April 11, 2011

Selamat Datang Ke __________ !

Kumpulan Dikir Barat di TP sudah berganti ketua pada April 2011.
Sistem yang lama sudah diubah bersesuaian dengan keperluan Nira Nyertika dan PST.

Committee yang baru dianggotai ..

1) Presiden: Muhd Ilyia Bin Kamsani


Ada tokoh tak? Haha. Mesti ah ada! Kalau tak dia tak dipilih tau!

2) Naib Presiden: Diyana Bte Ramlan


Ini lah kakak fierce kita! Tapi, garang-garang pun .. dalam hati ada taman ;)

3) Setiausaha: Fatin Nabilah Binte Muhammad Nasser


Secretary lah! Setiausaha eh .. Haha.

4) Pengurus Logistik: Abdul Hadi Bin Abdul Razak


Ini dia Quartermaster kita! YAY YAY! Sekarang harta-karun Nira & PST sudah ada yang uruskan!

Ini lah wajah-wajah yang akan menghiasi kaca TV anda berusaha membuat Nira & PST persatuan yang sesuai untuk belajar seni dikir barat dan membina ukhwah, InsyaAllah. Take our hands and walk with us! :)

April 3, 2011

HACHOO!

Hi semua! Harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat! Fuuh!
Berhabuk betul ni blog! Mari kita spring clean same2 okay?
(sekarang spring kan? ^^)


Beberapa minggu yang lepas, sempena cuti sekolah yang dah lama bermula,
Nira telah ke rumah Diyana untuk ber-moviemarathon!
macam-macam genre kita tontoni! yang pasti, semua halal-certified!

Dan macam-macam lah juga kerenah satu-satu!

Ada yang umur dah *ehem* semakin meningkat, tapi perangai masih kanak-kanak riang ..


Ada yang terkekek-kekek ketawa bila tengok cerita hantu ..
Aku yang seram sejuk tengok Zuran!

Dan ada satu ni memang pantang jumpa camera ..

Sebab sesi MovieMarathon ni, ramai anggota Nira dah pandai tengok cerita Hindustan.
Dan kita dapat lebih mengenali anggota baru kita Zuran (yang ketawa bila nampak hantu)!

hmm, apa kata next outing kita fly kite jom?


____________________________________________________

Selain daripada itu, Nira bersama PST telah membantu Titisan Temasek dalam menghasilkan satu pementasan bertemakan Bollywood berjudul Oh Saffiyah!

Kami berbesar hati kerana diberikan peluang sekali lagi untuk bekerjasama dengan kumpulan kesenian melayu selain dikir barat di TP. Ini sememangnya pengalaman yang sangat berharga buat kami! Apa taknya .. kita dapat belajar tarian Bollywood daripada choreographer Grisham Osmond!



best eh jadi minah Hindustan? Semoga ini bukan yang terakhir!
Meanwhile, mari sambung training!

DAH RINDU NI OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.

February 13, 2011

Nira Fiesta 2010!


Hi semua! Pada 21-23 Januari 2011, Nira Fiesta telah diadakan di chalet Costa Sands di Pasir Ris! Fiesta ini telah diadakan untuk meraikan pencapaian Nira Nyertika sepanjang tahun 2010. Nira Fiesta dapat berlangsung dengan sempurna hasil daripada titik peluh kami sendiri!


Menyingkap kembali tarikh-tarikh penting sepanjang 2010 ..

Suara Serumpun
Ini lah pengalaman pertama bagi anggota-anggota Tahun Pertama dalam dunia dikir barat.


Show di Anchor Green Primary School


NDC @ TP
Nira Nyertika telah berganding bahu dengan teman-teman dari PST dan Titisan untuk produksi ini!


Majlis Iftar bersama PST
Majlis ini telah diadakan secara besar-besaran di sekolah! Dengan cemilan Nasi Briyani yang disediakan Faat :) Happy Achiok pada hari itu!


Beraya bersama CNB di Cantonment Complex


RAYA 2010!
Setahun sekali, Nira disumbat dalam van lagi ;)


Nira Fiesta bukan sahaja masa untuk kita bersuka-ria, tetapi kita juga sempat menyingkap kembali jerit perih yang dilalui bersama-sama. Yang penting, ia telah mengakrabkan lagi hubungan kami semua, tidak kira anggota-anggota Nira yang kini, yang evergreen ataupun yang terdahulu. :)


Mekar harum dalam sejambang,
moga puspa berputik indah ..

Biar pecah rekah batu yang menghalang
Baharulah padan baharulah manis semanisnya Nira ..

December 26, 2010

Biarkan Aku Bersendirian

Assalamualaikum semua!


Hari ini, saya masih mahu bercerita.
2011 mcam dah nak tiba jer? Jadi, cerita yang ingin
saya kongsi ini ada berkaitan dengan sebahagian azam wajib bagi
Nira Nyertika untuk tahun 2011. :)

Cerita ini telah dikongsi oleh cikgu saya waktu saya Primary 6 dulu.
(dah 5 tahun! :O) Ceritanya bertajuk "The Butterfly".

____________________________________________________

The Butterfly
by Author Unknown

A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.

So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.

The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were God's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

____________________________________________________


biarkan Si Rama-Rama mengembangkan sayapnya
biarkan dia bersusah-payah
jangan dikesat keringat di dahinya
jangan dipadam segala khilafnya
usah dihilangkan kesan usaha
usah dihapus bukti dewasa
agar keberadaannya lebih bermakna.

Jom kita semua doa untuk kesejahteraan Nira pada tahun 2011 (InsyaAllah)!
Doanya simple, semua mesti dah hafal ;)

*Dimulakan dengan bismillah*

Berputiklah mekar jambangan puspa
Makbullah impi bersulam indah
Natijahnya manis, semanisnya Nira.

Mekar harum dalam sejambang
Moga puspa berputik indah.

AMIN :)

ps! mari kita raikan pencapaian kita bersama-sama! lihat notice board untuk updates! :D

December 2, 2010

"Ibu, saya mahu ice-cream."

Hi semua!

Khamis lalu merupakan hari penilaian untuk CDS - The Powerful Art of Story-telling.

Berikut adalah cerita yang telah saya kongsi dan ingin saya kongsi sekali lagi :)
Ceritanya bertajuk "Ice-cream".
_____________________________________________

Last week, I took my children to a restaurant. My six-year-old son asked if he could say grace. As we nodded our heads, he said, "God is good. God is great. Thank you for the food, and I would even thank you more if Mom gets us ice-cream for dessert. And Liberty and justice for all! Amen!"

Along with the laughter from the other patrons nearby, I heard a woman remark, "That's what's wrong with this country. Kids today don't even know how to pray. Asking God ice-cream! Why, I'd never!"

Hearing this, my son burst into tears and asked me, "Did I do it wrong? Is God mad at me?"

As I held him and assured him that he had done a terrific job and that God was certainly not mad at him, an elderly gentleman approached the table. He winked at my son and said, "I happen to know that God thought that was a great prayer."

"Really?" my son asked.

"Cross my heart," the man replied.

Then in a theatrical whisper, he added, "Too bad she never asks God for ice-cream. A little ice-cream is good for the soul sometimes."

Naturally, I bought my kids ice-cream at the end of the meal. My son stared at his for a moment. He then picked up his sundae and without a word, walked over and placed it in front of the woman.

With a big smile he told her, "Here, this is for you. Ice-cream is good for the soul sometimes; and my soul is good enough already."
_____________________________________________

Selain sedikit inti keagamaan yang terkandung dalam cerita ini, ada banyak pengajaran yang lebih penting yang tersirat di dalamnya. Hari ini kita nak bercakap tentang "sarcasm".

Kadang-kadang kita menggunakan kata-kata sinis untuk menyampaikan pengajaran.
Kadang-kadang, kita ditegur dengan kata-kata yang sinis untuk diberikan pengajaran.
(Macam pernah dengar jer?)



There's always two sides to a story. Or more.

Sesuatu boleh disampaikan dengan niat yang berbeza-beza.
Terpulang pada kita untuk menilainya.
Kalau "sarcasm" itu berasas, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Jangan simpan dalam hati tanpa mengambil pelajaran yang ingin disampaikan. Jangan terlalu cepat tersinggung.

Life's all about learning.
A learnt man is one who accepts criticism with an open mind.

Hidup ini penuh dengan pengajaran. Seseorang yang terpelajar menerima kritik dengan fikiran yang terbuka.

Jom kita memulakan kehidupan dengan belajar untuk menjadi orang yang "terpelajar"! :)

Sekian. Niat hanya untuk berkongsi pendapat. :)

October 16, 2010

Gossip Girl

Assalamualaikum semua!

Hmm .. Dah lama blog ni tak dikemaskinikan eh?
Sementara menunggu video raya kita
dimuatnaikkan di blog ini,
saya ada sajian sampingan untuk para pembaca semua~! ;D

Baru2 ni, kite belajar lagu baru iaitu lagu Wanita.
Senikata lagu ini mengangkat2 darjat seorang wanita
dari segi pengorbanannya ..
Perwatakannya ..
Dan sebagainya.


Betul ke wanita sebegitu hebat?
Mari kita gossip pasal girls, women & all females alike. ;D


Beberapa minggu lalu, seorang wanita yang layak menerima
gelaran "Wanita Hebat" telah
berpulang ..
Kalau dah isteri kepada Menteri Pembimbing LKY
& Perdana Menteri LHL,
bukankah hebat tu namanye?
Kehebatan wanita ini telah disebut-sebut dalam eulogi yang
disampaikan suami serta anak-anaknya.

Selain mendiang Dr Goh Keng Swee,
siapa lagi wanita hebat yang masyhur
yang kita tau?
Halimah Yaacob kerana kepimpinannya?
Siti Nurhaliza kerana suara emasnya?

Fikir punya fikir ..
Sebenarnya .. Apa yang membuat seseorang
wanita itu hebat yer?
Pada pendapat saya,
seseorang itu hebat jika dia
dapat mempengaruhi kehidupan orang lain.
Tapi ini hanya sudut pandangan saya ;p
Tak tahu laa pendapat korang semua
bagaimana pula ..

Fikir punya fikir lagi ..
Adakah lagi wanita hebat sekarang ni?
MESTILAH ADA!

Kita tinggal sama-sama
mencari, mencungkil, & menggilap.
Mana lah tahu .. Satu hari nanti
ada pula nama 'Farah Amirah' ke ..
'Ibu Amirah' ke ..
yang termasuk dalam senarai wanita-wanita
hebat?

Cita-cita ni .. ;D

Sekian, wassalam.

September 29, 2010

Pranonton: NiraPST Beraya Lagi!

Nira Nyertika

NiraPST

2010
Sudah ada gambar!!

Nantikan blog entry yang lebih panjang & menyeluruh
di blog ini dan juga Video Raya 2010!
(dah mcam iklan pula!)

September 21, 2010

Alu

Lagi 4 hari...! Lagi 4 hari...!

Lagi 4 hari kita dah nak berjalan raya!!!

Di sini, kami mengalu-alukan juga kedatangan ahli-ahli yang pernah melibatkan diri dalam kumpulan PST juga Nira... Jika ada anggota kami yang mengenali, jangan segan-segan silu nak ajak dorang sekali...

Kita akan menaiki 2 buah van sahaja jadi kepada teman-teman SELAIN DARI ANGGOTA BARU... Kami nasihatkan bawalah transport sendiri... Bukan ape... Takut tak selesa... Minta ampun dan mahap terlebih dahulu....

Jomlah ramaikan sekali...

2008

2009

2010






Belum ada gambar









Jom! Ajak semua anggota Nira yang lama & baru... Ajak... Jangan tak ajak...

Tak ada idea siapa nak ajak...? Meh abang tolong...

Ini kes dah tua-tua... Ada tunang orang... Ada mak orang...

Ada yang dah graduate... Ada tak sempat graduate...

Ada lawa gila... Ada yang... Ermmm... Gila...

Ada tinggal dekat... Ada yang jauh di mata, dekat di hati...

Yang ini korang mesti nak kenal... Penerima Pingat Bakti Nira yang pertama...
Nama dia Nor'Ain Esmerelda... Pi add dia pat FB...

Jangan risau... Jangan segan... Apa yang nak dilain-lainkan...

Duduk sama bilik... :)

Bergambar sama koridor...
Posing sama pesen... Hehehe...


Tahun lain-lain...


JOM! JALAN RAYA JOM!!!

September 17, 2010

Perskam

Perskam... Persserb...
Siapa cepat... Dia dapat...
Kita akan kunjung ke rumahnya untuk Jalan Raya NiraPST2010...

Tahun ini, kita sediakan 10 slot untuk anggota Nira dan PST (jumlah agak-agak 50 orang)... Jadi cepat!!!



1) Kampung Buangkok (9am)... First stop... Abang Haiti Haiti dah tak sabar nak sediakan jamuan cemilan pagi keistimewaannya...
2) Rumah Sabby Sadi... Dia ada sediakan makan juga... Dengar-dengar masak sendiri... -slurp-
3) Rumah Abang Mann Macho Ranggi... Pun ada masak juga...
4) ...
5) ...
6) ...
7) ...
8) ...
9) ...
10) ...

Nampak tuh... Ada lagi 7 ruang kosong yang minta diisi...
Jangan segan, jangan malu...
Tak kisahlah kalau tak ada jamuan satay ke, lobster bakar ke...
Tak kisah pun kalau kuih-muih dan air oren F&N dah surut...
Jangan risau kalau tak sempat beli langsir dan karpet asli kraftangan dari Belgium...

KITA DATANG NAK RAYA!!!

Jadi apalagi? Perskam Persserb...!!!


Seperti tahun-tahun lepas... Kompom best!!!



Jangan ketinggalan...

September 5, 2010

Misi

Nota Pendahuluan: Entri ini telah dikarang seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri... Atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, terpaksalah penulis terbitkan hari ini... Mohon ampun dan maaf...

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...

Mak datok... Dah sekian lama tak blog ni... Jari jemari pun dah mula kaku... Idea pun dah semakin buntu... Jadi kalau rasanya penulisan kurang memuaskan, jangan marah...

Hari ini saya nak berbual tentang 'misi'.


Sekali sebut saja 'misi', dah teringat pula waktu mengunjung Abang Alep kita yang berada di CGH, akibat darahnya asidik... Alhamdulillah, saya dan beberapa lagi anggota PST sempat kunjung dan berbuka bersamanya...

Keadaannya? Kesian.... Memang kesian... Lagi-lagi bila jururawat kegemarannya, yang muda lagi anggun lagi jelita, sedang 'on-shift'... Waktu itulah selalu sakitnya melanda... Kening tahu-tahu terkerut-kerut, pipi kiri ternaik terpeleot, lalu dia terpekik kesakitan. "Aduh... Aduh... Misi... Misi... Very pain...." siap jebik-jebik dihiasi tenungan manja ala Puss-In-Boots sekali... Kesian kan? Sama-samalah kita doakan, moga Abang Alep kita cepat sembuh...

Tapi 'misi' yang dimaksudkan sini bukan 'misi' itu...

Baru-baru ini, di Iftar Nira PST yang diadakan di TP, semua anggota Dikir Barat TP telah dibahagi kepada empat kumpulan dan diberi 'misi' membuat satu MTV...

Kriterianya adalah mereka harus menghasilkan video yang bertemakan lagu dikir barat kegemaran ramai "Gerimis Aidilfitri" dari kumpulan Dendang Mutiara... Mereka hanya diberi tempoh masa seminggu untuk menghasilkan video itu, siap muat naik di Youtube lagi... Pemenangnya akan diberi baucer $40 dari SBS untuk membayar saman sebab tak letak tambang yang mencukupi... (Hehehe... Gurau aje... Mana boleh bilang hadiah-hadiahnya...)

Namun, balik 'misi' ini ada beberapa lagi misi...

Pertama, kebanyakkan dari anggota-anggota ni LANGGGSOOOONGGG tak pernah dengar lagu ni... Jadi, senikatanya pun dorang tak tahu... (Untuk pengetahuan semua, senikata ini ditulis oleh Cikgu R Azmann, yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Tanjong Katong...)

Misi kami yang membuat cabaran ini ialah agar semua dapat belajar lagu dan senikatanya dengan cara yang berbeda sedikit... Kegiatan luar darjah lah gitu...

Lepas dah belajar lagu dan menghayati senikata, mestilah pandai kupas sedikit... Misi mencari jalan cerita mengikut lagu... Bab ini, rakyat mula mengamuk... Sebab ada yang kata,"Kita buat yang version pop salah ke? Sama ape lirik dengan lenggok nyanyi dia..." Ada pula beriya-iya nak buat versi "Hardstyle" sebab ada niat nak tonjolkan bakatnya dalam tarian asli "jumpstyle"...

Selepas berbincang, pihak penganjur telah sepakat untuk memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat 'cover' lagu, asalkan lirik dan lenggok nyanyian tak diubah... Sebab misi utamanya tetap tidak terjejas... Tapi jika kumpulan itu melanggar peraturan, akan dipotong markah...

Sepantas kita cakap "OK!", sepantas itulah semua kumpulan cabut lari, ghairah nak mulakan penggambaran, dan tinggalkan kita untuk mencuci periuk-periuk dan dulang-dulang...

Selepas seminggu... Inilah hasilnya...

Kumpulan Anak Buang


Kumpulan Tak-ada-nama-tapi-ada-Fauzan-Happy-Feet-Hardstyle



Kumpulan Telekong Koyak


Kumpulan Cuculele




Tidak syak lagi... Semuanya hebat-'heybutt' belaka... Para juri(Chehdeh bah...) naik mabuk fening-fening lalat nak pilih pemenangnya... Sebab ada beberapa anugerah individu juga...

Keputusannya, seperti yang telah dijanjikan, akan diberi pada hari Jalan Raya Nira PST 2010... Jadi, hadirlah! 25hb ini...

Di sini saya hendak mengakhiri dengan sebuah video penghargaan untuk semua ahli-ahli PST dan Nira... Biarpun yang baru mahukan yang lama... Tak seberapa pun... Taklah sehebat... Tapi jadilah...

Misi di sini...? Hanya satu hasil luahan seketul hati yang gembira melihat keluarga besar bahagia Politeknik Temasek...

Moga semua terhibur... ;)




Terima Kasih Daun Keladi...
Kita Jumpa Lain Kali...


Misi: Dilaksanakan

August 26, 2010

OPEN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~

Wah wah wah!
Hari yang dinanti-nantikan kita semua sudah tiba!
Dalam beberapa jam lagi,
kita semua akan bersua muka
dan bekecoh-kecohan di
Majlis Iftar Nira Nyertika & Panjy Sry Temasek!
Hehehe, kat Twitter semua dah bising-bising
kecoh tak sabar nak tunggu besok!
Eh salah, nanti laa kawan-kawan ..
sekejap jer lagi!

Hmm tahun ini kita mengenakan konsep
makan dalam dulang beramai-ramai
(maaf yer dah cuba research apa namanya
sebenarnya tapi tak jumpa juga) !

Menu untuk berbuka adalah
Nasi Briyani & Air Sirap! :D
mesti sedap hingga menjilat kaki! :p

Para hadirin majlis ini dikehendaki
membayar $8.
Kitorang pun digalakkan membawa
makanan-makanan ekstra
ataupun cemil-cemilan.
Lebih afdhal, katanya. HEHEHE!

Program setelah iftar, tiada orang yang tahu kecuali
Fid & Achiok.
Jadi, hmm .. pandai-pandai laa kita
mempersiapkan diri!
HEHE.

Okay sampai di sini sahaja kawan-kawan!
Harap-harap, Majlis Iftar ini
dapat mengerat dan memperkukuh keluarga
Dikir Barat di Politeknik Temasek.
sambil-sambil tu, kita lepaskan laa rindu yer?
Jumpa semuanya pada pukul 5.30 petang
di Design School @ TP! :D

August 16, 2010

Hantu Lapar!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Pejam celik pejam celik,
dah nak dekat seminggu kita menjalani
ibadah puasa!

Di Singapura, orang Islam sibuk
menyambut ketibaan bulan Ramadan
manakala orang Cina (Taoists & Buddhists) pula
sibuk menyambut Hungry Ghost Festival.
Kat Facebook, hal yang hangat diperdebatkan adalah
perbezaan fahaman dalam kedua-dua sambutan ini
iaitu kebebasan segala hantu, jembalang, roh dan lain-lain.
Orang Islam percaya bahawa setan-setan semua kene ikat!
Aik .. Orang Cina pula percaya yang setan-setan tu bebas!
Tapi, itu semua tak penting kawan-kawan ..

Mari kita bercerita sedikit tentang Hungry Ghost Festival.

Kalau mat salleh ada Halloween, orang Cina pula ada Hungry Ghost Festival.
Perayaan ini disambut pada bulan ke-tujuh dalam Tahun Baru Lunar.
Dalam bulan ini, kaum Cina mempercayai bahawa semua pintu syurga dan neraka
dibuka untuk membebaskan roh-roh yang terperangkap di dalamnya.

Pada bulan ini juga, kaum Cina akan membakar 'hell money', menyajikan makanan
untuk kaum keluarga mereka yang telah berpulang, dan juga
membakar rumah, kereta, televisyen yang dibuat daripada kertas untuk
memberikan kehidupan yang selesa untuk si arwah.
Ini semua dilakukan kerana kaum Cina mempercayai bahawa
ini akan membawa tuah serta rezeki pada mereka.

Di Singapura, kaum-kaum selain kaum Cina adakalanya
merungut time perayaan ni. Sebab apa?
Pembakaran yang mereka lakukan dikatakan mencemar udara
dan membuat kawasan persekitaran kotor.

Biasa laa tu ..
Kalau kaum Cina ada Hungry Ghost Festival,
kaum kita pula ada Walimatul Urus yang kadang-kadang
memekak bagi kaum-kaum lain. (karaoke? kompang?)
Sebab itu, sikap toleransi sangat penting dalam
masyarakat berbilang kaum.

Actually, sikap toleransi ni penting di mana-mana sekalipun.
Sebab, semua orang berlainan perangai dan pemikiran.
Perbezaan ini kadangkala boleh membawa kepada percanggahan
pendapat dan mengakibatkan konflik dalam satu organisasi.

Oleh itu, kita harus selalu bersikap toleran dan saling
memahami antara satu sama lain.
Kita juga harus belajar untuk menerima
perbezaan yang ada antara kita.
Sebaliknya, cuba cari kesefahaman.
Contohnya, dalam bulan Ramadan & bulan ke-7 Tahun Baru Lunar ni,
kedua-dua masyarakat Melayu Islam & Cina
akan memperingati kaum keluarga yang telah berpergian terdahulu.
Kalau kita dah berkesefahaman, barulah aman! :D

'

Lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ni,
buat-buat bersabar laa yer semua?
HEHE jangan marah ~ ♥

August 11, 2010

Puasa Apa?

Assalamualaikum semua!

best tak first day sahur?
makan apa? mesti ada yang tak terbangun langsung kan? HEHE!

memandangkan kita sedang dalam mood semangat
hari pertama berpuasa ..
jom kita berkongsi ilmu!

mari kita take a step back
and singkap kembali hikmah-hikmah ataupun
kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadan.
sebab .. kalau kita buat benda tanpa bersebab
atau do things without a purpose,
tak guna laa kan? :)

berpuasa ni banyak hikmahnya ..
antaranya,
ia dapat menimbulkan keihsanan sesama manusia,
membentuk kesabaran,
melahirkan keihklasan,
mendekatkan diri kepada Allah,
dan menghindari pelbagai penyakit.

Pertama, apabila seseorang berpuasa,
kita dapat merasakan perih-getir kehidupan
seseorang yang kurang bermampuan yang
terpaksa menahan haus & lapar
dan tidak mampu menjamah makanan yang lazat.
Oleh yang demikian, kita dapat menimbulkan
rasa empati dalam diri kita.
Secara tidak langsung, kita akan lebih bersyukur
dengan nikmat yang dianugerahkan Tuhan.

Kedua, puasa membentuk kesabaran.
Jika ada perkara yang mengajak kita ke arah kemungkaran,
kita harus mengingatkan diri bahawa kita
sedang beribadah.
Ini akan mendidik diri kita untuk lebih bersabar
menghadapi dugaan pada hari-hari berikutnya.
Contohnya, kalau ada orang yang cekik darah,
kita harus bertenang
dan berkata 'Aku sedang berpuasa'.
Chill bro ~ !

Ketiga, puasa melahirkan keikhlasan.
Apabila kita berpuasa, kita menahan hawa nafsu
daripada segala-gala yang membatalkan puasa,
contohnya makan dan minum.
Padahal, perbuatan menahan diri itu tidak
diketahui sesiapa kecuali Allah s.w.t.
Oleh itu, ini melahirkan keikhlasan di hati
orang yang berpuasa kerana
ibadah ini dilakukan semata-mata kerana Allah.

Keempat, puasa mendekatkan diri kita kepada Allah.
Saya rasa point yang ini self-explanatory kan? :)

Akhir sekali, puasa membantu menghindari
daripada pelbagai penyakit.
Hmm .. menarik kan point ni?
Manusia perlu makan untuk hidup.
Jadi, sistem pencernaan (digestive system) kita
sentiasa berfungsi tanpa henti!
Tubuh kita macam mesin ..
kalau mesin ini berfungsi tanpa henti,
lambat-laun ia akan rosak.
Dengan berpuasa, sistem pencernaan kita
dapat berehat! Betul tak? :)

Oleh itu, diharapkan dengan membaca blog entry ini ..
kita dapat bersama-sama
beribadah dengan bertujuan
sambil menikmati bulan yang suci ini!
Kata orang tu, jangan lah buat for the sake of doing it sahaja ~

Jom kita puasa - seal mulut, seal telinga, seal mata, & seal aurat
dalam bulan Ramadan!
sama juga dalam dikir barat & dalam ibadah ..
yang penting apa? IKHLAS!

Lepas itu .. kita ramai-ramai beraya okay?! :D
selamat berpuasa kawan-kawan!

puasa dari sudut pandangan Yusuf Islam:


(p/s: lagu di penghujung video ni macam dinyanyikan MJ seyh!)
 

Nira Nyertika | Designed by Naq | Template by Simply Fabulous Blogger Templates