'il seperti ni sewaktu solat.

Untuk yang tak tau, mamat ni nama dia BABA ALI. Ada banyak lagi video-video yang dirakamkan oleh mamat Baba Ali ni. Semuanya dikaitkan dengan fi'il umat-umat Islam. Dan yang bagusnya pasal video-video dia, semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi kawan-kawan yang bukan Islam pun boleh menonton video-video dier.

Untuk video-video dier yang lain, search "ummahfilms" di Youtube.com

February 1, 2010

Piala Ilham Dipersembah 2010: Detik permulaan

Piala Ilham Dipersembah 2010
31hb Januari 2010
Anchorvale CC

Tahun baru, banyak tanda tanya. Dan begitu jugaklah tema untuk pertandingan yang baru lepas yang diadakan di Anchorvale CC.

Namun begitu, 2010 disambut dengan penuh girang sebab 3 anggota Nira, Faat, Irahart dan Naq telah bergabung tenaga bersama Srikandi Tiara Widjaya di atas pentas pada malam Ahad itu.

Siapa lah sangka STW akan membawa pulang apa-apa pun pingat. Syukur atas berkat doa dan sokongan yang diberi oleh jawatan kuasa MAEC di Nee Soon East CC, STW meraih tempat pertama untuk kumpulan wanita.

Kemenangan ini sungguh tak disangkakan dan apabila nama kumpulan STW disebut, sekumpulan anggota STW menyorak kerana terharu, terperanjat dan segala TER- yang ada. Walaupun pertandingan sudah lepas, tiap kali memandang pingat tu, macam tak percaya gitu.

Dari pihak Nira, kami ingin menghulurkan penghargaan kepada beberapa pihak...

Untuk Srikandi Tiara Widjaya
Ribuan terima kasih kepada STW kerana sudi menerima kami dengan hati dan tangan yang terbuka untuk bergabung tenaga sekali lagi untuk pertandingan kali ini. Pengalaman ini amat dihargai.

Untuk Abg Herry
Terima Kasih sebab sudi menjemput Nira untuk bermain bersama STW untuk pertandingan ini. Tunjuk ajar Abg Herry dari segi ragam adalah satu pembuka mata. Sanggup datang training sendiri lambat untuk mengajar ragam untuk STW. Terima Kasih sangat2.

Untuk shifu-shifu paluan
You guys know who you are. Tak boleh nak terkata niat baik hati abang-abang semua untuk menolong team paluan. Amat terharu sekali dengan pertolongan yang dihulurkan.
TERIMA KASIH MANY2!!

Untuk ahli-ahli Nira
Kepada ahli-ahli Nira yang datang untuk menonton STW di PID 2010 di Anchorvale CC tu hari, Irahelena, Nut, Lydia, Liyana... Sape2 pon lah (Mintak mahap kalau ader tak sebut. Maklumlah, mata ni bukan bionic eyes boleh nampak sape kat audience), setinggi penghargaan buat korang semua. Tak sangka ader supporters. TERPERANJAT BERUK DIBUATNYE biler dengar "NAQ!" yang KUAT GILER among the audience. Nasib baik tak jatuh platform. Suara gitu kalau pakai time training pon chantek.


Alhamdulillah. Pengalaman ini sungguh manis sekali. Tambah lagi dengan kemenangan yang sungguh tidak disangkakan. TERPERANJAT RABAK! Terjerit macam nak terkluar anak tekak.

Meskipun, wise words from Wiwik Julaiha aka Kak Ju...

Kadang di bawah, Kadang di atas. Roda berputar terus... Nikmati setiap perjalanannya walau di bawah, walau di atas. Tak ternilai!


Renungkanlah...


Semoga persahabatan antara STW dan Nira akan terus berkekalan, Insyallah...

Dan sekarang, nak buat aper?

MEGA PERDANA 2010!! LAGI TAK TAU!

January 9, 2010

Piala Ilham Dipersembah: Training

Kejam kelip, dah tinggal 3 minggu je hingga ke tarikh pertandingan Piala Ilham Dipersembah.

Dengan ini, pengumuman untuk latihan pertama:

Tarikh: Ahad, 10 Januari 2009
Tempat: Nee Soon East CC
Masa: 4pm - 9.30pm

Untuk yang tak tau jalan ke CC, sila berkumpul di Yishun MRT station pada jam 3.30pm. Sila telefon Faat (91143327) ataupun Naq (96474206) kalau ada nk tanye pape.

Harap jangan ponteng training. Dah kesuntukan masa. Kita tak champion. Heeeee... :p

Jumpe anda esok di training.

January 3, 2010

Tahun baru sudah bermula

2010 sudah pun bermula. Sudah mula masanya untuk kita berlatih untuk tahun ni.

Dengan itu, pengumuman untuk semua.
Nira Nyertika akan bertanding di pertandingan Piala Ilham Dipersembah 2010.


Berikut adalah urutan persembahan untuk pertandingan...

1) Wahana Deksu

2) A.S

3) D2

4) Panjy Kidz

5) Merpati Puteh 27

6) Durbar Dua

7) Janji Bukit Gantung

8) Dendang Mutiara

9) Dang Anom

10) Wai

11) Silih Berganti

12) Andika Kencana

13) Nira

14) Qitabi

15) Fantasia

16) Jamek

17) Myk Je

18) TNT

19) Adiratna

20) Radio Malaya

21) Si Anak Seni

22) Endang

23) Seri

24) Dwi Durrah

25) Keris

26) Teman Setia Anda

27) Chu Chu Datuk Merah

28) Srikandi Tiara Wijaya

29) CDM

Tema: Tanda Tanya (?)

Kali ini, kita adalah kumpulan yang ke-13 untuk membuat persembahan. Latihan sudahpun bermula. Sila telefon Faat untuk segala matlumat tentang tarikh latihan dan sebagainya.

Gear yourselves up girls. Sudah tiba masanya untuk berlatih!

December 30, 2009

Akhirnya 2009...

Tak lama lagi, kita akan meninggalkan 2009 dan menjemput kedatangan tahun 2010. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui di tahun 2009 ini.

Jom imbas kembali...

Tahun 2009 disambut dengan persembahan pertama di Temasek Poly Open House 2009.


Persembahan ni jugak lah yang kiter kener pakai baju opah buat persembahan. (Sengkek pia skola. Geram!).

Selain itu, Nira jugak ada outing karaoke di Cash Studio Ming Arcade. Ini jugak outing "official" Nira yang pertama dalam beberapa tahun lamanya. Semua enjoy pada hari tu menyanyikan lagu kegemaran masing-masin. Outing ni jugak yang LIYANA nangis nyanyi lagu "I live my life for you" dari Firehouse sebab lagu ni lah yang dijadikan nada dering telefon bimbit Abg Isa kiter apabila Kak LIYANA kiter menelefon beliau. Kekekeke... (Jammaraaahhh :D)


Biler mau outing lagi!??!?! :D

Tahun 2009 jugak merupakan tahun yang menyedihkan jugak. Kepada mereka yang tak ingat, tahun ini, MAG ditutup di Temasek Polytechnic disebabkan isu-isu tertentu. Macam-macam dah buat tapi ada orang tetap berdegil. Nak buat macam mana kan. We can only do so much.

Walau macam mana pun, Alhamdulillah, Nira Nyertika masih tegak berdiri sehingga ke hari ini. Walaupun MAG sudah ditutup, namun sedikit sebanyak, kesenian Melayu masih tetap diteruskan.

Cukup la tu dengan citer sedih. Citer happy pulak...

Persembahan CCA Recruitment Drive 2009 merupakan "debut performance" yang pertama untuk Hidd dan Mira sebagai tukang karut dan tok juara. Huwah, bukan main lagi ni dua anak dara mempersembahkan Nira kepada mereka-mereka yang baru masuk Temasek Poly.


Fuuh.. tak nampak tu betape kuatnya laungan Hidd. Urat-urat sampai mintak ampun!

Dari show ni jugak, kita menerima (Ibu) Amirah sebagai ahli terbaru Nira. :)

Tahun 2009 juga merupakan tahun pertama Nira bergabung tenaga dengan KGMS untuk menjayakan pertandingan Piala KGMS 2009 yang pertama kalinya diadakan. Selain dari Piala KGMS, Nira juga menyumbang tenaga untuk Piala Si Cilik, Piala Suara Serumpun dan Piala DK Senja. Pengalaman ini dah tentu tak boleh dilupakan. Dapat tshirt, dapat pengalaman untuk mengendalikan logistics untuk sesuatu pertandingan, dapat tengok pertandingan dikir barat percuma dan dapat kenal members baru.

Terima kasih kepada pihak-pihak tertentu sebab memberi Nira sekumpulan peluang untuk mengendalikan tugas sebegini.

Selain dari Piala KGMS 2009, Nira juga mendapat peluang untuk membuat persembahan untuk acara gemilang National Day Parade 2009. Dengan ratusan lagi aktivist dikir barat yang datangnya dari pelbagai kumpulan dikir barat setempat, Nira teramat sekali bangga dapat bekerjasama dengan mereka-mereka yang sudah lama berkecimpung dalam seni dikir barat ini. Bukan sahaja kita dapat bekerjasama dengan mereka yang dah legend-legend tapi dapat juga mempersembahkan seni ini kepada seluruh rakyat Singapura bersama mereka.




Selepas kesibukan NDP, segilintir ahli Nira diberi peluang untuk bergabung tenaga bersama kumpulan Srikandi Tiara Widjaya untuk pertandingan Piala Raja Panggung.


Ini adalah pertama kalinya ahli-ahli Nira melibatkan diri dalam pertandingan peringkat nasional. Apatah lagi disamping kumpulan yang sudah cukup veteran dalam arena dikir barat Singapura.

Untuk tahun 2009 juga, kita mengambil masa untuk ber-bonding diantara ahli-ahli Nira. Buat pertama kalinya, iftar Nira tahun ini diadakan di clubhouse rumah Dinah. Pelbagai macam makanan yang disediakan. Iftar Nira juga merupakan kali pertama kita mengenali kawan-kawan yang baru.


Iftar dah abis, Raya punye ceriter...
Raya tahun ini teramat kecoh sekali. Dengan van Golden Dragon dan juga kehadiran adik-adik dari Xinmin Sec. GEREK OI!


Tak lupa juga, pencapaian yang tertinggi untuk tahun 2009 adalah Piala Seni Dikir 2010 yang diadakan pada bulan November. Pertandingan ini merupakan kali pertama Nira memasuki pertandingan peringkat nasional. Walaupun tidak membawa pulang sebarang hadiah ataupun piala, Nira amat gembira dan berbangga sangat dapat bersama kumpulan-kumpulan veteran yang lain bartanding di atas pentas yang sama.


Tak boleh dinafikan, tiap kali mendengar lagu Nira untuk pertandingan ini di section Audio di blog ni, tiap kali tersenyum. Kenangan yang amat manis sekali. Semua rasa puas hati.

Dan akhir sekali, untuk menutup tirai 2009, acara yang baru-baru saja diadakan, acara Nira Fiesta!. Acara yang paling gerek kedaung, lagi-lagi dengan kehadiran kakak-kakak yang dah pencen, Caca, Lela, Ain, Ili, Fish.


Senang kata, tahun 2009 penuh dengan berkat. Rezeki Nira mencurah-curah tahun ni. Insyallah, tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik dan lebih gerek.

SELAMAT TAHUN BARU KENGKAWANS!!! :D
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates