September 15, 2009

Tarian Show @ West Mall

Assalammualaikum..

Show tarian dah nak dekat.. hari sabtu ini! Kite ada lagi lima hari..
Training slots will be as follows..

Tues: 7pm
Wed-Fri: 11am

untuk kakak2 SIP, jangan risau.. awak2 dah tahu routine nye.. Formation nye, faat tukar sikit.. Sebab faat added some new people to the routine.. Jadi hari sabtu, pagi2 bute kita go through the routine with the new additions to the team..

Malam ini kite akan belajar routine baru.. ALHAMDULLILLAH.. FINALLY ADE ROUTINE!!

Terima kasih banyak2 kepade yang menyumbang kan routine tu ye..

Kepade yang lain, turon lah ke West Mall hari sabtu ni ye? support lah kite2 yang tak pandai menari tapi berani mencuba..
KUDOS TO ALL OF YOU!!

k jom menari!

September 11, 2009

Lagu Raya!

Dah nak raya ni. Mood pon makin lama makin tak sabar nak beraya.
Jom dengar lagu raya...


Mau paaahh buat video raya? Heehehehehehe..

Raya akan tiba

Pejam pelik, 9 hari lagi dah raya. Bukan main cepat lagi masa berlalu. Persiapan raya kengkawans macam mana?

Dah beli baju?

Dah bikin kuih?

Dah kemas rumah?

Dah siap bag untuk isi duit raya?

Dah tolong mak pergi pasar beli barang-barang untuk masak?

Kalau belum, mari tengok video ni...




Lucu, tapi mesej yang ingin disebarkan melalui iklan ni amat bermakna.
Siapa kata kalau lucu, bermakna tak serious? :)

September 7, 2009

Sesudah Nira Iftar 2009

Alhamdulillah, iftar Nira pada hari Jumaat lalu berjalan dengan lancar. Semua pulang dengan perut yang senak dan perasaan gembira sangat-sangat. Setelah sekian lama Nira tidak berkumpul disebabkan Piala Raja Panggung 2009, iftar ini dapat melepaskan rindu kat rakan-rakan semua.

Terutama sekali, Nira ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dinah dan keluarganya sebab mengizinkan kami menggunakan clubhouse di rumah mereka secara percuma. Bukan sahaja tempat, ader jugak pencuci mulut serba sedikit dan air teh-o yang telah diberi oleh keluarga Dinah. TERIMA KASIH DINAH DAN KELUARGA!

Jumlah makanan pada hari itu sungguh banyak. Rezeki kami dan kita amat bersyukur. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membawa makanan pada hari itu. Mee goreng, nasi goreng, kari daging, roti, nugget, ayam goreng, roti telur sardin, roti telur, mini pizza, cheesecake. Terima kasih semuanya. Kerana anda, kita semua pulang dengan perut yang senak dan juga makanan berlebihan dapat dipaket dan dibawa pulang untuk sahur esok hari nya.


Terima kasih juga kepada the five ladies dari Bishan Park sebab meluangkan masa untuk hadirkan diri di Iftar Nira 2009. Nira berharap awak-awak semua tak serik untuk hadirkan diri untuk acara-acara yang akan datang bersama Nira.


Tak lupa juga kepada Saihah dan Faz, dua alumni yang telah menghadiri majlis iftar. Setelah sekian lama tidak kelihatan, akhirnya dapat berjumpa dengan mereka dan kehadiran mereka sangat kami hargai. Terima kasih dengan sumbangan kurma dan anggur :)

Kepada Fid, Isa, Achiok, Fadhil, Man, Alep, Haiqal, Fiefee, kehadiran anda semua memeriahkan suasana pada malam itu. Untuk semua ahli Nira Nyertika, terima kasih untuk semuanya.


Nampak-nampaknya, kita telah berjaya untuk mencapai objektif iftar ini, iaitu, mengeratkan silatulrahim antara yang baru, yang lama dan yang sentiasa ada. Syukur Alhamdulillah.


Lembaran yang baru... Insyallah :)

August 27, 2009

Nira Iftar 2009

“Keputusan yang dinanti-nantikan sudah ada di tangan saya…”
“Dan pemenangnya ialah…”


Oh tak eh?

Heh. Ini bukan nak umumkan pemenang untuk lucky draw ataupun pemenang untuk “Siapa paling lama kat chatango box Nira”. :D

Ini adalah pengumuman untuk…


Seperti kengkwns lihat kat banner tu, semua sudah pon ditetapkan. Iftar tahun ini insyallah, akan lebih happening. Kalau tahun lepas, kita adakan iftar secara kecil-kecilan sahaja. Tahun ini, kita mengharap lebih ramai lagi yang dapat hadir iftar ini dengan sekali gus, mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain.

Kepada yang tak tau, Casafina adalah condominium terletak di belakang Temasek JC. Terima kasih kepada DINAH DINO sebab dier tinggal sana dan kerana dier, kiter dapatlah clubhouse ni. Alhamdullillah!

Iftar ini adalah potluck. Jangan pulak datang dengan pinggan dan perut kosong untuk mengharapkan catered food. Hehe. Saya harus tahu sesiape yang bawa makanan, makanan apa dan berape banyak yang akan dibawa jadi makanan tak membazir atau tak cukup. Kan tak bagus membazir makanan. Kalau tak cukup pula, menganiaya anak orang. Nanti tahun-tahun kemudian, mak dah tak kasi datang iftar Nira sebab tak cukup makan. HAHA.

Sila SMS Naq (96474206) ataupun Faat (93598032) makanan yang ingin dibawa dan berapa banyak. Menu for iftar saya akan update somer jadi somer will be well-informed.

Sila sebarkan kepada kawan-kawan kita yang masih bersama Nira, ataupun tidak. Yang tua, yang muda, yang sederhana, yang kurang upaya, “yang puaka, yang sedia ada dan yang baru bersama” (quoted by Kak Ayu).

Rajin-rajinlah menge-check blog Nira ni yer. Segala updates akan di-update di sini. Save sikit ni hah duit SMS dan Outgoing Mins. :D

Selamat Menjalani Ibadah Puasa! :)

August 24, 2009

Tentang Iftar

Assalammualaikum..

dah tiga hari puasa.. lagi 26 hari..

jadi bila kita semua nak beriftar kan?
Faat dah berbincang dengan Naq dan Dinah..

TEMPAT
1st choice- Casafina's Clubhouse
Casafina tu rumah dinah. Yang condo mewah tu..
tapi kene bayar sikit lah untuk book clubhouse tu.
bayaran nye agak2, $3o. tak lebih dari tu. jadi kalau ramai-ramai datang, kurang sikit beban utk bayar 30 ketol ni.

2nd choice- Restoran
  • Mayuni's Cafe OR
  • Badoque di Simpang Bedok OR
  • Mak's place

HARI
28th atau 4th.. Pilih.. lagi cepat lagi bagos.. kalau lambat2, makin sibok dengan persiapan hari raya.

Semua orang yang berkenaan dengan Nira dijemput ye dan boleh memberi cadangan juga. silakan jangan malu2..

Boleh tak kalau awak2 semua buat pilihan. jadi senang untuk saya tentukan. Kite go by majority k? thats it! aku give up blog in bahasa melayu..

let's try again..

Hari dan tempat akan ditentukan pada hari Rabu ini. Jadi, kalau boleh buatlah pilihan dan beritahu saya sebelum hari rabu ini boleh? boleh..

August 22, 2009

Nira: Selepas PRP

Assalammualaikum Wr Wb

Alhamdulillah, Piala Raja Panggung 2009 sudah pun berlalu. Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang dapat menjulang piala dari segi piala berpotensi, piala individu terbaik dan piala juara, naib-juara dan sebagainya.

Seperti yang dikatakan di dalam post sebelum ini, beberapa kengkawans kita telah bergabung tenaga dengan kumpulan Srikandi Tiara Widjaya untuk pertandingan dikir barat ini. Mereka mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama menimba ilmu dan pengalaman dalam arena dikir barat. Walaupun tidak membawa pulang sebarang piala apapun, namun ia tidak bermakna pulang dengan tangan yang kosong. Peluang untuk bersama STW di atas satu pentas telah memberi Nira persahabatan, pengalaman dan pelajaran dan sememangnya itulah yang secukupnya.

Syabas buat STW dan rakan-rakan dari Nira (Liyana, Amira, Faat, Fau, Fatin, Ira, Baya).

Tak lupa juga, ucapan tahniah untuk abang-abang kita dari kumpulan Andika (Fid, Isa, Achok, Siddiq) atas pencapaian naib-johan pada hari itu.

Piala Raja Panggung 2009 bukan penutup buat kumpulan Nira malah, ianya adalah satu detik permulaan untuk melangkah ke arah yang baru untuk kumpulan kami terus berkembang dalam seni ini. Kita sebagai kumpulan "anak abu" masih ada banyak lagi yang harus diperbaiki dan dipelajari.

Pada bulan November ini, Nira Nyertika akan bertanding dalam pertandingan Piala Seni Dikir 4. Seramai 34 kumpulan akan bertanding dalam pertandingan ini dan antara mereka, 14 kumpulan adalah kumpulan wanita.

Ini adalah tapak permulaan buat kumpulan kami dan kita hanya menharapkan yang terbaik sepanjang perjalanan dan persiapan untuk pertandingan ini. Insyallah.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri http://psd4.blogspot.com

***

Bulan Ramadhan; bulan yang penuh kesyukuran, sudah pun tiba. Hari ini adalah hari pertama bulan Ramadhan dan harap-harap semua telah menghadapinya dengan senang. Insyallah, bulan Ramadhan tahun ini penuh baraqah dan rahmat buat masing-masing dan segala dugaan dan cabaran dihadapi dengan penuh iman dan kesabaran.


Dengan itu, jagalah kesihatan. Kalau tak nanti tak dapat raya! :D

Dan juga, jangan mengambil kesempatan untuk....

Abe lagi tak tau, BILER MAU IFTAR?!!?!?! :D

July 31, 2009

Nira: Berita Terkini

Assalammualaikum Wr Wb

Mintak mahap mintak hampun banyak-banyak sebab kekurangan update di blog ini. Bukannye tak nak update, masa je yang tak mengizinkan. Tak nak banyak berceloteh. Jom sambung cerita…

Piala Raja Panggung

Pada 19hb July, Piala Raja Panggung 2009 diadakan di Kg Chai Chee CC. Beberapa kawan-kawan kita dari Nira telah meluangkan masa dan tenaga mereka untuk kumpulan Srikandi Tiara Widjaya. Nira sememangnya amat berbangga dan berbesar hati sebab diberi peluang untuk kolaborasi ini.


Seramai 21 kumpulan telah bertanding untuk pertandingan ini. 14 kumpulan telah mara ke peringakat akhir yang akan diadakan pada 16hb Ogos 2009. Srikandi Tiara Widjaya adalah antara 14 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir. Tahniah buat meraka dan lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan kita dari Nira (Liyana, Amira, Faat, Baya, Ira, Fatin, Fau). Nira amat bangga dengan pencapaian anda.








Tidak lupa juga kepada abang-abang Nira seperti Fid, Mamat, Achok, Isa, Alep, Man, Fadhil yang juga berjaya untuk ke peringkat akhir dengan kumpulan masing-masing. Ucapan syabas juga untuk Kakak FIFI! Untuk yang tidak tahu, dia telah membuat debut performance sebagai tukang karut untuk kumpulan Dwi Durrah. SYABAS! *applauds/standing ovation*.

Kepada mereka yang ingin menonton pertandingan Piala Raja Panggung peringkat akhir, mark your calendars. Peringkat akhir akan diadakan pada 16hb Ogos (kalau yang tk tau Ogos tu aper… AUGUST LA TU!). Untuk sebarang maklumat tentang pertandingan ini, sila lungsuri ke http://pialarajapanggung2009.blogspot.com/

NDP 2009


Hari Kebangsaan Singapura akan tiba tidak lama lagi. Tinggal hanya 2 show; Preview show pada 1hb Ogos dan Live show pada 9hb Ogos. Kita semua sangat excited untuk kedua show ini sebab persembahan yang telah dinanti-nantikan akan sampai kemuncaknya tidak lama lagi. Tak sabar nak tgk muka kat tv! HAHAHAHAAAHA! (confident je muka kluar tv. Nak tgk muka kat “EYE” tu pon belom tentu boleh)


Sabtu lepas, semua performers mendapat sepasang tiket untuk menonton NE3. Ada yang kasi kat mak bapak, ada yang kasi kat boypren/girlpren, ada yang kasi kat adik-beradik, ada yang kasi kat kawan-kawan dan ada juga yang kasi kat makcik/pakcik/nenek/atok/cucu/cicit/sepupu/anak saudara sebab dapat 8 tiket. Tak nak cakap sape la kan. Nasib baik tak bawak satu rombongan bus. MOOAAHHAAHA!


Dah macam-macam benda kita experience sepanjang persiapan NDP 2009. Mandi hujan, tak dapat makan, bandage terbuka sewaktu performance, pergi ke CCK/Kranji malam-malam; amik pizza hut sampai 3 kotak abe simpan kat bag, amik goodie bags yang ader sabun Sofsil sampai satu guni nak kasi keluarga, dapat baju NDP saiz XL untuk mereka yang berbadan saiz S (dah macam baju tidor!); ish, macam-macam ah.. Yang penting, FUNPACK MASIH BELUM DAPAT!

Akak ada cadangan bagus punya. Selalu kita tak dapat interview untuk keluar tv. Asik-asik budak sekola je. ALAH BORING! Apa kata kiter buat interview sendiri, dengan ucapan patriotic untuk Singapura? KAN BEST!!!! MAU PAH?! Tak dapat keluar tv, keluar youtube ke, facebook ke, ok jugak. Ader jugak org tengok.

Akan datang

Nira juga sedang sibuk berlatih untuk show yang akan datang pada 7hb Ogos di Ngee Ann Sec. Nira amat berbesar hati mendapat undangan untuk membuat persembahan untuk sekolah ini untuk Hari Kebangsaan. Kepada Nira sekalian, berlatih BERLATIH LA KUAT-KUAT (huh? Camne tu?). MAKE IT WORK! :D

Itu sahaja berita terkini tentang Nira. Jumpa anda pada Sabtu ini untuk NDP Preview, same time, same place.

July 22, 2009

Updates on hold

Mintak mahap mintak hampun. Nampak-nampaknye blogger ader masalah teknikal sikit dengan post editor. Blog ini akan di-update as soon as blogger dapat mengatasi masalah teknikal ni. Harap2 masalah ni tak mengambil masa yang lama.

Kepade mereka yang ingin melihat gambar-gambar Piala Raja Panggung 2009 yang diadakan pada minggu lepas di Kg Chai Chee CC, sila lungsuri pialarajapanggung2009.blogspot.com untuk gambar-gambar kumpulan yang bertanding. Untuk melihat gambar-gambar yang dipetik sewaktu kengkwns kiter beraksi di atas pentas sila lihat Facebook Abg Haithir aka Achok kiter.

Jangan lupa jaga kesihatan anda. Kalau sakit amik MC, kalau tak sakit, jangan macam paham nak amik MC abe skip skola dan kerje. :D

July 10, 2009

Piala Raja Panggung 2009

Assalammualaikum Wr Wb

Apa khabar kengkwns? Sihat? Mintak mahap la kalau blog ni tak di-update. Akak been busy la yeerr. Hurhur. Anyway, kepada mereka yang attend training hari Selasa lalu, beberape kengkwns kita akan involve pada competition yang akan datang.

Competition aper?

Piala Raja Panggung 2009



Tarikh pertandingan: 19 July 2009
Masa: Akan ditentukan
Tempat: Kg Chai Chee CC
Harga tiket: $10

Seramai 21 kumpulan akan bertanding dan antara 21 kumpulan ini, 7 kumpulan wanita akan bertanding. Ada beberapa kengkwns kita dari Nira telah bergabung tenaga dengan kumpulan Srikandi Tiara Widjaya. Nira amat terharu dapat collaborate (sesungguhnye aku tk tau spelling melayu nye camne) dengan kumpulan yang cukup hebat sekali. Nira sudah tentu akan mengambil pengalaman ini sebagai satu pembuka mata kepada seni ini and take it as a learning experience.

Untuk kengkwns yang tak involve, dtglah untuk tgk competition ni. Boleh jugak kasi support kat kengkwns kiter yang bertanding. Tempat pon tak jauh, dan tiket pon tkde la mahal sgt since 21 kumpulan yang bertanding. Kalau sesiape hendak tiket, tolong beritahu saya, Amira, Faat or Liyana ASAP dan lagi hamsem kalau bayar sekali.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lungsuri http://pialarajapanggung2009.blogspot.com


Updates for NDP 09:
Bus akan sampai di TP bus stop pada jam 1pm. Besok adalah NE show yang first. Jangan luper bawak costume. Kalau luper bawak, nanti kasi pakai baju yang head dress mcm grapes tu baru tau. Muuahahahaahahaha. Wear something comfortable and important skali, PAKAI BAJU DALAM! Lagi best kalau boleh bawak serkop. ALAH!! yang kalau pakai tudung, yang bende kat dalam tu.. SERKOP! ah. Jadi bandage tak akan jatuh. Ok dah. Tu je.

Warna untuk besok:

GREEN!

July 1, 2009

NDP 09: Updates

Hari Khamis, 2nd July 2009, which is tomorrow, kiter harus mengambil costume dari CCK Blk 341. Ye, memang jauh. LENGIT SANGAT NAK PEGI SANA! *nangis sambil hentak-hentak kaki*

Collection time is from 6.30pm-9pm.

Kepada mereka yang tak boleh datang atas sebab-sebab seperti sakit, tolong bilang kengkawans untuk tolong collect. Tapi ni tak bermaksud korang boleh suro orang lain amikkan sebab malas nak pegi eh. Nanti baju salah saiz, tak boleh muat, nanti akak kasi baju Soka untuk pakai baru tau yang ader macam grapes for a head dress. MUAAHAHAAAHAH! Kepada yang tak tau SOKA pakai baju aper, SAPER SURO TK DTG LAST TRAINING? Hurhur. Best kalau korang pegi sendiri dan amik sendiri so boleh ukur kat badan sendiri and make necessary changes.

I rasa Mira akan buat plans untuk pegi sana sama2 untuk collect so I suppose there won't be any Nira training. Don't quote me hor. I'm just assuming. KAK MIRA!! :)

JUST 5 MORE SATURDAYS TO THE FINAL SHOW!!

Saturday, 4th July, combined rehearsal akan diadakan di Marina Floating Platform. Bus akan berangkat pada jam 12pm. 12pm OK! Bukan kul 2pm. So berkumpul di bus stop Temasek Poly pada jam 11.30am. JANGAN LAMBAT!

This week is the LAST REHEARSAL. Kalau korang belom realise, 11th July is the start of the preview shows. So kalau korang nak kurangkan kebingungan dalam kepala otak, datang la ye jadi not alot of changes akan terjadi to your positions.

Warna untuk Sabtu ni:

BROWN!

June 29, 2009

MJ, the legend

Sape tak kenal Michael Jackson? Legend yang dikenali sebagai King Of Pop, telah pon meninggal dunia pada Khamis lalu, 25hb June 2009.

Lagu pertama dari MJ yang saya dengar dan saya rasa amat popular dalam era 90an ialah lagu "Black or White". Sape tak tau kan lagu tu? Dengan music video yang sgt famous dengan "morphing" effects yang include stars like Tyra Banks dan Macaulay Culkin, budak Home Alone tu.



Lagu dia yang lain-lain yang popular jugak, lagu seperti, Billie Jean, Heal The World, Beat It, You Are Not Alone dan byk lagi la kan.

Michael Jackson is a humanitarian dan kebanyakkan lagu-lagu nye memberi inspirasi, dorongan dan mesej yang highly influential.

He will definitely be remembered.

RIP Michael Jackson
1958-2009

Sidetrack abit la hor....




STEAAADYY AAH KAKAK-KAKAK KOMPANG! :D :D

June 25, 2009

H1N1 issues

Dear friends,

The number of H1N1 cases in Singapore is rising. Very fast.

So fast til one of our dear friend is down with H1N1.

Please everyone, please. Take care of your health. If you are sick, irregardless whether it's flu-like symptoms or normal fever or whatever, please please please go to the doctor. There is no room for complacency with regards to your health.

It's better to take an extra precautionary step. Even if you don't have symptoms, you can always go to the polyclinic for a regular check up. It's affordable so it doesn't hurt to be "extra kiasu" about it.

Please take care of your health dear friends.

June 24, 2009

Kompang Girls SEY!

Satu hari ni, sayer tgh surf-surf Facebook. Alah, standard routine everyday, to surf facebook. Maklomlah, tengah menganggur. HAHA.

Tengah surf-surf, abe kat the highlights column of my Facbook account, ader satu album ni la.....

Nampak tak?

Tak nampak jugak?

Mari kiter zoom yeerrr...

Nak tau sape yang ader kat dalam album ni? Mari ikot kakak..... (HAHAHAHAHAAAHA!)

Anda lihat aper yang sayer lihat?

YA BETOL!

KAK AYU!!! HIDD!!! FATHIN!!!!!!

Alhamdulillah, sungguh ayu dan manis ye mereka-mereka somer. I tak boleh angs! Nira ni dah versatile. Berdikir boleh, tarian boleh. Sekarang, KOMPANG PON BOLEH JUGAK! Somer pon pakaliao. Haha. Tapi memang bagus macam gini.

Melihat Kak Ayu, Hidd dan Fathin berpakaian muslimah sebegitu, sayer pon macam terinfluence sikit.

So, warna untuk NDP Rehearsal pada hari Sabtu ini ialah:

PUTIH! Kan suci macam ni :)

Bus akan beredar dari Temasek Poly pada jam 2pm so be at the bus stop at 1.30pm k. JUMPA ANDA HARI SABTU INI! :D

June 15, 2009

NDP: Update

Training NDP yang seterusnya akan diadakan pada hari Khamis ini, 18hb Jun 2009. Ia akan bermula jam 8pm. Transport telah disediakan dan bus akan meninggalkan Temasek Poly pada jam 7.30pm. Balik pon tak payah nak takot sebab ader transport jugak.

There are a few issues that I need to mention.

All trainings are compulsory. For those of you who didn't attend the past few trainings, the whole set is complete and our positions are already set.

I have noticed makin lama, makin sikit orang yang datang training. Why? I'm sure you've realised that when you've decided to put your name down for NDP, you know that it would be a commitment which would last a few months.

Semua orang busy. Ada yang bekerja, ada yang sekolah, ada yang kener buat projects tapi if all of these people can sacrifice their weekends, I don't see why some of you that have gone missing, can't do the same. Trainings are only once a week.

For those of you who have thought of backing out, no "MIA"s will be entertained. Don't think you can just walk out of it without informing anyone. You are required to meet Mr Yaziz to explain why you are backing out and the reason has got to be a damn good one.

Quoted from Mr Yaziz
"If it is because your work doesn't allow you to be part of NDP, your company will be required to explain why they do not support NDP."

This is serious business. We are left with approximately 2 months before the real show begins. So please, make everyone's job easy and deal with it for the next 2 months. :)

Beginning this Saturday, all trainings will be at the Marina Floating Platform. Noone, I repeat, NOONE is to be going there on their own. Everyone has to be there via the transportation provided at the 3 pick up points. So please, be punctual so you won't miss the bus.

Kepade mereka-mereka yang tak tau aper bende haram/halal yang patut dibuat disebabkan tk datang training, hadir pada training Khamis ini jadi kalau dah sampai Marina Floating Platform tu, tkde la kehilangan sangat.

Ader chan kita akan memakai baju NDP untuk Saturday, tapi kalau belom dpt t-shirt NDP...

Colour Code for Saturday:


YELLOW!!!!!

June 9, 2009

Berakhirnya Piala KGMS

Assalammualaikum Wr Wb

Piala KGMS sudah pun berakhir pada hari Ahad lalu. Tak boleh dinafikan bahawa semua orang dapat merasakan betapa penatnya melaksanakan tugas yang diberikan.

Walaupun muka masing-masing busuk dan tak hamsem disebabkan harus report di Republic Poly pada jam 9am dan harus bekerja "overtime" sehingga jam 11+pm, mengejar last bus ke Tampines, saya rasa pengalaman ini membuka mata dan minda kita terhadap seni dikir barat.

Contohnya, DK Senja. Tentu kawan-kawan somer tak pernah melihat dikir barat dimainkan ala gelanggang yang dilihat pada Ahad lalu sewaktu Piala DK Senja diadakan. Tentunya amat menarik melihat veteran-veteran dikir barat beraksi di atas pentas.

Selain itu, ada juga kenangan pahit tetapi yang pahit itu lebih baik tidak disebut. Kita simpan je buat kenangan sendiri la yeeeerrrr....

Dan sekarang, saya bagi pihak Nira akan berikan ucapan Terima Kasih...
Untuk Cikgu Djohan
Terima kasih cikgu sebab memberi peluang seperti ini kepada Nira. Sememangnya, Piala KGMS secara keseluruhan ini adalah pengalaman manis bagi kesemua Nira-ians. Dapat T-shirt, dapat makan yang sangat sedaaaaaapppppppp (sehingga menjilat jari!), dapat tgk competition free. Hehe. Sesungguhnya, pengalaman ini akan menjadi "treasured moment" la gitu buat kita semua.

Terima kasih banyak-banyak Cikgu Djohan! :D

Untuk Abg Sophian Hadi (Yan Jane)
Terima kasih Abg Jane sebab tolerate perangai budak-budak Nira ni. Terima kasih sebab Abg Jane telah penat lelah "delegate tasks", menerangkan kepada kami tentang tugas masing-masing dan kasi tour di Republic Poly TRCC. Selain tu, Abg Jane telah banyak bersabar walaupun kadang-kadang ni kiter ader sikit "cock-up". Sekiranya kalau ada yang kekurangan dari segi cara kita menjalankan tugas, mintak mahap la banyak2 sebab kita ni somer newbie.

Harap-harap Abg Jane tak serik bekerjasama dengan Nira. Terima Kasih sekali lagi.

Untuk abang-abang dari Andika
Seluruh pengalaman ini sungguh seronok apabila dapat bekerjasama dengan abang-abang dari Andika. Semoga pengalaman ini tidak akan berakhir di sini.

Jikalau ada sesape yang saya lupa nak sebut, mintak mahap la banyak-banyak. Kalau nak berterima-kasih kepada setiap individu, sampai biler2 pon blog post ni tidak akan habis.

Dan kepada Nira sekalian, jom RELEK! Memandangkan, sekarang adalah waktu term break, jom kita pegi karaoke keeerrr, tgk wayang keerr. Amacam? MAU PAH?!!?

June 8, 2009

Berita terkini untuk NDP

Berita terkini untuk NDP Rehearsal

Training seterusnya akan diadakan pada hari Khamis ini jam 8pm dan bukan pada hari Rabu, di Kranji Camp 2.

I repeat eh, hari KHAMIS, 11 JUNE 2009, jam 8pm di KRANJI CAMP 2.

Mengikut maklumat yang telah dipetik dari dikirbarat.com, bus akan tiba di TP pada jam 7.30pm.

Kalau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saudari Amira dan Faat. Kepada yang tidak dapat hadir untuk rehearsal, harap maklum eh, senangkanlah tugas Amira dah Faat dengan memberitahu mereka dengan awal tentang attendance awak untuk rehearsal. Kalau tak dapat datang, cakap tak dapat datang. Jangan pulak dah call dan SMS, abe tak dapat jawapan. Tak hamsem ah cam tu.

Ok dah. Tu je.

Gambar-gambar Piala KGMS, DK Senja, Suara Serumpun dan Si Cilik yang dipetik dengan camera saya belum lagi ada di tangan saya, sebab Mr Photographer mengambil memory card sayer. Camera lain yang digunakan untuk memetik gambar-gambar, seperti Liyana dan Amira, upload la yeeerrr. MEKASEH!

June 4, 2009

MAKLUMAT TERKINI

Sayer baru menerima SeMeS dari kakak Liyana.

Sabtu ini, tolong report di Yio Chu Kang CC pada jam 9 pagi. 9 PAGI EH! Tolong sarapan dulu atau bawak bekal. Jangan complain lapar tau. Since kita hanya diperlukan tenaga untuk Si Cilik sahaja, kalau awak rasa awak boleh tahan lapar hingga jam 1pm, tahan la. Kalau tak, jangan macam paham dan kebuluran.

Conporm ada plan untuk jumpe together-gether di Tampines. Jumpe di Tamp Interchange pada jam 7.45 pagi. Sayer tau mmg pagi tapi sayer boleh bet dengan awak-awak somer, mesti ada hamba Allah yang akan lambat.

Dress Code: Baju BIRU/HIJAU dikenakan dengan sepasang seluar JEANS. SELIPAR TIDAK DIBENARKAN!

Ok dah tu je.

Updates for this coming weekends

Assalammualaikum Wr Wb

Salam kepada semua dan harap kengkwns berada di dalam keadaan sihat walafiat. Saya paham somer tgh frust menonggeng untuk belajar untuk term test minggu ini. (Apaaaaa maauuuu skolaaaaaaaaaaaaa.... :D) Tapi take note of aktiviti pada hujung minggu ini.

Kalau kengkwns masih tak tau lagi, minggu ini TIDAK ADA NDP TRAINING.

(Mengikut citer Erlin Montel) I repeat eh, TIDAK ADA NDP TRAINING!!!! Jgn cakap sayer tk blg. Nanti ader jer anak hamba Allah akan tunggu di TP untuk bus ker Kranji camp.

Seperti yang anda lihat di column sebelah kiri, ada 2 countdown. Satu untuk Piala Si Cilik & Suara Serumpun dan lagi satu Piala KGMS Finals dan DK Senja.

Si Cilik & Suara Serumpun akan diadakan di YIO CHU KANG CC dan bukan di TPJC pada hari Sabtu ini. I repeat eh, YIO CHU KANG CC pada hari SABTU! Lagi sekali, jgn ckap sayer tak blg. Nanti ader jugak anak hamba Allah yang akan tunggu di luar gate TPJC. Si Cilik akan bermula pada jam 10 pagi. Segala maklumat tentang pakaian, tempat dan masa untuk berkumpul belum lagi disampaikan kepada saya tapi kalau ada, akan saya khabarkan kengkwns somer di sini.

Piala KGMS Finals & DK Senja akan diadakan pada hari Ahad di REPUBLIC POLYTECHNIC. Ni tak payah repeat eh. Byk kali dah repeat, takkan masih belum paham bahasa lagi yer?

Hujung minggu sangat sibuk dan sayer tau ramai orang akan ada paper pada hari Isnin nye, 8 June. Tolong gear yourselves up, lebih2 lagi untuk KGMS Finals sebab ia akan makan masa sehingga jam 10 malam. Yer... 10 MALAM.

Swine flu cases kat Singapura ni pon makin lamer makin meningkat. Dah 12 cases pon so jaga kesihatan. Kalau sakit, jumpe doctor, makan obat. Jangan lupa rehat secukup-cukupnye.

Updates untuk NDP Training:

NDP 2009 @ Dikir Barat Main Event

Rehearsal Schedule
Seniors Extra Rehearsals
(Entrance from Floating Stage)
Date : Wednesday, 10 June 2009
Place : Kranji Camp 2
Time : 8.00 pm
The bus will leave at 7.30 pm.

Date : Saturday, 13 June 2009
Place : Kranji Camp 3
Time : 1.00 pm
The bus will leave at 12.30 pm.
Note : 4 pm at Kranji Camp 2

Date : Thursday, 18 June 2009
Place : Kranji Camp 2
Time : 8.00 pm
The bus will leave at 7.30 pm.

Source: www.dikirbarat.com

Kalau anda lihat, ia dimaklumkan untuk "SENIORS EXTRA REHEARSALS" (Entrance from Floating Stage).

Ini bermaksud untuk SEMUA orang. Training yang hari Wednesday dan Thursday adalah untuk kita tua2 jer. Budak-budak sekolah tidak akan ada training. Again, Abg Im mentioned that there will be changes. The last training, we had MAJOR changes. On top of that, last week's attendance tak hamsem sgt. So please, come down for NDP Rehearsals. Saya rasa, by Wednesday somer dah selesai dengan term test and sudah mula dengan term break untuk 2 minggu so no reason for you to skip NDP Rehearsals yer.

Dah, tak nak berceloteh banyak-banyak. Keep yourselves updated by constantly visiting the blog, sebab updating here is cost-saving. Bill kakak2 SGH dan ASGH kiter pon takkan melambung tinggi.

Jumpa anda hujung minggu ini.

June 1, 2009

Term Test


Tak lama lagi, Term Test akan bermula dan kepada mereka-mereka yang akan menghadapinya,

SELAMAT MAJU JAYA!! :)

Dan ingat, jagalah kesihatan anda. Jangan stress sangat sampai sakit yer! Jumpa anda hujung minggu ini! :D

*Sayer rindu baby dumpling saya. (Inside joke diantara kita-kita yang hadir Sabtu lalu untuk NDP. Tu lah, sape suro tak datang) TAK SABAR NAK JUMPE LAGI THIS SATURDAY!! hehehe!
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates