October 14, 2009

Update: Nira Raya 2009

Assalammualaikum Wr Wb

Terutama sekali, mintak maaf la byk2 sebab update ni datang lambat. Busy bekerje la geng. Hehe. Walaupun seminggu sudah pun berlalu, tapi boleh lagi rasa cebisan manis acara Nira Raya 2009 Sabtu lalu.

Seramai 25 orang yang telah hadir tahun ini, 1 van GOLDEN DRAGON dan 3 motor. Sebanyak 9 rumah dikunjungi dan sudah tentu yang paling best sekali, kita dapat bersama untuk menyambut raya.

Yang istimewa sangat tentang jalan raya tahun ini, ada yang lama dan ada yang baru. Terima kasih kepada adik-adik kita dari Xinmin Sec yang sudi bersama kami pada jalan raya tahun ini dan tak lupa juga pada kakak-kakak kita seperti Fish, Faj dan Rusy.

Seperti biasa, janji melayu, sepatutnya jumpa jam 10.30pg tapi aper kehek jadi, semuanya lambat, termasuk saya jugak. HEHE. Ok maybe ada yang tak lambat la tapi takpe, bulan baik ni harus saling memaafi antara satu sama lain kan kan?

Alhamdulillah, tahun ini, kita dapat cover banyak jugak rumah yang kita tak pernah pergi seperti rumah May, Miza, Amie, Faj, Fau, Abg Fadhil dan Afifah. Terima kasih kerana sudi menjemput kami ke rumah untuk Hari Raya. Selain itu, kita juga berkunjung ke rumah Naq (aku la tu!) dan jugak Dinah.

Memang tak boleh dinafikan, jalan raya tahun ni memang sangat best. Dengan jeritan “Selamat Hari Raya” kat orang-orang waktu perjalanan; mat motor, abang CD, bangla lori, family tengah tunggu bus. Sampai ada satu abang tu senyum sungguh maniiisss sekali. (Yer tak? Kekekeke) Nyanyian lagu raya yang tak henti-henti di dalam van. Video harus tunggu jap sebab ader 20+ video yang harus di-convert dan dijadikan readable dengan media player. BEBAN!! Tapi kelakar tengok video-video somer. BEST GILER DOH! (Ah kan. Citer Bohsia dah merasuk)

Terima kasih kepada Abg Fid sebab sudi menjadi dreba van kita pada hari itu. Sekurang-kurangnya kita dapat juga menikmati rollercoaster ride walaupun tak dapat pergi Escape Theme Park. Terima kasih juga kepada abang-abang yang lain seperti Abg Siddiq, Abg Achiok, Abg Fadhil, Abg Isa, Izzat, Fairuz dan (YB) Syed Abudi sebab memeriahkan lagi suasana pada hari itu.

Sehingga kita jumpa lagi pada raya tahun depan. Insyallah.

October 6, 2009

Ni La Kerja Kalau Takde Kerja.....

sementara menunggu naq upload semua gambar-gambar yang dipetik time jalan raya hari sabtu lepas, kita di sini kaypo pulak nak jenguk gambar nira time raya tahun lepas di multiply! ...skali nampak pulak gambar *coughs* abang *coughs* isa... banyak pulak tu! sebab boring punya pasal, kita edit la sikit tu gambar.....



Photobucket


hehehe! :P



October 5, 2009

Nira Raya 2009

Nantikan saje update nye eh? :)

Yang penting, semua enjoy :D

October 2, 2009

Anda sudah bersedia?



Anda sudah bersedia? :)

Bring on the kuehs and F&Ns!!!

Ok plan nye camni...

Rumah pertama yang kita akan kunjung ialah rumah Fadhil. Address nya saya dah letak kat previous post so sila scroll ke bawah sikit eh. Map pon ader kat post tu. Kalau tak paham tu map aper, ok saya dah buat alternative plan dengan Faat.

Kita akan berjumpa di rumah Fadhil pada jam 10am. Kalau boleh jangan lah lambat ye. Nanti tak dapat banyak rumah. Ramai antara kita tak tau rumah Fadhil kat maner so kita akan berjumpa di Pasir Ris Interchange pada jam 9.15am. Lambat-lambat kita akan tunggu sampai jam 9.30am. Kita akan berkumpul di interchange di berth bus nombor 359.

Contact person:
Faat - 93598032
Naq - 96474206

Kalau sesiape yang tau rumah Fadhil kat mana, dan ingin berjumpa di blk nya, sila SMS je jadi kita tak akan tunggu awak kat interchange.

Pakai lawar2, hamsem2 ok. Jangan nk perangai pakai jeans atau leggings dgn kebaya (eee..) dan pakai jeans dgn baju kurung. Ok dah itu sahaje.

JUMPA ANDA ESOOOOKKK!!!
tak sabaaaarrr wwwoooooiiiiii...!!

October 1, 2009

Updates: Tarian Show @ West Mall

Kepada kengkwns yang busy sangat untuk login Facebook, saya akan embed-kan video tarian yang dipersembahkan di West Mall pada petang Raya itu hari. Video2 ni semua saya upload kat Facebook Group Nira dan bukan kat profile saya.

Tarian ni self-choreographed oleh mereka semua jadi sememangnya penari-penari Nira diberikan tepukan gemuruh dan juga standing ovation sebab inilah kali pertama diorg choreograph dance piece sendiri. Syabas untuk mereka.

Ni segmen games dengan budak-budak yang cute banget. Cikgu Djohan dan Abg Isa telah memulakan tarian lesson khas untuk mereka.

Ni segmen "Mari Menari bersama Cikgu Djohan dan Abg Isa". Kalau nak tau, yang bunyi "huuuurrrr" atau "heeeeeeeee" tu somer bunyi Fadhil tengah geli hati tengok gelagat diorg. Saya pon ader jugak ketawe, tapi tgh tahan sebab nanti video shaky macam kener gempa bumi. :p Tapi antara orang-orang yang menonton, Fadhil sorang saje yang teramat geli hati, ketawe2. Tak tau la pulakkan kalau yang menonton tu tak ketawe pasal tak paham ataupun pasal tak kelakar langsung.

Lepas dance lesson tu, Nira membuat persembahan tarian sekali lagi dengan special guest appearance oleh Cikgu Djohan dan Abg Isa.

Kalau korg lihat di sebelah kiri blog ini, di column "Tarikh Penting", Nira akan ada show lagi. Alhamdulillah, rezeki kami amat murah. Kalau ada masa, sokong la penari Nira untuk memberikan mereka semangat. Setidak-tidaknya, ada members jugak yang tengok. Hehehe.

September 28, 2009

Nira Tarian @ West Mall

Maaflah kalau update ni dah macam basi gitu sebab acara dah terjadi 2 minggu lalu abe baru nak update skarang. Maklumlah, sibuk berjalan raya dan menjemput tamu di rumah.

Kalau korang tak tau, petang raya tu hari, 19hb Oktober 2009, Nira ada persembahan tarian di West Mall. Kesian pulak kengkwns kita yang melibatkan diri untuk persembahan tu hari. Tetapi, walaupun sakit ataupun ada masalah keluarga yang tidak dapat dielak, mereka masih tetap membuat persembahan yang sangat best. :)

Kudos kepada Faat, Fau, Miza, Ira dan "ibu" Amirah sebab dapat membuat persembahan yang sangat sangat best dalam masa yang amat suntuk. Terima kasih sebab meluangkan masa untuk membuat persembahan ini, mewakili Nira sekumpulan.

Terima kasih juga untuk Cikgu Djohan dan Abg Isa yang meluangkan masa untuk turun ke West Mall dan memberikan semangat untuk hari itu. Mereka telah berjaya menghiburkan penonton (lebih-lebih lagi Abg Fadhil. HAHAHAHAHAAH! :p) dengan gelagat mereka. Beribu-ribu terima kasih kepada mereka berdua.

Ini tarian lagu Anugerah Aidilfitri. Video-video lain akan di-upload-kan tak lama lagi. :)


September 27, 2009

Update: Nira Raya 2009

Assalammualaikum

Terutama sekali, Selamat Hari Raya kepada semua kengkwns Nira sekalian. Amacam raya? Ada orait? Banyak collection? Saya pun dapat collection. Banyak tu tak la. Sikit je. Maklumlah, dah bekerje. Hehe.

Kepada mereka yang masih belum tau, Nira akan berjalan raya pada 3hb Oktober. Tak tau la kan macam mana korang masih tak tau sebab dah ader Facebook event dan tarikh nya dah di-decide awal-awal lagi.

So far, ada 14 orang yang akan hadir untuk Nira Raya 2009 (mengikut RSVP in Faceboook events).

Ok... so apakah plannya pada hari itu?
Kita akan berkumpul di rumah Abg Fadhil di Pasir Ris.
Address:
Blk 762 Pasir Ris St 71
#08-226

Macam mana nak pegi sana?



Kalau melihat map yang kat atas ni, the bus stop yang korang kener stop tu, ader banyak bus. Click aje kat bus stop tu dan list nombor bus akan terkeluar. Alternatively, ada satu bus stop yang lagi dekat sikit (kalau korang nampak). Bus stop tu ada bus nombor 359. Suka hati korang nak plan macam mana nak jumpa dan di mana.
Jam brape? Belum confirm.
Semua akan berkumpul di sana dan selepas itu, kita akan mulakan jalan raya kita.

Selain itu, Faat perlukan address rumah-rumah korang yang Nira boleh kunjung. Ini untuk memudahkan lagi perjalanan kami dan juga untuk time management yang lagi hamsem.

Kalau ada sebarang pertanyaan, hubungi Faat (93598032) di hemponnye dan juga jangan lupa untuk SMS juga alamat rumah-rumah awak. Semua alamat rumah harus di-SMS-kan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2009 pada jam 11.59mlm. Kalau tak kasi alamat, kirakan tak kasi datang rumah la tu. Hehehe.

Insyallah, kita akan berjumpa pada hari Sabtu, 3hb Oktober untuk NIRA RAYA 2009!!! :D

September 20, 2009

Kini Syawal sudah pun tiba

Alhamdulillah...

Ramadhan sudah berlalu...
Syawal sudah pun tiba...

Tahun ini Raya untuk Nira macam mana eh?

Nak tau? Meh tgk video ni...



Alaahh.. edit video setakat ala kadar je la. :)

Dengan ini, saya ingin mengumumkan tarikh jalan raya bersama Nira.


Jangan cakap tak bilang siang-siang eh. Block date tu untuk jalan raya bersama Nira!!! :D

September 15, 2009

Tarian Show @ West Mall

Assalammualaikum..

Show tarian dah nak dekat.. hari sabtu ini! Kite ada lagi lima hari..
Training slots will be as follows..

Tues: 7pm
Wed-Fri: 11am

untuk kakak2 SIP, jangan risau.. awak2 dah tahu routine nye.. Formation nye, faat tukar sikit.. Sebab faat added some new people to the routine.. Jadi hari sabtu, pagi2 bute kita go through the routine with the new additions to the team..

Malam ini kite akan belajar routine baru.. ALHAMDULLILLAH.. FINALLY ADE ROUTINE!!

Terima kasih banyak2 kepade yang menyumbang kan routine tu ye..

Kepade yang lain, turon lah ke West Mall hari sabtu ni ye? support lah kite2 yang tak pandai menari tapi berani mencuba..
KUDOS TO ALL OF YOU!!

k jom menari!

September 11, 2009

Lagu Raya!

Dah nak raya ni. Mood pon makin lama makin tak sabar nak beraya.
Jom dengar lagu raya...


Mau paaahh buat video raya? Heehehehehehe..

Raya akan tiba

Pejam pelik, 9 hari lagi dah raya. Bukan main cepat lagi masa berlalu. Persiapan raya kengkawans macam mana?

Dah beli baju?

Dah bikin kuih?

Dah kemas rumah?

Dah siap bag untuk isi duit raya?

Dah tolong mak pergi pasar beli barang-barang untuk masak?

Kalau belum, mari tengok video ni...




Lucu, tapi mesej yang ingin disebarkan melalui iklan ni amat bermakna.
Siapa kata kalau lucu, bermakna tak serious? :)

September 7, 2009

Sesudah Nira Iftar 2009

Alhamdulillah, iftar Nira pada hari Jumaat lalu berjalan dengan lancar. Semua pulang dengan perut yang senak dan perasaan gembira sangat-sangat. Setelah sekian lama Nira tidak berkumpul disebabkan Piala Raja Panggung 2009, iftar ini dapat melepaskan rindu kat rakan-rakan semua.

Terutama sekali, Nira ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dinah dan keluarganya sebab mengizinkan kami menggunakan clubhouse di rumah mereka secara percuma. Bukan sahaja tempat, ader jugak pencuci mulut serba sedikit dan air teh-o yang telah diberi oleh keluarga Dinah. TERIMA KASIH DINAH DAN KELUARGA!

Jumlah makanan pada hari itu sungguh banyak. Rezeki kami dan kita amat bersyukur. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membawa makanan pada hari itu. Mee goreng, nasi goreng, kari daging, roti, nugget, ayam goreng, roti telur sardin, roti telur, mini pizza, cheesecake. Terima kasih semuanya. Kerana anda, kita semua pulang dengan perut yang senak dan juga makanan berlebihan dapat dipaket dan dibawa pulang untuk sahur esok hari nya.


Terima kasih juga kepada the five ladies dari Bishan Park sebab meluangkan masa untuk hadirkan diri di Iftar Nira 2009. Nira berharap awak-awak semua tak serik untuk hadirkan diri untuk acara-acara yang akan datang bersama Nira.


Tak lupa juga kepada Saihah dan Faz, dua alumni yang telah menghadiri majlis iftar. Setelah sekian lama tidak kelihatan, akhirnya dapat berjumpa dengan mereka dan kehadiran mereka sangat kami hargai. Terima kasih dengan sumbangan kurma dan anggur :)

Kepada Fid, Isa, Achiok, Fadhil, Man, Alep, Haiqal, Fiefee, kehadiran anda semua memeriahkan suasana pada malam itu. Untuk semua ahli Nira Nyertika, terima kasih untuk semuanya.


Nampak-nampaknya, kita telah berjaya untuk mencapai objektif iftar ini, iaitu, mengeratkan silatulrahim antara yang baru, yang lama dan yang sentiasa ada. Syukur Alhamdulillah.


Lembaran yang baru... Insyallah :)

August 27, 2009

Nira Iftar 2009

“Keputusan yang dinanti-nantikan sudah ada di tangan saya…”
“Dan pemenangnya ialah…”


Oh tak eh?

Heh. Ini bukan nak umumkan pemenang untuk lucky draw ataupun pemenang untuk “Siapa paling lama kat chatango box Nira”. :D

Ini adalah pengumuman untuk…


Seperti kengkwns lihat kat banner tu, semua sudah pon ditetapkan. Iftar tahun ini insyallah, akan lebih happening. Kalau tahun lepas, kita adakan iftar secara kecil-kecilan sahaja. Tahun ini, kita mengharap lebih ramai lagi yang dapat hadir iftar ini dengan sekali gus, mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain.

Kepada yang tak tau, Casafina adalah condominium terletak di belakang Temasek JC. Terima kasih kepada DINAH DINO sebab dier tinggal sana dan kerana dier, kiter dapatlah clubhouse ni. Alhamdullillah!

Iftar ini adalah potluck. Jangan pulak datang dengan pinggan dan perut kosong untuk mengharapkan catered food. Hehe. Saya harus tahu sesiape yang bawa makanan, makanan apa dan berape banyak yang akan dibawa jadi makanan tak membazir atau tak cukup. Kan tak bagus membazir makanan. Kalau tak cukup pula, menganiaya anak orang. Nanti tahun-tahun kemudian, mak dah tak kasi datang iftar Nira sebab tak cukup makan. HAHA.

Sila SMS Naq (96474206) ataupun Faat (93598032) makanan yang ingin dibawa dan berapa banyak. Menu for iftar saya akan update somer jadi somer will be well-informed.

Sila sebarkan kepada kawan-kawan kita yang masih bersama Nira, ataupun tidak. Yang tua, yang muda, yang sederhana, yang kurang upaya, “yang puaka, yang sedia ada dan yang baru bersama” (quoted by Kak Ayu).

Rajin-rajinlah menge-check blog Nira ni yer. Segala updates akan di-update di sini. Save sikit ni hah duit SMS dan Outgoing Mins. :D

Selamat Menjalani Ibadah Puasa! :)

August 24, 2009

Tentang Iftar

Assalammualaikum..

dah tiga hari puasa.. lagi 26 hari..

jadi bila kita semua nak beriftar kan?
Faat dah berbincang dengan Naq dan Dinah..

TEMPAT
1st choice- Casafina's Clubhouse
Casafina tu rumah dinah. Yang condo mewah tu..
tapi kene bayar sikit lah untuk book clubhouse tu.
bayaran nye agak2, $3o. tak lebih dari tu. jadi kalau ramai-ramai datang, kurang sikit beban utk bayar 30 ketol ni.

2nd choice- Restoran
  • Mayuni's Cafe OR
  • Badoque di Simpang Bedok OR
  • Mak's place

HARI
28th atau 4th.. Pilih.. lagi cepat lagi bagos.. kalau lambat2, makin sibok dengan persiapan hari raya.

Semua orang yang berkenaan dengan Nira dijemput ye dan boleh memberi cadangan juga. silakan jangan malu2..

Boleh tak kalau awak2 semua buat pilihan. jadi senang untuk saya tentukan. Kite go by majority k? thats it! aku give up blog in bahasa melayu..

let's try again..

Hari dan tempat akan ditentukan pada hari Rabu ini. Jadi, kalau boleh buatlah pilihan dan beritahu saya sebelum hari rabu ini boleh? boleh..

August 22, 2009

Nira: Selepas PRP

Assalammualaikum Wr Wb

Alhamdulillah, Piala Raja Panggung 2009 sudah pun berlalu. Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang dapat menjulang piala dari segi piala berpotensi, piala individu terbaik dan piala juara, naib-juara dan sebagainya.

Seperti yang dikatakan di dalam post sebelum ini, beberapa kengkawans kita telah bergabung tenaga dengan kumpulan Srikandi Tiara Widjaya untuk pertandingan dikir barat ini. Mereka mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama menimba ilmu dan pengalaman dalam arena dikir barat. Walaupun tidak membawa pulang sebarang piala apapun, namun ia tidak bermakna pulang dengan tangan yang kosong. Peluang untuk bersama STW di atas satu pentas telah memberi Nira persahabatan, pengalaman dan pelajaran dan sememangnya itulah yang secukupnya.

Syabas buat STW dan rakan-rakan dari Nira (Liyana, Amira, Faat, Fau, Fatin, Ira, Baya).

Tak lupa juga, ucapan tahniah untuk abang-abang kita dari kumpulan Andika (Fid, Isa, Achok, Siddiq) atas pencapaian naib-johan pada hari itu.

Piala Raja Panggung 2009 bukan penutup buat kumpulan Nira malah, ianya adalah satu detik permulaan untuk melangkah ke arah yang baru untuk kumpulan kami terus berkembang dalam seni ini. Kita sebagai kumpulan "anak abu" masih ada banyak lagi yang harus diperbaiki dan dipelajari.

Pada bulan November ini, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan Piala Seni Dikir 4. Seramai 34 kumpulan akan bertanding dalam pertandingan ini dan antara mereka, 14 kumpulan adalah kumpulan wanita.

Ini adalah tapak permulaan buat kumpulan kami dan kita hanya menharapkan yang terbaik sepanjang perjalanan dan persiapan untuk pertandingan ini. Insyallah.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri http://psd4.blogspot.com

***

Bulan Ramadhan; bulan yang penuh kesyukuran, sudah pun tiba. Hari ini adalah hari pertama bulan Ramadhan dan harap-harap semua telah menghadapinya dengan senang. Insyallah, bulan Ramadhan tahun ini penuh baraqah dan rahmat buat masing-masing dan segala dugaan dan cabaran dihadapi dengan penuh iman dan kesabaran.


Dengan itu, jagalah kesihatan. Kalau tak nanti tak dapat raya! :D

Dan juga, jangan mengambil kesempatan untuk....

Abe lagi tak tau, BILER MAU IFTAR?!!?!?! :D

July 31, 2009

Nira: Berita Terkini

Assalammualaikum Wr Wb

Mintak mahap mintak hampun banyak-banyak sebab kekurangan update di blog ini. Bukannye tak nak update, masa je yang tak mengizinkan. Tak nak banyak berceloteh. Jom sambung cerita…

Piala Raja Panggung

Pada 19hb July, Piala Raja Panggung 2009 diadakan di Kg Chai Chee CC. Beberapa kawan-kawan kita dari Nira telah meluangkan masa dan tenaga mereka untuk kumpulan Srikandi Tiara Widjaya. Nira sememangnya amat berbangga dan berbesar hati sebab diberi peluang untuk kolaborasi ini.


Seramai 21 kumpulan telah bertanding untuk pertandingan ini. 14 kumpulan telah mara ke peringakat akhir yang akan diadakan pada 16hb Ogos 2009. Srikandi Tiara Widjaya adalah antara 14 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir. Tahniah buat meraka dan lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan kita dari Nira (Liyana, Amira, Faat, Baya, Ira, Fatin, Fau). Nira amat bangga dengan pencapaian anda.








Tidak lupa juga kepada abang-abang Nira seperti Fid, Mamat, Achok, Isa, Alep, Man, Fadhil yang juga berjaya untuk ke peringkat akhir dengan kumpulan masing-masing. Ucapan syabas juga untuk Kakak FIFI! Untuk yang tidak tahu, dia telah membuat debut performance sebagai tukang karut untuk kumpulan Dwi Durrah. SYABAS! *applauds/standing ovation*.

Kepada mereka yang ingin menonton pertandingan Piala Raja Panggung peringkat akhir, mark your calendars. Peringkat akhir akan diadakan pada 16hb Ogos (kalau yang tk tau Ogos tu aper… AUGUST LA TU!). Untuk sebarang maklumat tentang pertandingan ini, sila lungsuri ke http://pialarajapanggung2009.blogspot.com/

NDP 2009


Hari Kebangsaan Singapura akan tiba tidak lama lagi. Tinggal hanya 2 show; Preview show pada 1hb Ogos dan Live show pada 9hb Ogos. Kita semua sangat excited untuk kedua show ini sebab persembahan yang telah dinanti-nantikan akan sampai kemuncaknya tidak lama lagi. Tak sabar nak tgk muka kat tv! HAHAHAHAAAHA! (confident je muka kluar tv. Nak tgk muka kat “EYE” tu pon belom tentu boleh)


Sabtu lepas, semua performers mendapat sepasang tiket untuk menonton NE3. Ada yang kasi kat mak bapak, ada yang kasi kat boypren/girlpren, ada yang kasi kat adik-beradik, ada yang kasi kat kawan-kawan dan ada juga yang kasi kat makcik/pakcik/nenek/atok/cucu/cicit/sepupu/anak saudara sebab dapat 8 tiket. Tak nak cakap sape la kan. Nasib baik tak bawak satu rombongan bus. MOOAAHHAAHA!


Dah macam-macam benda kita experience sepanjang persiapan NDP 2009. Mandi hujan, tak dapat makan, bandage terbuka sewaktu performance, pergi ke CCK/Kranji malam-malam; amik pizza hut sampai 3 kotak abe simpan kat bag, amik goodie bags yang ader sabun Sofsil sampai satu guni nak kasi keluarga, dapat baju NDP saiz XL untuk mereka yang berbadan saiz S (dah macam baju tidor!); ish, macam-macam ah.. Yang penting, FUNPACK MASIH BELUM DAPAT!

Akak ada cadangan bagus punya. Selalu kita tak dapat interview untuk keluar tv. Asik-asik budak sekola je. ALAH BORING! Apa kata kiter buat interview sendiri, dengan ucapan patriotic untuk Singapura? KAN BEST!!!! MAU PAH?! Tak dapat keluar tv, keluar youtube ke, facebook ke, ok jugak. Ader jugak org tengok.

Akan datang

Nira juga sedang sibuk berlatih untuk show yang akan datang pada 7hb Ogos di Ngee Ann Sec. Nira amat berbesar hati mendapat undangan untuk membuat persembahan untuk sekolah ini untuk Hari Kebangsaan. Kepada Nira sekalian, berlatih BERLATIH LA KUAT-KUAT (huh? Camne tu?). MAKE IT WORK! :D

Itu sahaja berita terkini tentang Nira. Jumpa anda pada Sabtu ini untuk NDP Preview, same time, same place.

July 22, 2009

Updates on hold

Mintak mahap mintak hampun. Nampak-nampaknye blogger ader masalah teknikal sikit dengan post editor. Blog ini akan di-update as soon as blogger dapat mengatasi masalah teknikal ni. Harap2 masalah ni tak mengambil masa yang lama.

Kepade mereka yang ingin melihat gambar-gambar Piala Raja Panggung 2009 yang diadakan pada minggu lepas di Kg Chai Chee CC, sila lungsuri pialarajapanggung2009.blogspot.com untuk gambar-gambar kumpulan yang bertanding. Untuk melihat gambar-gambar yang dipetik sewaktu kengkwns kiter beraksi di atas pentas sila lihat Facebook Abg Haithir aka Achok kiter.

Jangan lupa jaga kesihatan anda. Kalau sakit amik MC, kalau tak sakit, jangan macam paham nak amik MC abe skip skola dan kerje. :D

July 10, 2009

Piala Raja Panggung 2009

Assalammualaikum Wr Wb

Apa khabar kengkwns? Sihat? Mintak mahap la kalau blog ni tak di-update. Akak been busy la yeerr. Hurhur. Anyway, kepada mereka yang attend training hari Selasa lalu, beberape kengkwns kita akan involve pada competition yang akan datang.

Competition aper?

Piala Raja Panggung 2009



Tarikh pertandingan: 19 July 2009
Masa: Akan ditentukan
Tempat: Kg Chai Chee CC
Harga tiket: $10

Seramai 21 kumpulan akan bertanding dan antara 21 kumpulan ini, 7 kumpulan wanita akan bertanding. Ada beberapa kengkwns kita dari Nira telah bergabung tenaga dengan kumpulan Srikandi Tiara Widjaya. Nira amat terharu dapat collaborate (sesungguhnye aku tk tau spelling melayu nye camne) dengan kumpulan yang cukup hebat sekali. Nira sudah tentu akan mengambil pengalaman ini sebagai satu pembuka mata kepada seni ini and take it as a learning experience.

Untuk kengkwns yang tak involve, dtglah untuk tgk competition ni. Boleh jugak kasi support kat kengkwns kiter yang bertanding. Tempat pon tak jauh, dan tiket pon tkde la mahal sgt since 21 kumpulan yang bertanding. Kalau sesiape hendak tiket, tolong beritahu saya, Amira, Faat or Liyana ASAP dan lagi hamsem kalau bayar sekali.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lungsuri http://pialarajapanggung2009.blogspot.com


Updates for NDP 09:
Bus akan sampai di TP bus stop pada jam 1pm. Besok adalah NE show yang first. Jangan luper bawak costume. Kalau luper bawak, nanti kasi pakai baju yang head dress mcm grapes tu baru tau. Muuahahahaahahaha. Wear something comfortable and important skali, PAKAI BAJU DALAM! Lagi best kalau boleh bawak serkop. ALAH!! yang kalau pakai tudung, yang bende kat dalam tu.. SERKOP! ah. Jadi bandage tak akan jatuh. Ok dah. Tu je.

Warna untuk besok:

GREEN!

July 1, 2009

NDP 09: Updates

Hari Khamis, 2nd July 2009, which is tomorrow, kiter harus mengambil costume dari CCK Blk 341. Ye, memang jauh. LENGIT SANGAT NAK PEGI SANA! *nangis sambil hentak-hentak kaki*

Collection time is from 6.30pm-9pm.

Kepada mereka yang tak boleh datang atas sebab-sebab seperti sakit, tolong bilang kengkawans untuk tolong collect. Tapi ni tak bermaksud korang boleh suro orang lain amikkan sebab malas nak pegi eh. Nanti baju salah saiz, tak boleh muat, nanti akak kasi baju Soka untuk pakai baru tau yang ader macam grapes for a head dress. MUAAHAHAAAHAH! Kepada yang tak tau SOKA pakai baju aper, SAPER SURO TK DTG LAST TRAINING? Hurhur. Best kalau korang pegi sendiri dan amik sendiri so boleh ukur kat badan sendiri and make necessary changes.

I rasa Mira akan buat plans untuk pegi sana sama2 untuk collect so I suppose there won't be any Nira training. Don't quote me hor. I'm just assuming. KAK MIRA!! :)

JUST 5 MORE SATURDAYS TO THE FINAL SHOW!!

Saturday, 4th July, combined rehearsal akan diadakan di Marina Floating Platform. Bus akan berangkat pada jam 12pm. 12pm OK! Bukan kul 2pm. So berkumpul di bus stop Temasek Poly pada jam 11.30am. JANGAN LAMBAT!

This week is the LAST REHEARSAL. Kalau korang belom realise, 11th July is the start of the preview shows. So kalau korang nak kurangkan kebingungan dalam kepala otak, datang la ye jadi not alot of changes akan terjadi to your positions.

Warna untuk Sabtu ni:

BROWN!

June 29, 2009

MJ, the legend

Sape tak kenal Michael Jackson? Legend yang dikenali sebagai King Of Pop, telah pon meninggal dunia pada Khamis lalu, 25hb June 2009.

Lagu pertama dari MJ yang saya dengar dan saya rasa amat popular dalam era 90an ialah lagu "Black or White". Sape tak tau kan lagu tu? Dengan music video yang sgt famous dengan "morphing" effects yang include stars like Tyra Banks dan Macaulay Culkin, budak Home Alone tu.



Lagu dia yang lain-lain yang popular jugak, lagu seperti, Billie Jean, Heal The World, Beat It, You Are Not Alone dan byk lagi la kan.

Michael Jackson is a humanitarian dan kebanyakkan lagu-lagu nye memberi inspirasi, dorongan dan mesej yang highly influential.

He will definitely be remembered.

RIP Michael Jackson
1958-2009

Sidetrack abit la hor....




STEAAADYY AAH KAKAK-KAKAK KOMPANG! :D :D

 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates